Tuesday, March 1, 2011

PEMANTAUAN PLN TENPIN BOWLING & PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA ATLET

Tarikh : 26hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 1.00 tengahari hingga 4.14 petang
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Penang.
Kehadiran Atlet : 12/14 orang (86%)

Pemantauan Latihan Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 :

Selaku Penyelaras Sukan Tenpin Boling MSNPP mengambil kesempatan waktu berjumpa dengan atlet yang hadir dan memantau latihan yang di jalankan. JLN MSNPP Ms. Kim Eun Jung telah mengadakan sesi "Roll-Off" pada hari tersebut sebagai persedian untuk Kejohanan 24th Malaysian Interstate & 35th National Championship yang akan berlangsung pada 11hb - 19hb Mac 2011 di Mega Lanes Bandar Sunway, Selangor. Kesungguhan atlet menjalani latihan dan kehadiran atlet amat memuaskan, berharap semuga berterusan.

Sebelum mesyuarat bersama keluarga bermula, PPN/SDO telah mengadakan perbincangan bersama-sama JSM, JLN dan PTBPP untuk membincangkan perkara-perkara yang akan dibentangkan nanti.


Mesyuarat Bersama Keluarga Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 dan Keluarga Atlet Program Pelapis Negeri 2011:

Mesyuarat ini diadakan untuk Keluarga Atlet tersebut diatas.

Masa : 2.00 petang hingga 3.15 petang
Kehadiran Keluarga : 13 keluarga Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012.

Masa : 3.30 petang hingga 4.15 petang
Kehadiran Keluarga : 20 keluarga Atlet Program Pelapis Negeri 2011.

Perkara yang dibincangkan :

1. Tempat Pusat Latihan

Pada tahun 2011, pihak PTBPP telah menetapkan Pusat Boling Premium Lanes di Daerah Pulau sebagai Pusat Latihan untuk Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012.

Pihak PTBPP memaklumkan dari masa ke masa Atlet Skuad Latihan SUKMA akan menjalani latihan ke Pusat Boling yang berbeza-beza untuk membiasakan atlet dengan corak-corak lorong mengikut ketetapan yang ditentukan oleh PTBPP.

Bagi Atlet Program Pelapis Negeri 2011 tempat latihan bagi tahun 2011 dibahagikan kepada dua tempat seperti berikut :

Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang akanmemulakan latihan pada 5hb Mac 2011 [Sabtu] pada pukul 6.30 petang.

Pusat Boling Mega Lanes, Seberang Perai akan memulakan latihan pada 7hb Mac 2011 [Isnin] pada pukul 6.30 petang.


2. Jadual Latihan bagi bagi Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 dan Atlet Program Pelapis Negeri 2011 seperti dilampiran.

3. Hal-hal lain yang dibangkitkan oleh pihak Keluarga Atlet :

3.1. Wakil dari Keluarga Atlet, En. Mazli memohon agar pihak MSNPP/PTBPP mempertimbangkan permohonan, memberi kelonggaran kepada Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang untuk memilih hari latihan yang sesuai dengan masa mereka. Masa mereka terlalu padat dengan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh pihak sekolah.

Beliau mencadangkan pihak MSNPP/PTBPP memberikan garispanduan jumlah minima yang mesti di hadiri oleh atlet tersebut. Jika mana-mana atlet yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan, atlet tersebut akan diambil tindakan tatatertip.

Selaku Penyelaras Sukan MSNPP, Cik Fatimah Binti Jamil memaklumkan usul tersebut akan dibincangkan dengan pihak MSNPP/PTBPP dan kan memaklumakan kepada pihak Keluarga hasil dari perbincangan dengan pihak MSNPP/PTBPP.

Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL


















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved