Wednesday, October 5, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN LAWN BOWLS

Berikut adalah laporan ringkas semasa pemantauan dijalankan.

Jam 5.40petang,saya tiba di PLN Boling Padang di Bertam untuk menjalankan pemantauan pada bulan ini. Ketika pemantauan,latihan sedang dijalankan seperti biasa. Di padang kelihatan skuad latihan sukma (3 atlet) dan pelapis (8 atlet) sedang menjalani latihan seperti yang ditetapkan didalam jadual.

Seramai 4 orang dari skuad pelapis tidak dapat menghadiri latihan kerana terlibat dengan kelas tambahan manakala skuad sukma pula kebanyakkan atlet nya terlibat dengan kelas di Politeknik,IKBN dan UiTM.Dimaklumkan,jika ada kelas petang,latihan akan dijalankan pada sebelah malam iaitu sehingga pukul 10 malam.

Hari ini program latihan bagi atlet pelapis adalah latihan balingan jarak jauh (long distance) dan atlet sukma pula sedang membuat latihan balingan jarak dekat (shot distance).Dikesempatan berada di PLN,saya mengambil peluang membuat perjumpaan secara ringkas bersama jurulatih,atlet dan ibubapa yang berada disitu.Latihan tamat jam 7.05 petang.

Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi
























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved