Program Sehari Bersama SMK Abdullah Munshi - Memanah
Dilampirkan adalah laporan ringkas sempena Program Sehari Bersama MSN - Sukan Memanah
Program : Sehari Bersama MSN di SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang
Program : Sehari Bersama MSN di SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 2.30 petang
Program Sehari Bersama MSN mendapat kerjasama dengan pihak SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang. USPTN, ISN dan MSNegeri bersama-sama bekerjasama menjayakan program ini dan memberi dan membantu sukan yang dipilih untuk mendapatkan atlet untuk diketengahkan dan diberi pendedahan penglibatan didalam sukan. Ini selaras dengan matlamat sekolah yang mahukan pelajar berjaya didalam bidang pelajaran dan sukan. Sebanyak 10 jenis sukan yang terlibat dan terpilih bagi program tersebut. Sukan-sukan yang tersebut adalah:-
1. Judo
2. Petaque
3. Silat
4. Tinju
5. Lawan Pedang
6. Boling Padang
7. Olahraga
8. Berbasikal
9. Angkat Berat
10. Memanah
Untuk sukan memanah, JPM Jaffery Low & JPM Negeri Shamani telah membantu didalam slot bersama sukan memanah. Sambutan amat menggalakkan daripada pelajar sekolah. Seramai 39 pelajar telah dipilih untuk diketengahkan. Pada 26hb & 27hb Januari 2010 pihak saya dan JPM akan datang sekali lagi ke sekolah untuk membuat TID di SMK Abdullah Munshi dan sasaran umur adalah untuk tingkatan 1 dan 2. Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN
0 comments:
Post a Comment