Saturday, June 13, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON UTARA SIRI 2/2015

Tarikh : 12 Jun 2015 (Jumaat)
Tempat : Majlis Sukan Negeri, Kedah Darul Aman.

Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana penganjuran kali kedua dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah bersama Persatuan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 Jun 2015 yang melibatkan 3 venue pertandingan iaitu Angkat Berat (SMK Alor Janggus), Olahraga (SMK Tunku Anum), Memanah, Tinju & Sepak Takraw (Kompleks Sultan Abdul Halim). Sebanyak 3 negeri (Kedah, Perlis & Pulau Pinang) telah mengambil bahagian yang melibatkan sebanyak 5 sukan dipertandingkan iaitu Memanah, Sepak Takraw, Tinju, Angkat Berat dan Olahraga.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 9.30 pagi dan 3.00 petang dan tiba di penginapan masing-masing (D’Bendang Homestay bagi sukan angkat berat, Ummi Balqis Homestay bagi sukan sepak takraw dan ASRC Hotel bagi sukan tinju dan memanah) pada jam 12.00 tengahari dan 5.30 petang. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-
Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan peringkat Zon sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana fasa sebelah petang hanya sukan Sepak Takraw, Memanah dan Angkat Berat dan sukan Tinju bermula pada sebelah malam. Manakala bagi sukan Olahraga, mesyuarat pengurus pasukan berlangsung pada keesokan harinya. Secara keseluruhan pada mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit. Pada sebelah petang, pihak tuan rumah telah membuat sesi timbang berat untuk sukan Angkat Berat sebelum bermula kejohanan sebenar.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Dari Kedah Darul Aman.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved