Wednesday, February 22, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BOLING PADANG

Tarikh : 21 February 2012
Venue : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, P.Pinang

Latihan berjalan seperti biasa. Bermula jam 5.00 pm sehingga 7.00 pm. Semasa pemantauan,terdapat 3 jurulatih sedang menjalankan latihan. Berikut adalah pecahan setiap jurulatih.JPM MSNegeri - Zakaria AhmadMengendalikan skuad sukma dan hanya 7/14 atlet yang menghadiri latihan,selebihnya tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kejohanan dan kelas tambahan.

JSM Pelapis - Yusof OmarMengemudi skuad pelapis negeri. Kehadiran atlet adalah seramai 6/12. Ia disebabkan atlet terlibat dengan kelas tambahan di sekolah.JSM MSNegeri - Noraini AhmadDitugaskan melatih atlet pembangunan iaitu seramai 25 orang yang menghadirkan diri sebentar tadi.Latihan yang dijalankan oleh skuad sukma dan pelapis adalah belajar teknik weight accurancy long distance dan weight drif for long distance.

Dan akhir sekali diadakan game untuk memastikan atlet mempelajari dan memahami teknik yang diajar tadi. Latihan atlet pembangunan lebih kepada pengenalan sukan boling padang.Pemantauan tamat jam 7.30 petang.

Shasha Tarmuzi













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved