Wednesday, March 2, 2011

ATLET ASZU CEMERLANG DI KEJOHANAN OLAHRAGA POLITEKNIK SE-MALAYSIA

Politeknik Seberang Perai telah menghantar seramai 29 orang atlet ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Malaysia bertempat di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
Turut serta dalam kejohanan berkenaan merupakan beberapa orang atlet Pelapis Serantau di bawah pemantauan En Mazlan, En Thambukrishnan, En Hazril iaitu Tineskumar a/l Nagalinggam, Norina Damnoen, Sharil Firdaus Baseh dan Yuvaraaj a/l Panerselvam.

Politeknik Seberang Perai telah memperolehi 6 Pingat Emas 1 Perak dan 2 Gangsa. Berikut acara-acara yang dimenangi oleh atlet - atlet berkenaan ;

Acara 400m lelaki – Yuvaraaj a/l Panerselvam - Pingat Emas – Rekod Baru kejohanan 49.1 s ( memperbaharui rekod peribadi 50.1s tahun 2009)

Acara 800m lelaki - Yuvaraaj a/l Panerselvam - Pingat Emas – Rekod Baru kejohanan 2.01.0s ( memperbaharui rekod peribadi 2.03.6s tahun 2009)

Acara Jalan kaki 5000 m – Tineskumar a/l Nagalinggam – Pingat Emas - Rekod Baru Kejohanan 26.11s ( rekod lama 29.10.0s tahun 2009)

Acara Lompat Kijang Wanita – Norina Damnoen – Pingat Emas – Rekod Baru Kejohanan 11.97m ( Rekod lama 10.89m 2003)

Acara Lompat Jauh Wanita – Norina Damnoen – Pingat Emas – Rekod Baru Kejohanan 5.24m ( Rekod lama 5.05m 2003)

Acara Lempar Cakera – Sharil Firdaus Baseh – Pingat Emas - 32.2m ( rekod lama 32.27m tahun 2006)

Acara Lontar Peluru – Sharil Firdaus Baseh – Pingat Perak - 11.16m ( rekod lama 11.32m tahun 2003)

Acara Jalan kaki 5000 m – Sivashangkar a/l Muniandy – Pingat Gangsa - mengatasi rekod lama kejohanan ( rekod lama 29.10.0s tahun 2009)

Acara 4x400m lelaki – Pingat Gangsa


Kejayaan ini merupakan kejayaan cemerlang bagi atlet ASZU berbanding dengan kejayaan pada 2009 dan merupakan kejayaan gemilang bagi Politeknik Seberang Perai kerana mendapat tempat ke 2 keseluruhan dari 27 politeknik yang bertanding. Hubungan serta kerjasama yang baik telah meningkatkan nama atlet , Politeknik Seberang Perai dan Majlis Sukan Negeri khususnya Unit Sukan Prestasi Tinggi.
Atlet-atlet yang berjaya memperolehi medal telah mendapat insentif dari Politeknik Seberang Perai dan bagi yang memperbaharui rekod telah Mendapat sijil penghargaan dari Majlis Sukan Politeknik Malaysia. Sebahagian dari atlet yang telah berjaya akan mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia didalam Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) yang bakal berlangsung di Melaka pada Jun 2011.

Sekian.

Laporan Oleh ;
Abdul Majid Udin
Pegawai Sukan dan Kokurikulum
Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved