Monday, July 16, 2018

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN GIMRAMA 2ND VITRIGO INTERNATIONAL CUP 2018

Tarikh : 11 hingga 15 Julai 2018 (Rabu hingga Ahad)
Tempat : Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Kelab Gimnastik FMG dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama 2nd Vitrigo International Cup Malaysia pada 11 hingga 15 Julai 2018 (Rabu hingga Ahad) bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 12 Julai 2018 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan pagi. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kejohanan kali ini telah melibatkan atlet daripada luar negara antaranya Korea, Thailand, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Taiwan, manakala 6 negeri dari Malaysia juga mengambil bahagian antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor dan Sabah. Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior dan U12. Pendaftaran telah dilakukan seramai 4 orang gimnas iaitu Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Victoria Manalang Tan Fu Hui dan Caitlin Cheah Pei Syuen.

Pasukan Pulau Pinang bertanding pada 12 hingga 15 Julai 2018 dan pertandingan pada setiap hari akan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 7.00 malam .Pada kejohanan ini, gimnas Ong Wei Yee mengambil bahagian bagi kategori Junior manakala yang lain berada dalam kategori U12. Bagi kejohanan kali ini seorang gimnas hanya wajib mengambil 3 acara apparatus berbanding empat apparatus yang acap kali dijalankan. Berikut merupakan keputusan bagi atlet pelapis Pulau Pinang:

Ong Wei Yee (Junior)
Belantan - 6.517 (15/29)
Gelung - 7.017 (9/16)
Bola - 7.833
Individu Keseluruhan - 21.367 (23/32)

Caitlin Cheah Pei Syuen ( U12)
Gelung - 10.017 (1/9)
Riben - 5.600 (4/7)
Belantan - 7.600 (7/12)
Individu Keseluruhan - 23.217 (9/19)

Evelyn Foo Yi Fei (U12)
Gelung - 7.450 (5/9)
Bola - 8.217 (3/9)
Belantan - 4.983 (11/12)
Individu Keseluruhan - 20.650 (16/19)

Victoria Manalang Tan Fu Har (U12)
Gelung - 7.233 (6/9)
Freehand - 9.083 (12/17)
Belantan - 4.800 (12/12)
Individu Keseluruhan - 21.117 (15/19)

Secara keseluruhan pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 Emas dan 1 pingat Gangsa, namun begitu terdapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan mereka perlu menjalani latiahn dengan lebih terutama sekali akan memberi penumpuan seterusnya kepada SUKMA PERAK 2018. Pihak PPN turut mengucapkan tahniah kepada gimnas, jurulatih dan persatuan yang sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan prestasi sukan Gimrama di Pulau Pinang dengan usaha sama MSNPP serta USPTNPP.

Sekian, terima kasih.

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 14 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 12.00 tghari hingga 5.00 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Md Shah Bin Ismail - JSM
2. Ismail Bin Abd Ghani - JPM Negeri
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 10 atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Teori & Praktikal
3. Reaching & Balancing
3. Warm Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Seramai 7 atlet baru selesai menyertai Kejohanan KFC Perlis Open Regatta 2018 pada 6 hingga 8 Julai 2018 di Tasik Timah Tasoh, Perlis. Keputusan kejohanan masih belum diterima daripada jurulatih.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih memaklumkan bahawa persatuan akan menyegerakan surat berserta sebut harga untuk pembelian peralatan kecil.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa persatuan akan menyegerakan surat berserta sebut harga untuk pembelian peralatan kecil.
3. Seramai 7 atlet baru selesai menyertai Kejohanan KFC Perlis Open Regatta 2018 pada 6 hingga 8 Julai 2018 di Tasik Timah Tasoh, Perlis. Keputusan kejohanan masih belum diterima daripada jurulatih.
4. Jurulatih memaklumkan bahawa 7 atlet telah terpilih dalam senarai panjang ke Temasya Sukan Malaysia XIX, Perak 2018.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, July 12, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 9 Julai 2018 (Isnin)
Masa : 8.30 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2. Rico Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 16 Orang

LATIHAN
1. Vaulting
2. Floor Exercise
3. Strength & power training - TID athletes

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimnastik Artistik 2nd Vitrigo International Cup 2018 yang akan berlangsung pada 11 hingga 15 Julai 2018 di Bukit Jalil

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan hanya seorang atlet MAG pelapis negeri akan ke kejohanan kerana berada dalam skuad latihan SUKMA PERAK 
2. Seterusnya, jurulath turut memaklumkan bahawa atlet yang dinilai daripada TID akan dikeluarkan seramai 2 orang kerana tidak menunjukkan peningkatan dalam latihan yang diberi. Oleh itu, kini hanya 7 orang gimnas daripada dua sesi program TID masih berada dalam proses saringan peringkat seterusnya.
3. Latihan berjalan seperti yang dirancang dan pihak PPN turut menegur beberapa info di dalam laporan bulanan jurulatih yang tidak lengkap untuk dibaiki bagi laporan seterusnya.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, July 11, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 9 Julai 2018 (Isnin)
Masa : 6.00 pm - 8.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN

1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee - JSM MSNPP
3. Shaleen Tay - JSM USPTNPP

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Control Test
3. Cooling Down

UJIAN
1. Control test dijalankan pada setiap kejohanan yang akan disertai, semasa pemilihan dijalankan.

PERTANDINGAN

1. Kejohanan Gimrama 2nd Vitrigo International Cup 2018 yang akan berlangsung pada 11 hingga 15 Julai 2018 di Bukit Kiara

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Kejohanan Dalaman MJAPP 2018 yang dicadangkan akan berlangsung pada bulan Ogos 2018.

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan pada kejohanan kali ini hanya 4 orang gimnas akan terlibat dengan SUKMA PERAK 2018 akan menyertai kerana yuran penyertaan RM200 seorang serta ia merupakan peringkat kebangsaan yang melibatkan negara lain.
2. Pasukan pelapis Pulau Pinang akan bertolak pada 11hb Julai 2018 ke kejohanan tersebut
3. Jurulatih telah meletakkan sasaran kepada gimnas akan menyertai kejohanan ini untuk mendapatkan angka yang lebih tinggi daripada kejohanan yang lepas

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Friday, July 6, 2018

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 4 Julai 2018 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Hari ini merupakan hari terakhir untuk 4 orang gimnas dari pasukan Pulau Pinang melakukan apparatus bola dalam kategori pre-junior pada sesi pagi hari ini, dan majlis penyampaian hadiah bermula pada pukul 2.30 petang.

Dalam kategori pre-junior alat bola, Caitlin Cheah Pei Syuen mendapat markah 8.70, Evelyn Foo Yifei mendapat markah 4.95, Victoria Manalang Tan Fu Hui mendapat markah 7.05 dan Tan En Qi mendapat markah 4.85. Dengan prestasi yang memuaskan dan selepas membuat latihan yang secukup, Caitlin Cheah Pei Syuen mendapat tempat ketiga bagi alat bola. Selain itu, 4 gimnas dari kategori pre-junior telah memenangi tempat kedua dalam acara kumpulan. Caitlin Cheah Pei Syuen juga mendapat tempat ketiga dalam individu keseluruhan.

Prestasi gimnas dari kategori pre-junior telah meningkat sebab mereka membuat latihan yang cukup. Caitlin Cheah, Evelyn Foo dan Victoria Manalang juga menjalankan latihan di Kuala Lumpur dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan SUKMA 2018 pada bulan September 2018.

Oleh itu, jumlah keseluruhan pungutan pingat bagi kejohanan kali ini ialah 1 Perak dan 6 Gangsa. Terdapat banyak kesilapan dan gimnas perlu meningkatkan prestasi mereka dengan menjalani latihan yang lebih baik di pusat latihan negeri bersama jurulatih, tumpuan diberikan kepada gimnas yang akan ke SUKMA PERAK September ini.

Sekian, terima kasih.

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved