Tuesday, April 25, 2017

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2017

Tarikh : 20 April 2017 (Khamis) 
Tempat : Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Perlis

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2017 telah membuka tirai pada tahun 2017 dimana penganjuran kali ini dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis dan Persatuan Sukan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 5 hari bermula pada 19 hingga 23 April 2017 yang melibatkan 8 venue pertandingan iaitu Angkat Berat (Parkir Stadium MSNPs), Olahraga (Stadium Negeri Perlis), Memanah (Lapang Sasar MSNPs), Tinju (Gelanggang Tinju MSNPs), Gimnastik (Dewan Gimnastik Sek Keb Sena Kangar), Gimrama (Dewan Rakan Sukan MSNPs), Menembak (Lapang Sasar Menembak Sg Batu Pahat), Sepak Takraw (Dewan Serbaguna MSNPs). Sebanyak 14 negeri mengesahkan penyertaan dalam kejohanan kali ini, namun pasukan pelapis Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dalam 8 sukan yang dipertandingkan.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 9.00 pagi dan tiba di Perlis pada jam 12.00 tenghari. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seramai 135 orang yang melibatkan 7 orang pegawai, 18 orang jurulatih, dan 110 orang atlet.

Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan yang berumur 11 hingga 15 tahun. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan  sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. 

Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah seperti yang dinyatakan.

19 April 2017 (Rabu)
1. Gimrama - Bilik Mesyuarat MSNPs (5.00 ptg)

20 April 2017 (Khamis)
1. Angkat Berat - Venue Angkat Berat Parkir Stadium MSNPs (5.00 ptg)
2. Olahraga - Bilik Mesyuarat Utama MSNPs (5.00 ptg)
3. Memanah - Bilik Mesyuarat Lapang Sasar Memanah MSNPs (5.00 ptg)
4. Tinju - Bilik Mesyuarat Seminar Asrama MSNPs (8.00 mlm)
5. Menembak - Bilik Mesyuarat MSNPs (8.00 mlm)
6. Sepaktakraw - Bilik Mesyuarat Asrama MSNPs (8.30 mlm)

21 April 2017 (Jumaat)
1. Gimnastik - Bilik Mesyuarat Dewan Gimnastik SK Sena (5.00 ptg)

Secara keseluruhan mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit dan pihak penganjur mengingatkan kepada semua negeri agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur mengucapkan "Selamat Berjuang" kepada semua negeri yang bertanding.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK

Tarikh : 19 April 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi 
Tempat : SJK (C) Chung Hwa Confucian A & B
Kehadiran : 2 Pegawai, 2 Jurulatih

Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik telah dijalankan pada 19 April 2017. Seramai 60 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 1 wanita . Program hari ini dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar diberitahu bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan gimnastik bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan. Seramai 5 orang peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada minggu hadapan untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik akan diteruskan sepanjang  bulan April ke beberapa buah sekolah khusus didalam pulau.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Tuesday, April 18, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 16 April  2017 (Ahad)
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1 .Galina Nikolova Stefanova - JLN MSNPP
2. Faizah Abdul Aziz – Jurulatih lantikan KMPP
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Menembak

ATLET
1. 12 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1.Warm up & stretching
2.Air pistol
3.Air rifle
4.Cooling down

PERTANDINGAN
Akan menyertai Jemputan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 Perlis pada 20-24 April 2017.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Terdapat beberapa jaket dan kasut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

PROGRAM BINAAN
Selesai melaksanakan program pencarian Bakat (TID) di SMK Perempuan Sri Mutiara.  Seramai 26 orang terpilih untuk ke fasa seterusnya.Mereka akan dipanggil pada 22/1/2017 (sabtu) hadir ke kelab Menembak untuk penerangan yang lebih lanjut.

ULASAN RINGKAS
1.Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran memuaskan berikutan pelajar tidak terlibat kelas tambahan.
3. Perbincangan bersama jurulatih mengenai atlet yang terpilih melalui program TID yang lepas. Selain  itu turut membincangkan program TID untuk akan datang dan program ceramah psikologi dari ISN.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 14 April 2017 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Titi Mukim, Penaga, Pulau Pinang

KEHADIRAN 
1. Zainuddin Bin Zakaria (Jurulatih)
2. Ahmad Zaidi Bin Mohamad Rosdi (ISNPP)
3. Azizi Bin Shafie (ISNPP)
4. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)
5. Atlet : 15 orang atlet

PROGRAM BINAAN 
Dalam perancangan mengadakan latihan bersama Pelapis Serantau pada bulan Mei 2017

UJIAN KECERGASAN
Ujian kecergasan fizikal 1/2017 telah dijalankan pada 14 April 2017

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 pada 20 hingga 23 April 2017 di Kangar, Perlis

PERALATAN
1. Memohon tambahan glove,skipping rope dan punching bag
2. Tiang ring gelanggang telah mengalami kerosakan dan mohon dibaiki segera

ULASAN
1. Sesi latihan pada kali ini digantikan dengan ujian kecergasan fizikal 1/2017 yang telah dikendalikan oleh pihak Institutu Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang. Antara ujian yang dilaksanakan adalah Antropometric Measurement, Sit & Reach Flexibility test, Hand Grip Test, Standing Broad Jump, Agility test, Speed Test dan Bleep Test. 
2. Atlet-atlet bakat akan menyertai Kejohanan Tinju Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Kangar, Perlis.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa gelanggang tinju PLN Titi Mukim mengalami kerosakan pada satu tiang ring gelanggang dan memohon kerosakan tersebut dapat dibaiki segera untuk memudahkan sesi latihan.
4. PPN dalam perancangan untuk mengadakan latihan bersama Pelapis Serantau pada bulan Mei bagi memberi pendedahan latihan untuk atlet-atlet Pelapis Negeri.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, April 14, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 13 April 2017 (Khamis)
Masa : 3.30 ptg - 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 45 orang

LATIHAN
1. Streching
2. Latihan penyesuaian regu
3. warm down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Seramai 15 atlet akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 pada 20 hingga 23 April 2017 di Kangar Perlis.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan beberapa peralatan seperti bola dan jaring
2. Jurulatih memohon bumbung tepi untuk menutup gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan berjalan seperti biasa.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Atlet baru selesai menyertai Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2017 pada 6 hingga 9 April 2017 di Kompleks MSN Keramat Kuala Lumpur. Pasukan Pulau Pinang telah menduduki tempat ke-6 secara keseluruhan selepas selesai sirkit 1.
4. Kejohanan Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2017 akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2017 di Kompleks Sukan Azman Hashim USM Pulau Pinang.
5. Pihak Persatuan juga telah memberi surat permohonan bajet untuk kejohanan sirkit 2 di Pulau Pinang.
Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved