Saturday, March 27, 2010

MESYUARAT JSM BIL. 1/2010

Program : Mesyuarat JSM USPTN Bil 1/2010
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MSNegeri

Terima kasih kepada JSM-JSM USPTN yang hadir pada mesyuarat yang telah diatur dan diadakan pada hari ini. Seramai 10 orang JSM hadir manakala selebihnya tidak dapat hadir kerana berada di luar Pulau Pinang untuk terlibat dengan kejohanan sukan masing-masing. Perancangan Program untuk tahun 2010 telah dibentangkan oleh KUN dan jurulatih-jurulatih juga banyak memberi pandangan untuk memperkasakan program di peringkat negeri.










Read more...

KEJOHANAN ANGKAT BERAT TERBUKA KEDAH - 1st Day

Tarikh : 26 Mac 2010
Venue : Jitra Mall, Alor Setar

Pada hari ini 6 kategori dipertandingkan iaitu 48kg Wanita, 53kg Wanita, 52kg Lelaki, 56kg Lelaki, 62kg Lelaki & 69kg Lelaki. Daripada acara-acara berkenaan tiga (3) kategori melaibatkan atlet-atet dari Pulau Pinang iaitu Azizah Fadzil (PEN/PK), E. Sasheladewi (PEN/ASZS) dan Mohd Syafiq Yusof (PEN/ASZU).

Berikut adalah keputusan daripada ketiga-tiga atlet Pulau Pinang berkenaan;

Azizah Fadzil – Pingat Emas
Snatch : 65kg Clean & Jerk : 80kg Total : 145kg

E.Shasheladewi – Pingat Gangsa
Snatch : 57kg Clean & Jerk : 71kg Total : 128kg

Mohd Syafiq Yusof – Pingat Emas
Snatch : 100kg Clean & Jerk : 127kg Total : 227kg

Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga atlet berkenaan.

Laporan ringkas oleh : Ahmad Firdaus Yusof

Mohd Syafiq Yusof - acara 62 kg Lelaki

E.Sasheladewi - acara 53 kg Wanita

Azizah Fadzil - 48 kg Wanita



Read more...

Thursday, March 25, 2010

OLAHRAGA - SESI UJIAN MASA ATLET PELAPIS NEGERI

Tarikh : 23 Mac 2010
Tempat : Stadium Bandaraya, Georgetown
Atlet : 30 Orang
Jurulatih : PLBS Payadesa & Lau Chin Meng

Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh JPM USPTN, Mr. PLBS Payadesa bersama JPM MSNegeri, Mr. Lau Chin Meng. Antara objektif ujian ini dilakukan adalah untuk menilai prestasi atlet terkini dalam skuad latihan untuk tujuan rekod. Atlet-atlet yang mencatat masa terbaik sahaja akan dibawa menyertai kejohanan NS Open dan Karnival Pelapis kelak.

Berikut adalah keputusan dari ujian berkenaan;

1000M Lelaki
1. N.Mashini 3 min 54.94s
2. Chen Ee Vern 4 min 00.85s

1000M Lelaki
1. C.Saarvin 2 min 47.73s
2. Calvin Boon 2 min 53.39s
3. S.Hariivel 3 min 02.06s

100M Lelaki
1. Mohd Nasir 11.20s
2. Tan Teik Sheng 11.40s
3. Ahmad Nurzhariff 11.81s

500M Wanita
1. N.Mashini 1 min 40.96s
2. Chen Ee Vern 1 min 42.84s

500M Lelaki
1. C.Saarvin 1 min 10.67s
2. Calvin Boon 1 min 17.44s
3. S.Hariivel 1 min 18.49s
4. Yip Zi Kai 1 min 22.48s

300M Lelaki
1. Mohd Nasir 35.8s
2. Tan Teik Sheng 38.27s
3. Ahmad Nurzhariff 38.69s

Ujian kedua akan diadakan pada 30 Mac 2010 di Stadium yang sama.










Read more...

PEMANTAUAN PLN - BOLING PADANG

Laporan ringkas hasil lawatan saya ke PLN Boling Padang pada 24/03/2010 (Rabu) seperti berikut :

Sukan : Boling Padang
Tarikh : 24hb Mac 2010 (Rabu)
Tempat : PLN Boling Padang, Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, P.Pinang
Jurulatih : JSM Mohd Zubir Bin Jamaluddin
Masa Latihan : 5.00 pm hingga 7.00 pm
Masa Lawatan : 6.15 pm hingga 7.00 pm

Kehadiran Jurulatih

Tidak Hadir - Dimaklumkan oleh JPM MSNegeri, JSM Pelapis mc dan JSM tidak maklumkan pada saya. Atlet Pelapis dilatih oleh JPM & JSM MSNegeri. Untuk makluman, pihak saya tidak memberitahu kepada JSM tentang kehadiran saya untuk membuat pemantauan di PLN.

Kehadiran Atlet

8 Hadir & 4 Tidak Hadir kerana ada aktiviti sekolah.

Latihan

Sessi 1
Jam 5.00 pm hingga 6.00 pm
- Apply skill (draw short/medium/long)
- Skill - Crossline (selepas jack) , Stopper bowl dan Drive Weight (Control kelajuan bowl)

Sessi 2
Jam 6.00 pm hingga 7.00 pm
- Game - atlet perlu menggunakan teknik yang diajar pada sessi 1 didalam sessi ke-2

Hal-Hal lain

1. Akan ambil tindakan susulan berkaitan dengan ketidakhadiran JSM tanpa memberitahu SDO terlebih dahulu dan akan maklumkan didalam Mesyuarat Jurulatih dan JKK - Boling Padang Bulan April 2010. Ini bertujuan supaya tidak akan berulang lagi pada masa2 akan datang.

2. Mengedar surat pelepasan kepada atlet yang akan ke Kejohanan National Singles Bkt Kiara, K.Lumpur pada 27hb hingga 30hb Mac 2010.

3. Sewaan penggunaan green boling padang dibayar oleh MSNegeri (2 ring) dan Persatuan (4 ring)
Sekian, laporan ringkas hasil dari pemantauan saya. TQ
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi













Read more...

Wednesday, March 24, 2010

PEMANTAUAN PLN - AKUATIK (TERJUN)

Sukan : Akuatik - Terjun
Tarikh : 23hb Mac 2010 (Selasa)
Tempat : PLN Terjun, PISA Relau Pulau Pinang
Jurulatih : JLN Xu Ji
Masa Latihan : 7.00 pm hingga 10.00 pm
Masa Lawatan : 6.30 pm hingga 8.30 pm

Kehadiran Jurulatih
Hadir jam 6.40 petang

Kehadiran Atlet


Kehadiran tepat pada masa oleh atlet Elit, Pelapis dan Pembangunan.Jumlah kehadiran pada hari ini adalah 11 orang dengan pecahan 4 Elit, 4 Pelapis dan 3 Pembangunan. Atlet Pelapis dan Pembangunan minta hadir latihan pada jam 7.00 malam kerana waktu pagi & petang terlibat dengan aktiviti sekolah. Jadual Waktu latihan atlet terjun seperti dilampirkan.

Latihan

1.Dimulakan dengan warm-up lari didalam lingkaran Pusat Akuatik sebanyak 3 kali dan diikuti dengan basic warm-up dari atas (kepala) ke kebawah (kaki).

2. Setiap atlet berbeza bentuk latihan dan berikut adalah bentuk latihan yang dijalankan pada hari ini (23/03/2010)


Kemudahan

1.Tali Harness di latihan darat perlu di tukar (dari tahun 2004) - akan mohon di MSNegeri

2.Harness di kolam sehingga kini masih belum di pasang, secara verbal dimaklumkan oleh Persatuan akan dipasang selepas Tahun Baru Cina 2010 - akan rujuk pada Persatuan.

Lain-lain Perkara

Telah maklumkan sekali lagi pada Jurulatih tentang 3 perkara ;

1. Program Mac & April 2010

a. Kem Bakat Sukan Terjun Siri 01/2010 di Negeri Sembilan - 26 - 31 Mac 2010
b. Kejohanan Terjun Program Pelapis Negeri 01/2010 di Selangor - 9 - 11 April 2010
c. Kejohanan Terjun Peringkat Umur Kali Ke-46/2010 di Negeri Sembilan - 29 Apr - 1 Mei
* Urusan Pelepasan Sekolah telah diuruskan dan telah terima borang kebenaran ibubapa
* Urusan Pengangkutan, Penginapan, Makan dll akan diuruskan oleh SDO
* Telah beri senarai keperluan yang perlu dibawa semasa di Kem & Kejohanan nanti

2. Satu Perjumpaan Bersama Ibubapa Atlet Bil 01/2010 akan diadakan pada 06hb April 2010 di Bilik Mesyuarat Pusat Akuatik PISA jam 7.00 malam - akan maklumkan pada Persatuan minta hadir sama.

3. Jurulatih mohon untuk latihan di Perak atau Kuala Lumpur - akan berbincang bersama Persatuan dan Penyelaras MSNegeri.

Pemantauan tamat pada jam 8.30 malam dan dilampirkan beberapa gambar ketika sessi pemantauan dibuat.

Sekian, terima kasih

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi




Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved