Pemantauan PLN - Memanah
Pihak saya telah membuat satu pemantauan di PLN memanah dan laporan ringkas tentang pemantauan tersebut adalah seperti dibawah.
Sukan : Memanah (Recurve & Compound)
PLN : Batu Uban, Pulau Pinang
Tarikh : 07hb Januari 2010 (Khamis)
Masa Pemantauan : 4.50 pm - 6.30 pm
Jurulatih : Jaffery Low (Pelapis) & Shamani (Sukma)
Hasil pemerhatian didapati :-
1. 'Sweat Test'
Pegawai Pemakanan ISN P.Pinang ada menjalani 'sweat test' dan result penuh akan dimaklumkan pada petang ini. Tujuan ujian ini dibuat adalah untuk mengukur kandungan air didalam badan atlet memanah iaitu sebelum dan selepas latihan. Ini kerana, atlet memanah terdedah kepada risiko kekurangan air didalam badan (dehydration). Selepas kiraan dibuat, pihak ISN akan menasihati atlet untuk minum dengan secukupnya bagi menggantikan kembali air didalam badan selepas peluh dikeluarkan ketika latihan.
2. Latihan
Didapati, JPM Jaffery menjalani latihan 'free shoot' untuk 4 jarak dan JPM Shamani menjalani scoring untuk jarak 30m. Atlet sedang menjalani latihan bagi persediaan ke pemilihan bagi ke skuad sukma dan pelapis.
3. Peralatan
Mohon bantuan daripada MSNegara & MSNegeri. Target butt & Arrow (Crack). Ada sebahagian atlet yang mampu membeli arrow sendiri dan ada yang tidak mampu.
4. Kehadiran (07/01/2010)
Atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kelas tambahan.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN
0 comments:
Post a Comment