Tuesday, October 18, 2011

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 11 Oktober 2011 (Selasa)
Masa Latihan : 5.30 petang hingga 9.30 petang
Masa Pemantauan : 7.10 malam hingga 10.00 malam
Kehadiran : 6 dari 11 orang Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan M'sia 2012.
Jurulatih : 2 Pelapis Negeri dan 1 JLN MSNPP

Tenaga Pengajar : Pakar Motivasi Mr. Khong Ching Yong, Steven

Laporan ringkas :

Setiba di tempat latihan mendapati atlet berlatih dengan mata ditutup dan disulami dengan alunan muzik. Mendapatkan sedikit penerangan dari tenaga pengajar tentang program yang sedang dijalankan.

Pengurangan kehadiran atlet kerana persediaan Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM.
En. Steven Khong merupakan pakar motivasi yang dilantik dan dibiayai oleh Pihak Persatuan Negeri untuk menjalankan Program Persiapan Mental dan Psikologi untuk Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang sekali dalam sebulan.

En. Steven Khong memaklumkan bahawa sesi "Visualization" yang dijalankan bertujuan untuk melatih atlet supaya dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada latihan yang dijalankan atau pertandingan yang sedang dihadapi. Sesi ini merupakan salah satu sesi untuk Persiapan Mental "Mental Preparation" atlet menghadapi suasana pertandingan.

Menyerahkan cek elaun Jurulatih Pelapis Negeri bagi bulan Julai, Ogos dan September 2011 sebelum memulakan perjumpaan dan perbincangan bersama atlet dan keluarga atlet.
Perjumpaan dan perbincangan bersama pihak persatuan, atlet dan keluarga :

Setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh atlet/keluarga/persatuan, sebagai Pegawai Pembangunan Negeri/Penyelaras Sukan MSNPP akan membincangkan bersama dengan pihak yang terlibat.
Isu yang dibangkitkan - Penarikan diri atlet dari Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang. Keluarga atlet tersebut memohon jasa baik dari pihak persatuan, USPTN/MSNPP memberikan nasihat kepada anak beliau.

Perbincangan dihadiri oleh Penolong Setiausaha Kehormat (Mr. Albert Yeoh Seng Poh) dan Naib Presiden (Pn. Nooriani Binti Abdul Rahman) wakil Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang.
Perbincangan berjalan dengan lancar dan perhubungan diantara Pegawai Pembangunan Negeri/Penyelaras Sukan MSNPP dengan Pihak Persatuan, Atlet dan Keluarga Atlet amat baik dan semuga berpanjangan. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved