Sunday, February 19, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON & SKUASY

@ PLN Badminton
Kehadiran Atlet : 9 Lelaki dan 11 Wanita

Mendapati atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh sebagai persedian untuk ke Kejohanan Remaja Kebangsaan Peringkat Pertama (Zon A) di Perlis pada 8 - 12 Februari 2012. Selain dari itu pihak persatuan bersama jurulatih-jurulatih dalam Program Pelapis Negeri dan MSN telah mengadakan latihan bersama di dua tempat yang berbeza.pada 4 Februari 2012 di Dewan Berapit, Bukit Mertajam dan 6 Februari 2012 di Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Sebelum meninggalkan tempat latihan untuk program seterusnya, perjumpaan/perbincangan bersama Jurulatih terlibat dengan Skuad Sukan Malaysia XV 2012, Pahang, kesempatan waktu diambil berjumpa dengan atlet-atlet dan memberikan kata-kata semangat untuk ke Kejohanan di Perlis nanti dan juga berjumpa dengan keluarga atlet yang hadir.

Perkara yang dibincangkan bersama jurulatih-jurulatih :

Tujuan mengadakan perjumpaan bersama jurulatih memandangkan Jurulatih Luar Negara MSN adalah berbangsa Cina dan ingin memastikan beliau memahami apa yang diterangkan di dalam Mesyuarat Jurulatih Bil : 1/2012 oleh pihak MSN pada 1 Februari 2012 yang lalu dengan di bantu En. Tony Tan Gim Hin dan Loh Swee Eng untuk menterjemahkan kembali kepada jurulatih tersebut.

1. Membincang kembali agenda-agenda dalam Mesyuarat Jurulatih Bil : 1/2012 Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada 1 februari 2012.

2. Perbincangan KPI 2012 bersama JPM Razlan










@ PLN Skuasy

Kehadiran Atlet : 9 Lelaki dan 7 Wanita


Mendapati atlet-atlet memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang diberikan oleh JPM Khoo Teng Hin, JSM Matthew Wong dan JL MSN Aaron. Mengadakan perbincangan bersama JPM Khoo Teng Hin tentang KPI 2012. Sebelum meninggalkan pusat latihan, kesempatan waktu diambil untuk bertemu dengan ketiga-tiga jurulatih dan atlet untuk bertanyakan khabar.

























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved