Saturday, June 22, 2013

KEJOHANAN 4TH PENANG DURIAN MASTER 2013

Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang

Seramai 70 orang pemain dari 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor telah mengesahkan penyertaan secara rasmi pada Kejohanan 4th Penang Durian Master 2013 yang berlangsung di Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang dengan anjuran Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Tidak ketinggalan untuk memberi saingan pada kejohanan kali ini adalah penyertaan daripada negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Setiap pemain yang berdaftar perlu bermain sebanyak 12 games sebelum pihak penganjur memutuskan seramai 24 orang pemain layak secara automatik ke pusingan kedua dan seterusnya ke step ladder sebelum memnentukan siapa sebagai pemenang. Pusingan kedua dan step ladder akan berlangsung pada keesokkan hari (23 Jun 2013 – Ahad).

Kejohanan kali ini turut menampilkan beberapa nama besar seperti Shalin Zulkifli yang mewakili negeri Selangor. Skuad Pulau Pinang juga turut menghantar pemain dari Skuad Sukma 2014 iaitu Nur Amirah Auni, Toh Yih Sheng dan Toh Yih Hong bagi memberi saingan kepada pemain-pemain lain.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, June 20, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PULAU PINANG KE SUKMA XVI 2013 KUALA LUMPUR.

Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Pesiban Agung USM, Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pulau Pinang telah berlangsung semasa Kem Fasa Akhir SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013 yang telah diadakan pada 16 hingga 21 Jun 2013. Kontinjen Pulau Pinang bakal menyertai 17 daripada 20 sukan dipertandingkan pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVI) Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Frederick Tan Teck An berkata seramai 331 atlet akan membawa cabaran negeri dengan misi untuk mengatasi pencapaian pada SUKMA XIV 2011 iaitu 6 emas, 8 Perak dan 12 gangsa.

Antara acara-acara yang akan disertai oleh Kontinjen Pulau Pinang pada Temasya kali ini adalah Polo Air, Renang Berirama, Bina Badan, Bola Jaring, Bola Tampar Dewan, Futsal, Ragbi, Gimnastik Artistik, Ekuestrian, Lawan Pedang, Ping Pong, Muay Thai, Kriket, Judo, Silambam, Bola Keranjang dan Woodball.

Semua atlet yang bertanding sudah bersedia dan bersemangat untuk mencipta kejayaan yang memberangsangkan sepanjang temasya itu berlangsung. Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian YB Pn. Chong Eng kepada Chief De Mission Dato’ Ong Poh Eng.

Antara objektifnya adalah bagi membentuk atlet bermotivasi tinggi sebelum,semasa dan selepas temasya. Malah ia langkah proaktif dalam meningkatkan semangat sepasukan, berdaya saing serta mengeratkan hubungan silahturahim antara semua yang terlibat. Disamping itu sokongan semua pihak termasuk pegawai, ibu bapa dan guru juga amat besar dalam memastikan kejayaan gemilang kontinjen Pualau Pinang pada temasya kali ini.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, June 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 18 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 4.00 pm
Tempat : SMK Mutiara Impian.

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi B. Azizan (JSM)
2. Atlet  - 22 orang.

LATIHAN
1. Taktikal/Kawalan Rejaman.
2. Servis Laju, sasaran 7.
3. Feeder umpanan 1 sentuhan / Rejaman.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet baru pulang dari Kejohanan MSSM pada 1 - 8 Jun 2013 dan Kejohanan Piala Ketua Menteri di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah pada 14 - 16 Jun 2013.

PERALATAN
1. Bola Takraw kebanyakkannya sudah patah dan memerlukan lagi bola takraw dengan segera untuk melancarkan latihan.

2. Memerlukan tali skipping.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dari pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa perlukan bola takraw dengan segera untuk menjalani latihan dengan lebih lancar.

3. Jurulatih juga turut menunjukkan cara yang betul ataupun demo kepada atlet-atlet bagaimana untuk melakukan servis yang baik dan sebagainya.

4. Dari pemerhatian dan perbincangan bersama jurulatih, atlet-atlet menunjukkan prestasi yang baik dari segi servis, first ball, dan rejaman. Atlet-atlet dapat menerima arahan dari jurulatih dengan baik.


Sekian,Terima Kasih


Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Friday, June 14, 2013

RIBUT KUAT MELANDA SEKITAR PULAU PINANG

Lewat jam 6.45 petang semalam, Ribut kuat dengan angin kencang telah melanda Georgetown dan Pulau Pinang sehingga mengakibatkan beberapa kawasan utama dilanda kemusnahan. Antara kawasan-kawasan yang terbabit adalah Jalan Macalister, Padang Kota, Persisiran Tanjung Bungah dan lain-lain. Sekitar Batu Uban juga turut mengalami kejadian sama dimana salah satu pusat latihan iaitu Pusat Latihan Memanah Batu Uban turut terlibat sehingga menyebabkan berapa peralatan diterbangkan angin dan rosak. Beberapa keping zink bumbung turut diterbangkan angin. 





Read more...

Wednesday, June 12, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 11 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 5.30 petang – 8.00 malam.
Tempat : Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Kim Eun Jung - JLN
2. 4 orang atlet lelaki & 6 orang atlet wanita (Skuad Sukma 2014)

Latihan
1. Fokus Sparring & Relax Muscle.

Ujian
Tiada

Pertandingan
1. Kejohanan SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC National Junior Circuit 2013 – MTBC Leg pada 14 hingga 16 Jun 2013 di Sunway Mega Lanes, Sunway Piramid, Kuala Lumpur.

Kecederaan
Tiada.

Peralatan
Peralatan latihan hak milik atlet sendiri.

Program Binaan
Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Hanya skuad Sukma 2014 menjalani latihan semasa pemanatauan dijalankan.

2. Komitmen semua atlet amat memuaskan walaupun baru balik dari kejohanan MSSM di Johor.

3. Persiapan latihan untuk ke Kejohanan MTBC Leg di Kuala Lumpur.

4. Jurulatih juga ada mencadangkan supaya diadakan kelas mental training.

5. Di akhir pemantauan sesi perjumpaan diteruskan dan mengingatkan setiap atlet agar memberi fokus dalam latihan harian dan segala teguran daripada jurulatih semasa sesi latihan bersama.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh




Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved