Wednesday, January 24, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 23 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 5.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Physical
2. Attack Bowl
3. Short, Medium and Long

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan National Triples yang akan berlangsung pada 8 hingga 11 Mac 2018 di Seremban

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih telah mengambil langkah yang lebih serius pada tahun 2018 untuk mengeluarkan semua atlet yang tidak memberi komitmen dalam menjalani latihan.
2. PPN turut menerangkan kepada jurulatih berkenaan Karnival Bakat yang bakal berlangsung pada bulan Mac dimana ini merupakan kali pertama sukan ini akan dipertandingkan dalam karnival bakat.
3. Jurulatih turut memaklumkan karnival bakat akan bertindih dengan kejohanan triples akan berlangsung, hal ini akan disemak semula dan dimaklumkan kepada jurulatih.
4. Jurulatih juga menekankan sekarang musim hujan dan sekiranya hujan lebat mereka terpaksa memberhentikan latihan kerana padang akan bertakung air.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 7.00 pm - 9.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee - JSM MSNPP
3. Yeoh Beng Choo - Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 9 Orang

LATIHAN
1. Physical
2. Routine checked

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan MSSPP 2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2018 di Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet pada hari ini agak memuaskan dan mereka memberikan komitmen yang tinggi bagi menjalani latihan.
2. Jurulatih memaklumkan sekarang latihan fokus kepada kejohanan yang akan datang iaitu Kejohanan MSSPP 2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2018 di Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
3. Jurulatih turut memaklumkan beliau akan bercuti rehat pada 4 hingga 7 Mac 2018 kerana akan bercuti bersama keluarga.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih dan pihak persatuan bahawa Tuan Pengarah akan mengadakan Mesyuarat bersama MJAPP pada 23 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat MSNPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, January 18, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 17 Disember 2018 (Rabu)
Masa : 3.30 ptg – 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan  

KEHADIRAN
1. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM USPTNPP
2. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM USPTNPP
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN  

ATLET
1. 50 orang  

LATIHAN
1. Warm Up
2. Penyesuaian Regu
3. Servis lambung Sendiri
4. Break first ball (feeder/killer)
5. Warm Down 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

UJIAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat. PPN akan mengusulkan perkara tersebut di Mesyuarat JKK Sukma Bil 1/2018 pada bulan Mac nanti.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan sepeti biasa walaupun masih belum menerima perkhabaran berkaitan pengguguran 3 sukan iaitu Sepaktakraw, Angkat Berat dan Taekwondo.
2. Kehadiran atlet amat memuaskan mengikut jadual jurulatih yang disediakan.
3. Pada sesi 2018, seramai 10 orang atlet baru telah didaftar masuk selepas program TID yang telah dijalankan pada tahun lepas. Jurulatih memaklumkan bahawa ada beberapa pelajar akan diserap masuk.
4. PPN juga memaklumkan bahawa Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2018 akan dijalankan pada 22-25 Feb 2018 atau 1-4 Mac 2018. Tarikh sebenar akan diputuskan dalam masa terdekat dan akan dimaklum kepada jurulatih dengan segera.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 17 Januari 2018 (Rabu)
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Physical
2. Choreography
3. MSSPP Level

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimnastik Artistik Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Tahun 2018 pada 12 dan 13 Febuari 2018 di Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Pertukaran Sukan dan PPN 2018 telah berkuatkuasa pada 16 Januari 2018 diatas arahan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu Encik Fazli Hisam tidak lagi menjadi PPN bagi sukan gimnastik artistik dan digantikan kepada Puan Nursyafiqah Salamat.
2. Kehadiran atlet pada hari ini memuaskan dan jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet muda yang memasuki program selepas TID 2017 telah keluar daripada program kerana kurang sokongan daripada keluarga dan sebagainya.
3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa JLN MSNM iaitu Encik Liu Shu Nan hanya akan berkhidmat di MSNPP sehingga 31 Januari 2018 sahaja selepas itu beliau perlu melatih WAG serta memerlukan masa bagi melatih pembangunan kerana beliau perlu fokus kepada SUKMA atlet.
4. PPN telah memaklumkan kepada pihak persatuan bahawa pihak MSNPP & USPTNPP hanya dapat membantu memberikan bantuan JSM kepada jurulatih sediada untuk membantu buat masa sekarang. PPN juga telah memohon pihak persatuan mencari calon bagi sukan gimnastik artistik WAG.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, January 15, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 12 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 am hingga 11.00 am
Tempat : Gimnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin - (JPM)
2. Puan Mariani Binti Sanawi - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
3. Encik Mohd Azizi Bin Shafie - Penyelia Gimnasium MSNPP
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 4 orang

LATIHAN
1. Half Squat
2. Bench Press
3. Squat Jump
4. Inclione Bench Press
5. Leg Curl
6. Seated Row
7. Walking Lunges
8. Shoulder Press
9. Pull Up
10. Calf Raises

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. SSJM 2018 - Tour I yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 Januari 2018 di Negeri Sembilan

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Latihan pagi di gimnasium kehadiran kurang memuaskan memandangkan ramai atlet yang bersekolah sesi pagi.
2. Jurulatih memaklumkan bagi Kejohanan SSJM 2018 - Tour I yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 Januari 2018 di Negeri Sembilan, hanya 2 orang atlet pelapis Pulau Pinang menyertai kerana taraf Professional serta perlu memenangi kejohanan ini untuk ke peringkat seterusnya.
3. PPN memohon jurulatih untuk melengkapkan semua dokumen  yang diperlukan bagi perlanjutan kontrak yang telah ditandatangani bagi memudahkan proses untuk penghantaran semula kepada bahagian Kejurulatihan Majlis Sukan Negara

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved