Tuesday, July 3, 2018

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 2 Julai 2018 (Isnin)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Under 11 dan Pre-junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 8 orang gimnas iaitu Nicole Cheng Qi Ern, Nuralynn Bt Mohd Shaari, Iris Tan Yi Hong, Lee Jing Ying, Angie Tan En Qi, Caitlin Cheah Pei Syuen, Evelyn Foo Yifei, dan Victoria Manalang Tan Fu Hui.

Bagi kategori U11, seramai 4 orang gimnas dari pasukan Pulau Pinang melakukan alat belantan pada sesi pagi hari ini, iaitu Nicole Cheng Qi Ern, Nuralynn Bt Mohd Shaari, Iris Tan Yi Hong dan Lee Jing Ying. Seramai 27 gimnas mengambil bahagian dalam kategori U11. Nicole Cheng Qi Ern mendapat markah 8.90 dan memenang tempat keempat dalam alat belantan. 

Nuralynn Bt Mohd Shaari mendapat markah 3.45, Iris Tan Yi Hong mendapat markah 3.45, dan Lee Jing Ying mendapat markah 1.60. Mereka mendapat markah yang rendah disebabkan prestasi yang tidak memuaskan. Difficulties yang tinggi terlalu susah bagi mereka. Seterusnya, markah execution mereka terlalu rendah. Markah execution termasuk choreography, muzik dan ketepatan routine. Selain itu, gimnas tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain dan pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku.

Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana tidak mencapai matlamat. Jurulatih juga telah berjumpa dengan ketua teknikal untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas berkenaan markah yang diberi. 

Sekian, terima kasih.

Read more...

Monday, July 2, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 1 Julai 2018 (Ahad)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Kebangsaan Siri 1/2018 pada 1 hingga 4 Julai 2018 (Ahad hingga Rabu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan kejohanan ini telah dijalankan pada 29 Jun 2018 bersama dengan kejohanan sportexcel yang lepas bermula jam 3.00 petang dan pertandingan bermula pada hari ini bagi kategori pre junior gelung & belantan, U9 bola & belantan, U11 bola & freehand, dan U7 freehand & riben.

Sebanyak 10 negeri dan 3 negara luar telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pahang, Sabah, Perak, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, China, Russia, dan India.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori pre Junior dan U11. Bgai keputusan hari ini pasukan pelapis Pulau Pinang menunjukkan peningkatan yang baik dengan memenangi 2 gangsa walaupun 2 orang gimnas mendapat markah yang rendah kerana difficulty yang terlalu tinggi telah diberikan oleh JSM yang baru dan gimnas tidak dapat melakukan dengan baik pada kejohanan ini. Berikut merupakan keputusan pada hari pertama:

U11
Bola
Nuralynn Mohd Shaari - 2.600
Iris Tan Yi Hong - 2.600
Lee Jing Ying - 3.250
Nicole Cheng Qi Ern - 8.550

U11
Freehand
Nuralynn Mohd Shaari - 5.050 (26/26)
Iris Tan Yi Hong - 6.700 (24/26)
Lee Jing Ying - 5.300 (25/26)
Nicole Cheng Qi Ern - 9.850 (3/26)

PRE JUNIOR
Gelung
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.050
Evelyn Foo Yi Fei - 6.250
Victoria Manalang Tan Fu Har - 6.500
Tan En Qi - 5.050

PRE JUNIOR
Belantan
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.150 (5/27)
Evelyn Foo Yi Fei - 5.450 (23/27)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.550 (21/27)
Tan En Qi - 4.050 (26/27)

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL-MSN-MILO-MGF SIRI 1/2018

Tarikh : 29 hingga 30 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Sport Excel-MSN-MILO-MGF Siri 1/2018 pada 29 hingga 30 Jun 2018 (Jumaat hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 29 Jun 2018 bermula jam 3.00 petang dan pertandingan akan bermula pada 5.30 petang. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 10.30 hingga 11.30 petang.

Sebanyak 6 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Selangor, Pahang, Perak,Sabah dan Pelapis Kebangsaan. Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 5 orang gimnas iaitu Nicole Cheng Qi Ern, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Nur Syaziana Soffia dan Victoria Manalang Tan Fu Hui.

Hanya 3 gimnas dari pasukan Pulau Pinang bertanding pada sesi petang 29 Jun 2018 dan pertandingan bagi sesi pagi tamat pada pukul 8.30 malam, manakala pada sesi pagi 30 Jun 2018 seramai 2 orang pelapis Pulau Pinang bertanding dan pertandingan tamat pada jam 6.30 petang.Pada kejohanan ini, kelima-lima gimnas Pula Pinang mengambil bahagian dalam kategori JUNIOR. Berikut merupakan keputusan bagi atlet pelapis Pulau Pinang:

Bola
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.900 (36/51)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.600 (29/51)
Evlyn Foo Yi Fei - 7.700 (28/51)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.950 (42/51)

Belantan
Ong Wei Yee - 6.950 (29/53)     
Nicole Cheng Qi Ern - 9.150 (17/53)
Evlyn Foo Yi Fei - 5.050 (48/53)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 6.850 (30/53)
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.350 (35/53)

Gelung
Ong Wei Yee - 6.550 (37/54)
Nicole Cheng Qi Ern - 10.200 (9/54)
Evlyn Foo Yi Fei - 4.100 (53/54)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.800 (43/54)
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.100 (38/54)

Riben
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 7.450 (19/52)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.700 (14/52)
Evlyn Foo Yi Fei - 6.150 (35/52)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.250 (43/52)

Individu Keseluruhan
Ong Wei Yee - 13.500 (hanya mengambil dua acara)
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 27.200 (28/55)
Nicole Cheng Qi Ern - 35.650 (9/55)
Evlyn Foo Yi Fei - 23.000 (40/55)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 23.850 (38/55)

Gimnas Caitlin Cheah Pei Syuen telah menarik diri di saat akhir daripada pertandingan ini kerana beliau akan menumpukan perhatian kepada pertandingan seterusnya. Gimnas Evelyn Foo Yifei mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 29 Jun 2018 dan menjalani fisioterapi pada 30 Jun 2018. Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku dan tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain. Selain daripada itu, kejohanan ini telah melibatkan atlet di peringkat kebangsaan yang memberi cabaran yang tinggi kepada gimnas pelapis Pulau Pinang untuk menandingi mereka yang hebat. Namun begitu, seorang gimnas daripada Pulau Pinang iaitu Nicole Cheng Qi Ern telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dimana beliau berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke 9 dalam kategori individu keseluruhan daripada 55 orang gimnas yang bertanding.

Sekian, terima kasih.

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 30 Jun 2018 (Sabtu)
Masa : 1.00 ptg hingga 5.00 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Ismail Bin Abd Ghani - JPM Negeri
2. Md Shah Bin Ismail - JSM
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 9 atlet

LATIHAN
1. Streching
2. Boat Handling & Balancing
3. Teori & Praktikal

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Seramai 7 atlet akan menyertai Kejohanan KFC Perlis Open Regatta 2018 pada 6 hingga 8 Julai 2018 di Tasik Timah Tasoh, Perlis.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil. Namun sehingga kini, Persatuan masih belum menghantar surat permohoanan bersama sebutharga.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa menigkut jadual jurulatih.
2. Persatuan telah menjalankan Mesyuarat AGM pada 24 Jun 2018 dimana Encik Ismail Bin Abd Ghani telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Perahu Layar Negeri Pulau Pinang.
3. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil. Namun sehingga kini, Persatuan masih belum menghantar surat permohoanan bersama sebutharga.
4. Persatuan telah menghantar surat permohonan dan perbelanjaan kejohanan KFC Perlis Open Regatta 2018 pada 6 hingga 8 Julai 2018 di Tasik Timah Tasoh, Perlis. Permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada kewangan MSNPP untuk kelulusan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK (TERJUN)

Tarikh : 29 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 4.30 ptg hingga 6.30 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Bandaraya Relau, Bayan Lepas

KEHADIRAN
1. Mohd Azheem Bin Bahari - JPM Negeri
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 6 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Platform 3M
3. Springboard Hurdle
4. Basic Entry

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih.
2. Dry Gym masih belum digunakan lagi. Jurulatih berharap penggunaan Dry Gym dapat digunakan secepat mungkin.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa tahun ini sebarang kejohanan tidak akan disertai memandangkan atlet maish baru.
4. Jurulatih memaklumkan bahawa program latihan masih diperingkat permulaan memandangkan semua atlet masih baru.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved