Friday, October 28, 2011

PERJUMPAAN PCP BERSAMA JURULATIH & SDO - KEM LATIHAN & BENGKEL MEMANAH PELAPIS 2011






Tarikh : 27-10-2011
Masa : 9.00pm
Tempat : EDC Hotel, UUM



Sempena Kem Latihan & Bengkel Memanah Pelapis 2011 yang kini sedang berlangsung di UUM, satu Majlis Perasmian ringkas oleh En. Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN.

Perjumpaan ringkas oleh En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis bersama semua jurulatih & SDO turut diadakan selepas itu. Beberapa cadangan dan pandangan penambahbaikan tentang penganjuran Kem ini dikemukakan oleh jurulatih-jurulatih yang ada di lihat satu perkembangan positif ke arah mempertingkatkan lagi kualiti atlet-atlet Pelapis negara.


Read more...

Tuesday, October 25, 2011

LAPORAN RINGKAS KEM LATIHAN BERSAMA PELAPIS PERAK (ATTACHMENT TRANING) - SUKAN MEMANAH

Program : Latihan Bersama Pelapis Perak (Attachment Traning) - Sukan Memanah
Tarikh : 23 sehingga 25 Oktober 2011
Tempat : SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

Seramai 51 atlet menyertai program ini dimana 34 atlet adalah daripada Pulau Pinang dan 17 atlet daripada Perak. Pasukan bertolak pada 23hb menaiki bas MSN Pulau Pinang dan diiringi seramai 1 SDO dan 4 Jurulatih. Pasukan menginap di Rumah Penginapan Pengkalan Hulu, Perak. Setibanya di tempat program, satu taklimat tentang perjalanan program 3 hari 2 malam ini telah disampaikan oleh SDO Perak En Zubir Shaharani.

Pada hari ke-2 kem, sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan dan senaman pagi dan diikuti dengan latihan di padang dan dipantau oleh Jurulatih Perak dan Pulau Pinang. Sesi petang pula diadakan ujian fizikal (fitness test) yang dijalankan oleh unit Sains Sukan MSN Perak. Keputusan ujian akan di emailkan pada minggu depan.

Pada hari ke-3, kira-kira jam 8 pagi 'mini competition' diadakan dan hanya untuk jarak 30m (double 30) sahaja. Dan selepas pertandingan, sesi penutup disempurnakan oleh KUN Perak En Meor Shahriman Bin Meor Ahmad Kasri. Berikut adalah pemenang yang berjaya.

Recurve Lelaki

1. Nur Arif Azli - Perak (333)
2. Muhd Hanif Zuberi - Perak (332)
3. Quak Ting Hua - P.Pinang (325)


Recurve Wanita

1. Loke Shin Hui - P.Pinang (335)
2. Meerosha Balakrisnan - P.Pinang (330)
3. Siti Fatimah Abd Karim - P.Pinang (324)


Sekalung tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurkan kem latihan bersama dan semoga dapat diteruskan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi















































































Read more...

HAPPY DEEPAVALI

Kepada semua atlet, jurulatih, pegawai sukan serta penggiat-pengiat sukan di seluruh negara yang beragama Hindu, Selamat Menyambut Hari Deepavali..

Read more...

Monday, October 24, 2011

LAWATAN KUN KE PUSAT LATIHAN SKUASY

Tarikh : 24 OKtober 2011
Masa : 4.15 pm
Tempat : Pusat Skuasy Bukit Dumbar

Sedikit masa diambil bagi meninjau latihan atlet-atlet skuasy petang tadi di Pusat Skuasy Bukit Dumbar. Ketika lawatan, 3 orang jurulatih iaitu Khoo Teng Hin, Aaron Soyza dan Metthew sedang menjalankan tugas masing-masing.

Kehadiran atlet agak berkurangan. Jurulatih memaklumkan bahawa mereka baru sahaja pulang dari menyertai Kejohanan Sportexcel semalam. Sememangnya atlet-atlet diberi rehat pada hari ini. Secara keseluruhannya latihan berjalan baik & lancar.
















Read more...

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA BWH 16 TAHUN TERBUKA KELANTAN 2011 - Last Day

Hari Ketiga Kejohanan Angkat Berat 16 Tahun Terbuka Kelantan 2011 seramai 5 orang atlet yang bertanding keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Omperkash (kategori 69kg)
Snatch :51KG Clean & Jerk :61KG

Abdul Haris Che Pi (Kategori 69kg)
Snatch :67kg Clean & Jerk :85kg

Mohd Amirun Asyraf Azmi (Kategori 85kg)
Snatch :85kg Clean & Jerk :98kg gagal

Ahmad Faris Faizal B. Ros Kenedy (Kategori 94kg)
Snatch : 73KG Clean & Jerk :87KG
Pingat Perak

Mohd Al Iman B. Hifni (Kategori 94kg Atas)
Snatch :58KG Clean & Jerk :75KG
Pingat Emas


Untuk makluman Kejohanan ini akan dijadikan kejohanan tahunan untuk penyertaan atlet pelapis Pulau Pinang. Mohd Al-Iman Hifni telah menyumbangkan pingat Emas dan Ahmad Faris Faizal telah meraih pingat Perak. Taniah kepada pihak penganjur kerana telah menganjur kejohanan ini dengan jayanya. Sekian.

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

KEJOHANAN KRITERIUM 25KM TERTUTUP PULAU PINANG

Tarikh : 23 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Jalan Padang Polo
Atlet : 25 Orang

Perlumbaan Kriterium 25 KM Tertutup Pulau Pinang diadakan pada 23 Oktober 2011 bermula dan berakhir di Padang Polo melalui jalan sekitar Padang Polo. Perlumbaan bermula pada pukul 9.00 dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi.

Penyertaan atlet pada perlumbaan ini kurang memberangsangkan apabila hanya 25 orang atlet mengambil bahagian.Perlumbaan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 16 tahun dan terbuka.

Keputusan acara terbuka ialah:

1. Chin Ching Chai
2. Meisheelan A/L Ganesan
3. Mohamad Syafiq
4. Mohd Isa
5. Mohamad Andalas bin Azkhir

Manakala keputusan acara bawah 16 tahun pula ialah:

1. Mohamad Syafiq
2. Mohamad Andalas bin Azkhir
3. Mohamad Syahmyzzy bin Ismail

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil PDRM Koperal Amri Bin Yaakob.

Hamidi Lokman



















Read more...

Sunday, October 23, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh : 22 Oktober 2011
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa Latihan : 9.00 pagi - 1.30 tengahari
Atlet : 7 atlet lelaki dan 3 atlet wanita
Jurulatih : En Ivarn Syazwan dan En Ahmad Fahmie

Kehadiran Atlet : 10 orang

Latihan
Jogging 2 km, Air Pistol dan Air Rifle

Ulasan
Latihan berjalan lancar. Kehadiran kurang memuaskan. Jurulatih memaklumkan atlet yang tidak hadir telah memaklumkan kepada beliau.

Hamidi Lokman




















Read more...

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA BWH 16 TAHUN TERBUKA KELANTAN 2011 - Day 2

Hari kedua kejohanan angkat 16 tahun terbuka kelantan 2011, 5 orang atlet Pulau Pinang telah berjaya memperbaiki angkatan peribadi. Berikut adalah angkatan atlet Pulau Pinang.

Muhamad Hafiz Imran kat. 56kg s:60kg c/j 80kg.

Muhammad Ihsan kat. 50kg s:37kg c/j:53kg.

Muhammad Rijalludin kat.50kg s:35kg c/j:47kg.

Arif Abd Aziz kat. 50kg s:40kg c/j:50kg.

Mohd Syakir kat 50kg. S:41kg c/j:60kg.

Mohd Harith lutfie kat 50kg s:50kg c/j:65kg.

Mohd Asrul Sabran kat 56kg s:53kg c/j:72kg.


Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff











Read more...

Friday, October 21, 2011

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA BWH 16 TAHUN TERBUKA KELANTAN 2011

Hari pertama Kej. Angkat Berat 16 tahun Terbuka Kelantan 2011. Mesy. Pengurus pasukan diadakan SMK Tiang Chandi pada pukul 5.00 petang. Seramai 85 peserta daripada 11 pasukan. 12 orang atlet Pulau Pinang yang menyertai kejohanan ini. Manakala 2 orang atlet wanita datang untuk pendedahan. Jam 9.00 malam sesi taklimat jurulatih dan pegawai diadakan. Pada 21/10/11 Atlet Pulau Pinang akan bertanding dalam kategori 50kg 5 orang & 56kg 2orang.

Ahmad Firdaus Yusoff




Taklimat Jurulatih bersama atlet-atlet


Read more...

Tuesday, October 18, 2011

PEMANATAUAN PPN - PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 17 Oktober 2011
Masa : 5.30 petang
Tempat : Gimnasium Batu Uban
Jurulatih : En. Mohd Faizulzalham B. Mohd Sazaly

Atlet : 7 Orang atlet yang hadir

Program Latihan : Pada hari ini program latihan yang diaplikasikan oleh atlet ialah
front squad, back squad, jerk press dan dipping.

Ulasan

Beberapa atlet bawah 16 tahun telah menunjukan peningkatan dari segi teknik dan angkatan. Untuk makluman pada 20 hingga 22 Oktober 2011 seramai 14 orang atlet akan menyertai
kejohanan Angkat Berat 16 Tahun Terbuka Kelantan.

Keadaan lantai platform di PLN Batu Uban kurang selesa digunakan untuk latihan.
Getah padat platform tersebut telah dialih untuk tujuan membaik pulih.

Klinik Sukan Angkat Berat dan Kem Mingguan akan diadakan pada November untuk
memperkasakan Pasukan Angkat Berat Pulau Pinang. Sekian

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved