Tuesday, May 3, 2016

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

Tarikh : 30 April 2016 (Sabtu)
Tempat : Hotel City Times, Kuantan
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik Siri 1/2016 sudah melabuhkan tirai pada hari ini. Semua jurulatih dan atlet bersarapan pagi serta makan tengah hari sebelum pulang ke negeri masing-masing. Sepanjang kem berlangsung, terdapat beberapa atlet menunjukkan prestasi yang memberangsangkan

Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan semua atlet menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Pihak Unit juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Atlet kerana memberi peluang kepada gimnas muda untuk berkampung selama 6 hari menimba ilmu. Diharap kem sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada gimnas baru mempelajari teknik-teknik latihan dengan betul. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI KELIMA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

Tarikh : 29 April 2016 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.00 pagi hingga 10.00 malam

Hari kelima kem diteruskan dengan atlet berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30 pagi sebelum bergerak ke gimnasium menaiki bas yang disediakan. Sebelum bergerak semua atlet telah mengambil sarapan pagi seawal jam 7.15 pagi untuk meneruskan sesi latihan pagi.

Atlet diberi masa untuk memanaskan badan setibanya di gimnasium sebelum menjalankan beberapa latihan "difficulties" apparatus dan mini pertandingan. Pada latihan terakhir ada segelintir atlet yang masih melakukan kesilapan kecil. Namun itu tidak mematahkan semangat semua atlet untuk memperbaiki kesilapan kecil dengan pemantauan jurulatih yang berpengalaman.

Pada sebelah malam, diteruskan dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik Siri 1/2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Sha'if Bin Baharuddin Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Beliau juga turut memberikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada jurulatih dan peserta. Dalam masa yang sama hadiah kepada pemenang mini pertandingan telah disampaikan oleh Encik Syamsudin Bin Sukemi (Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang), hadiah kepada pemenang lelaki dimenangi oleh Afif Syahmi Bin Isa (JOHOR) manakala wanita ialah Siti Hidayatul Shakinah Binti Ahmad (PAHANG).

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 30 April 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Chinese Swimming Club Penang

KEHADIRAN
1. Jurulatih
- JSM Lim Jun Ting

2. Atlet
- 6 atlet lelaki (Pelapis)
- 3 atlet wanita (Pelapis)

LATIHAN
1. Land Drill
2. Fly Swim
3. Pulling
4. Back Swim

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Selesai menyertai Kejohanan Sportexcel di Melaka pada minggu lepas.
  
KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Memohon pembelian alatan seperti
        -  Dry Land Pulling Rope (8 pieces)
        -  Kicking Board (20 pieces)
        -  Stopwatch (2 pieces)

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan berikutan pergi bercuti bersama keluarga.
3. Persatuan memohon pembelian peralatan seperti yang dinyatakan di ruangan peralatan.
4. Program Pencarian Bakat (TID) akan diadakan di beberapa buah sekolah sekitar Pulau Pinang dan masih menunggu tarikh dari pihak persatuan
5. Cadangan untuk memohon seorang lagi JSM berikutan pembukaan sebuah lagi kolam renang iaitu di PISA.Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak Persatuan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TINJU

Tarikh : 28 April 2016 (Khamis)
Masa : 5.30 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Johnny Kasiran – Jurulatih MSNPP
2. Pakianathan A/L Sabastin – Pembantu Jurulatih MSNPP
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Tinju

ATLET
1. 4 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1. Tumbukan (Padding & Punching Bag)
2. Shadow Boxing
3. Skipping

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat pada 11-15 Mei 2016 di Terengganu.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Memohon tambahan glove,skipping rope dan punching bag

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar.
2. Sebahagian atlit program pelapis diletakkan di bawah Jurulatih Jhonny Kasiran untuk atlit yang berada didalam kawasan pulau. Turut menyertai sesi latihan atlit-atlit elit skuad Sukma Pulau Pinang.
3. Jurulatih telah dimaklumkan mengenai Kejohanan Karnival Bakat pada 11-15 Mei 2016 di Terengganu. 
3. Memohon pembelian peralatan seperti glove,skipping dan punching bag.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN HARI KEEMPAT KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

Tarikh : 28 April 2016 (Khamis)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam

Program hari keempat diteruskan seperti biasa dimana atlet bersarapan pagi pada jam 7.30 pagi dan bergerak dari hotel ke gimnasium pada jam 8.15 pagi menaiki bas yang disediakan. Atlet berkumpul dengan nyanyian lagu Negaraku. Setibanya atlet di gimnasium mereka telah diberi taklimat serba sedikit berkenaan disiplin dan kesihatan yang perlu dijaga sepanjang kem bakat ini oleh Encik Giam Fook Pang.

Sesi latihan pagi diteruskan dengan memanaskan badan untuk MAG & WAG dengan dipantau oleh jurulatih. Selepas sesi memanaskan badan, jurulatih MAG banyak memperbetulkan teknik-teknik asas atlet dalam setiap apparatus antaranya ialah non acrobatic elemen, acrobatic elemen, dismount, L sit, kip elemen, swing elemen, handstand dan banyak lagi. Terdapat beberapa orang atlet lelaki yang menunjukkan prestasi yang baik semasa latihan dijalankan. 

Bagi atlet WAG jurulatih telah memutuskan untuk melakukan ujian spesifikasi sebagai satu penilaian kepada mereka. Antara ujian yang dijalankan ialah 30m speed run, long jump, press up, chin up, hang on bar legs up, push up, v sit up, handstand hold, split (left,right,side), bridge dan shoulder rotate. Masih terdapat beberapa atlet perlu dibantu dengan lebih lagi bagi meningkatkan kekuatan tangan, kaki dan perut.

Pengisian program malam diteruskan dengan Sesi aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Encik Hairie dari ISN Pahang. Pelbagai aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun secara berkumpulan. Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sesi untuk hari ini tamat pada jam 9.30 malam dan akan bersambung pada esok hari.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved