Saturday, June 13, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON UTARA SIRI 2/2015

Tarikh : 12 Jun 2015 (Jumaat)
Tempat : Majlis Sukan Negeri, Kedah Darul Aman.

Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana penganjuran kali kedua dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah bersama Persatuan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 Jun 2015 yang melibatkan 3 venue pertandingan iaitu Angkat Berat (SMK Alor Janggus), Olahraga (SMK Tunku Anum), Memanah, Tinju & Sepak Takraw (Kompleks Sultan Abdul Halim). Sebanyak 3 negeri (Kedah, Perlis & Pulau Pinang) telah mengambil bahagian yang melibatkan sebanyak 5 sukan dipertandingkan iaitu Memanah, Sepak Takraw, Tinju, Angkat Berat dan Olahraga.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 9.30 pagi dan 3.00 petang dan tiba di penginapan masing-masing (D’Bendang Homestay bagi sukan angkat berat, Ummi Balqis Homestay bagi sukan sepak takraw dan ASRC Hotel bagi sukan tinju dan memanah) pada jam 12.00 tengahari dan 5.30 petang. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-
Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan peringkat Zon sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana fasa sebelah petang hanya sukan Sepak Takraw, Memanah dan Angkat Berat dan sukan Tinju bermula pada sebelah malam. Manakala bagi sukan Olahraga, mesyuarat pengurus pasukan berlangsung pada keesokan harinya. Secara keseluruhan pada mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit. Pada sebelah petang, pihak tuan rumah telah membuat sesi timbang berat untuk sukan Angkat Berat sebelum bermula kejohanan sebenar.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Dari Kedah Darul Aman.

Read more...

Friday, June 12, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 11 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Baharudin - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 26 orang.

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan kawalan bola dalam gelanggang.
3. Rejaman (lambungan ke tekong)
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 26 atlet dan 2 jurulatih akan terlibat pada Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2015 pada 12 hingga 14 Jun 2015 di Alor Setar, Kedah.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, kicking target.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Hanya atlet yang akan menyertai kejohanan sahaja hadir pada sesi latihan hari ini.
2. Atlet yang tidak terlibat pada kejohanan minggu ini diberi cuti sebelum sesi persekolahan bermula pada minggu hadapan.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
4. Dari pemerhatian, jurulatih banyak menegur serta memperbetulkan teknik-teknik untuk persiapan terakhir ke kejohanan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, June 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN 7TH RTS REMAJA INTER CLUB INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2015

Tarikh : 5 Hingga 7 Jun 2015
Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Kejohanan 7th RTS Remaja Inter Club Invitational Taekwondo Championships 2015 telah di anjurkan oleh Kelab Taekwondo RTS dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang. Kejohanan ini berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2015 bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Empat kategori umur telah dipertandingkan iaitu melibatkan kategori A (9 - 11 Tahun), Kategori B (12 - 14 Tahun), Kategori C (15 - 17 Tahun) dan Kategori Terbuka (Above 16 tahun). 

Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang membariskan seramai 15 orang atlet terdiri daripada 7 wanita dan 8 lelaki.  Berikut adalah senarai nama atlet pelapis negeri yang menyertai kejohanan ini:

1. Manusree A/P Anandan
2. Sharlleen A/P Rajendran
3. Jhananih A/P Govindaraju
4. Tarini A/P Asokumar
5. Shangitha A/P Ganesan
6. Sobini A/P Sanmughanathan
7. Gunashalinee A/P Ravi - Emas  (15-17 tahun & Open wanita heavyweight)
8. HariHaran A/L Kumaresan
9. Sharran A/L Ganesan
10. Ghautham Raj A/L Sarawhanan
11. Sharvin A/L Kunalan
12. Jothiswaaran A/L Kathirveloo
13. Jaiyaganesh A/L Asokumar
14. Devendran A/L Munusamy
15  Khairi Sebastian Abd Rahman Monroy

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Monday, June 8, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 6 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Bagan Ajam, Butterworth

KEHADIRAN
1. Mohamad Shah Bin Ismail - JSM
2. Roy Chin - jurulatih kelab Budimanis
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 4 lelaki & 1 wanita

LATIHAN
1. Latihan hari ini hanya berbentuk teori kepada semua atlet baru.
2. Jurulatih memberi taklimat kepada atlet baru berkenaan pemeriksaan bot, pemasangan serta peralatan yang terdapat di dalam bot.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 6 atlet dari pusat latihan ini telah terpilih ke Kejohanan Pelayaran MSSM 2015 bermula 6 hingga 12 Jun 2015 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan dan atlet terpaksa menunggu giliran untuk turun berlatih.
2. Beberapa tiang layar patah dan perlu dibaiki dengan segera. 
3. Perlu penambahan beberapa peralatan alat ganti seperti tali, center board, layar dan tiang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan semasa pemantauan dibuat kerana sebahagian atlet lain menyertai kejohanan.
2. Hanya atlet baru sahaja yang hadir semasa sesi latihan dibuat.
3. Jurulatih bercadang untuk mengadakan klinik ikatan tali pada semua atlet memandangkan ada sebahagian atlet yang kurang mahir dalam ikatan pada bot.
4. Beberapa atlet dari kawasan terdekat hadir untuk menjalani latihan secara "walk in" dan atlet tersebut dalam pemantauan jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, June 3, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 2 Jun 2015 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 7.30 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Cheak Teik Tatt - JSM
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 19 lelaki & 14 wanita 

LATIHAN
1. Warm Up 
2. Single Pin
3. Multiple Pins

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet pada sesi latihan hari ini memuaskan dan atlet dapat menjalani latihan mengikut arahan jurulatih.
2. Komitmen atlet serta ibubapa dapat dilihat terjalin sesama sendiri dimana sokongan ibubapa pada setiap latihan.
3. Untuk makluman, saya tidak lagi memegang sukan Tenpin Bowling bagi program Sukma MSNPP berkuatkuasa pertengahan bulan Mei 2015.
4. Di akhir pemantauan, perjumpaan bersama jurulatih dan atlet dapat diadakan dan tiada isu berbangkit semasa perjumpaan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved