Thursday, January 11, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 9 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria - JSM USPTN
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
10 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Uppercut, Jab & hook
3. Blocking
4. Shadow Boxing
5. Cooling down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
- Memohon sparring glove, sparring glove sedia ada telah rosak

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan atlet tinju berjalan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jurulatih.
2. Empat orang atlet telah menyertai Kejohanan Tinju Antarabangsa Pesta Pulau Pinang dari 26 hingga 31 Disember 2017 di Tapak Pesta Pulau Pinang. Atlet yang terlibat adalah Mohamad Nur Hakim (Perak 56kg, 17-18thn), Asuad Mphd Halim (Perak 69kg, 17-18thn), Rasdenal Haikal (Emas, 54kg, 16thn) dan Sheikh Rahmatullah Ibrahim (Emas, 48kg 16thn).
3. PPN memohon jurulatih untuk mengemaskini data atlet dan borang maklumat atlet jika terdapat perubahan bagi tahun 2018.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Monday, January 8, 2018

PERJUMPAAN JURULATIH-JURULATIH OLAHRAGA DAN IBUBAPA BERSAMA MSN P. PINANG, JPN P. PINANG DAN PERSATUAN OLAHRAGA AMATUR P. PINANG

Tarikh : 6 Januari 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Abdul Halim Bin Ibrahim (Ketua Unit Sukan JPN Pulau Pinang)
2. En. Ahmad Firdaus Bin Yusuf (SDO MSN P. Pinang)
3. En. V. Govindasamy (Setiausaha POAPP)
4. En. Nafir Adam Bin Sahib (Penyelaras Olahraga MSSPP)
5. En. Mohamad Suhairi Bin Othman (SDO USPTN)
6. Jurulatih MSNPP, USPTN dan JPNPP
7. Ibubapa

Satu perjumpaan dan perbincangan bersama antara jurulatih-jurulatih olahraga, ibubapa, MSN P. Pinang, JPN P. Pinang dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Januari 2018 bertempat di Bilik Cemerlang, MSN P. Pinang, Batu Uban. Antara agenda perjumpaan ini adalah tentang Takwim Balapan dan Padang peringkat negeri Pulau Pinang dan Kebangsaan. Selain itu, En. Ahmad Firdaus (SDO Olahraga MSNPP) telah membentangkan maklumat program Sukma XIX Perak 2018. Antara yang disentuh adalah had kelayakan atlet untuk Sukma 2018, senarai atlet yang layak menyertai Skuad Latihan Sukma XIX Perak 2018, kouta kejohanan yang dicadangkan, struktur organisasi kejurulatihan dan cadangan serta hal-hal lain yang berkaitan. Pihak Unit Sukan JPN P. Pinang turut menyentuh hal hal berkaitan persiapan menghadapi MSSPP dan MSSM 2018. Kerjasama antara MSNPP dan JPNPP akan terus ditingkatkan bagi menaikkan kembali prestasi sukan olahraga negeri Pulau Pinang. Akhir sekali, pihak jurulatih dan ibubapa turut memberi maklum balas tentang perancangan yang telah dibentangkan. Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang akan menjalankan pertandingan ujian masa PAAA/MSNPP/MSSPP 1/2018 pada tarikh 13 Januari 2018 di Stadium Olahraga USM, P. Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Wednesday, January 3, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 2 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 7.00 pm - 8.40 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee - JSM MSNPP
3. Yeoh Beng Choo - Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Routine
2. Jumps & Leaps
3. Throws

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet pada hari ini agak memuaskan kerana persekolahan yang baru bermula gimnas masih memberikan keutamaan kepada pembelajaran.
2. Jurulatih memaklumkan beliau sekarang lebih fokus kepada gimnas yang akan ke pemilihan MSSM 2018, dimana proses pemilihan gimnas terbuka kepada kelab dan pelapis negeri.
3. Oleh itu, atlet perlu bekerja keras bagi mendapatkan tempat mereka ke MSSM 2018 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac.
4. Pihak Pengarah juga memeberi kerjasama yang baik dalam sukan gimrama dimana beliau akan menjemput jurulatih daripada Sarawak pada pertengahan bulan April selepas MSSM berlangsung untuk membantu JSM melatih gimnas yang sediada terutama yang akan ke SUKMA PERAK selama beberapa minggu.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Sunday, December 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 28 Disember 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat : Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong

KEHADIRAN
1. Jhonny Kasiran - JLN MSN P. Pinang
2. Zainuddin Bin Zakaria - JSM USPTN
3. Arumugam A/L Thinnamalai - JSM MSN P. Pinang
4. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN 

ATLET
5 Orang Atlet

LATIHAN
Pertandingan

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tinju Antarabangsa Pesta Pulau Pinang 2017 dari 26 hingga 31 Disember 2017 di Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong, Pulau Pinang.

PERALATAN
- Memohon sparring glove, sparring glove sedia ada telah rosak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Seramai 10 orang atlet telah menyertai Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan 2/2017 pada 11 hingga 15 Disember 2017 di Keramat, Kuala Lumpur. Pasukan Pulau Pinang menjuarai kategori 15-16 tahun dengan mengutip 2 pingat emas dan 3 Pingat Gangsa. Manakala bagi kategori 17-18 tahun memperoleh 2 pingat perak.
2.Persatuan Tinju Amatur Pulau Pinang sedang menganjurkan Kejohanan Tinju Antarabangsa Pesta Pulau Pinang 2017 pada 26 hingga 31 Disember 2017. Pulau Pinang diwakili oleh 5 orang atlet. Pada perlawanan pertama pada 27 November 2017, Mohamad Nurhakim (PP) menewaskan Mohamad Khairul Azhar (Kelantan) bagi kategori 56 kg. Pada malam ini  beliau  telah menewaskan Rafly T Sugiarto (MUT). 
3. PPN dimaklumkan oleh pihak Akademi Serantau bahawa dua atlet Pra Pelapis Serantau iaitu Muhammad Haziq dan Muhammad Adli menarik diri bagi program tersebut.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 27 Disember 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Megamall Bowling Centre, Perai, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM USPTN
2. Nooriani Abd Rahman - JSM USPTN
3. Jessen Cheah Teik Tat - JSM MSNPP
4. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
1. 20 Orang atlet

UJIAN
Ujian specifik Monthly Roll off akan diadakan pada 30 Disember 2017 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Piala Remaja Milo Ranking Masters 2017 Grand Final pada tarikh 27 Disember 2017 di Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai, Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kejohanan Tenpin Bowling Piala Remaja Milo Ranking Masters 2017 Grand Master telah berlangsung pada hari ini 27 Disember 2017 di Megamall Bowling Centre, Perai, P. Pinang. Pertandingan ini mempertandingkan 5 kategori iaitu Girls Open, Boys Open, Girls U16, Boys U16 dan Under 12. 
2. Keseluruhan seramai 74 orang peserta telah layak beraksi bagi pusingan Grand Final.
3. Berikut disertakan keputusan rasmi bagi kejohanan ini :-

Under 12
1. Muhammad Isyraf Danish (Pen)
2. Nyak Ahmad Lukman (Pen)
3. Ong Eeleen (Pen)

GU 16
1. Nur Aliya Safiya (Prk)
2. Alya Addini Zulamri (Prk)
3. Kelly Lau (Pen)

BU 16
1. Megat Zaqrul Haikal (Pen)
2. Muhammad Shauqi Iman (Prk)
3. Muhammad Irfan Danial (Pen)

Girls Open
1. Puteri Nurul Dini (NS)
2. Nur'ain Mustaffa (NS)
3. Nur Aliya Najiha (Ked)

Boys Open
1. Ahmad Aidil B Abd Halim (Pen)
2. Muhammad Hariz Adlan (Pen)
3. Muhammad Syazirol (Ked)

Sekian,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved