Tuesday, December 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 16 Disember 2013 (Isnin)
Masa : 5.30 petang hingga 6.45 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. Jamil bin Hashim– JSM

ATLET
1. 8 orang atlet.

LATIHAN
1. Clean & Jerk.
2. Snatch Pull.
3. Back Squat.

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara 2013 pada 18 hingga 20 Disember 2013 di Pusat Latihan Angkat Berat Batu Uban, Pulau Pinang.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. 1 bar wanita & 2 bar lelaki patah.
2. Penambahan 1 set bar wanita dan lelaki.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS

1. Hasil program pencarian bakat pada 13 November 2013 yang lalu, 4 orang atlet baru sudah menjalani latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

2. Jurulatih juga memohon penambahan peralatan seperti 1 set bar lelaki dan wanita.
3. Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran atlet memuaskan.
4. Jurulatih bercadang agar Kejohanan Zon Utara mendapat kerjasama dengan pihak sekolah pada tahun hadapan.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, December 16, 2013

41TH PENANG PESTA INTERNATIONAL BOWLING CHAMPIONSHIPS 2013

 Tarikh : 14 Disember 2013 (Sabtu)
Tempat : Mega Bowling Center, Perai
Masa : 6.00 petang

Kejohanan untuk kali ini telah diadakan pada pada 7 hingga 15 Disember 2013 bertempat di Mega Bowling Center, Prai, Penang anjuran Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan iaitu Milo Youth U12 (Boy & Girl), Milo Youth U16 (Boy & Girl), Milo Youth Open (Boy & Girl), Men & Women Graded, Men & Women Open dan Senior Master dimana melibatkan penyertaan 20 pasukan dalam negeri mahupun luar negara.

Untuk kejohanan kali ini skuad pelapis negeri Pulau Pinang tidak terkecuali dari pertandingan ini untuk bertanding memberi saingan kepada atlet-atlet yang berpengalaman. Dalam kejohanan ini juga beberapa atlet pelapis telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dimana salah seorang atlet iaitu Mohd Hariz Adlan Bin Azman telah menjuarai bagi kategori Milo Youth Boy U12 dan menduduki tempat ke-4 bagai kategori Milo Youth Boy U16.

Turut memeriahkan kejohanan kali ini dengan kahadiran Encik Jefri Bin Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada petang ini.

Kejohanan ini akan tamat secara rasmi pada keesokkan hari.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan ringkas oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, December 13, 2013

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI 2013

Tarikh : 13 Disember 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Pusat Latihan Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah Darul Aman.

Hari terakhir kem diteruskan lagi dengan penilaian kursus sebelum Majlis Perasmian Penutup yang akan dijalankan pada jam 10.00 pagi. Bagi Majlis Perasmian Penutup akan dirasmikan oleh wakil jurulatih iaitu Encik Nadzri Bin Mahmood bagi mewakili Encik Hamidi Bin Lokman Pemangku Ketua Unit USPTN yang perlu menghadiri sebagai Panel untuk Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Selepas selesai majlis, sesi bergambar kenangan bersama jurulatih, urusetia dan para atlet sebelum pulang ke Pulau Mutiara. Kenangan 3 hari 2 Malam telah membuat para atlet seronok dan bersemangat. Segala ilmu yang dipelajari akan disemat terus ke dalam sanubari setiap atlet yang hadir.

Semoga kem sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Oleh 
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI 2013

Tarikh : 12 Disember 2013 (Khamis)
Tempat : Pusat Latihan Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah.
Masa : 7.00 pagi hingga 11.05 malam

Aktiviti pertama untuk hari kedua dimulakan dengan solat subuh berjemaah di surau dan diikuti dengan taklimat ringkas daripada kem komandan. Kemudian para atlet, jurulatih dan urusetia bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan senamrobik yang dikendalikan oleh wakil peserta.

Pada pukul 9.00 pagi, semua atlet dan jurulatih berkumpul di tapak perhimpunan bagi mendengar taklimat ringkas untuk aktiviti team building iaitu abseiling selama 2 jam. Bagi aktiviti ini setiap atlet diberi percubaan untuk mencuba tahap ketinggian dimana permulaan dari atas ke bawah. Selepas selesai aktiviti "Abseiling", atlet dan jurulatih dibawa bergerak ke lokasi untuk aktiviti yang kedua iaitu "High & Low Element". Sebanyak 10 halangan ditelah disediakan dan setiap atlet diuji ketahanan mental dan fizikal.

Sesi sebelah petang, aktiviti outdoor bersambung dengan sukan air iaitu "Berakit" dan "Lake Crossing". Aktiviti ini adalah lanjutan daripada aktiviti sebelah pagi. Riak reaksi setiap wajah atlet untuk aktiviti hari ini amat teruja dan menunjukkan semangat berpasukan.

Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan lagi dengan malam persembahan daripada atlet mengikut kumpulan yang diberi.

Aktiviti hari kedua tamat pada jam 11.05 malam dan akan bersambung pada esok hari.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, December 12, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI 2013

Tarikh : 11 hingga 13 Disember 2013
Tempat : Pusat Latihan Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah Darul Aman
Masa : 12.35 petang hingga 12.30 pagi

Kem Tahunan Atlet Pelapis Negeri 2013 akan berkampung selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Paya Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah. Penyertaan atlet telah melibatkan beberapa sukan seperti sukan Menembak, Memanah, Olahraga dan Tinju dimana melibatkan seramai 63 orang termasuk pegawai dan jurulatih. Pada kem kali ini aktiviti akan dikendalikan oleh kakitangan USPTN dan jurulatih dimana hanya aktiviti "outdoor" akan diserah sepenuhnya kepada khidmat jurulatih yang terlatih dan berkelayakan.

Perjalanan program pada hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran serta taklimat ringkas daripada urusetia sebelum atlet dibenarkan untuk masuk ke bilik penginapan yang disediakan. Tepat jam 2.30 petang sesi pertama iaitu "suai kenal" akan dijalankan dimana sesi ini merangkumi kepada games, pembentukan kumpulan, pembinaan moto dan logo kumpulan. Aktiviti diteruskan pada jam 5.30 petang dengan "management games" yang melibatkan 5 kumpulan. Setiap atlet dalam kumpulan ditugaskan untuk menyelesaikan permasalahan yang diberi oleh urusetia untuk menilai kreativiti,kecekapan dan kerjasama dalam kumpulan.

Pada sesi sebelah malam, atlet telah diserahkan kepada jurulatih terlatih untuk mengendalikan aktiviti "Night Walk" selama 2 jam. Objektif aktiviti ini untuk menguji tahap ketahanan fizikal,mental dan emosi setiap atlet. Ia juga membentuk semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan.

Aktiviti hari ini tamat pada jam 12.30 pagi dan akan bersambung pada esok hari seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Sekian,Terima Kasih.

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved