Monday, August 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN

Tarikh : 10 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 1.00 – 3.30  petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. En Ismail Bin Abd.Ghani- Jurulatih
2.  Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Pelayaran
3. Atlet Pelapis - 3 orang

LATIHAN
1. Taking dan Gybing
2. Mini Game (2 Race)

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Regatta Selangor akan berlansung pada 15-17 Ogos di Pantai Batu Laut Selangor
2. Kejohanan 21st KFC-Merdeka Day Regatta 2014 akan berlansung pada 29 - 31 Ogos di Pantai Tanjung Aru Sabah

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan,atlit terpaksa menunggu giliran untuk berlatih
2. Keadaan Layar yang kurang baik sedikit menjejaskan sesi latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Talent Id akan dijalankan bersama pihak MSNPP,ISN masih menunggu tarikh dari Pihak MSNPP.

ULASAN
1. Kehadiran kurang memuaskan berikutan masih di dalam mood raya dan ada yang mengikuti keluarga ke rumah terbuka.
2. Seorang atlit Pulau Pinang telah terpilih ke Pelapis Kebangsaan dan akan melapor diri pada 18 Ogos 2014.
3. Dengan kerjasama Persatuan dan Penang Swimming Club, Program Fun Race & Merdeka Round Island akan dijalankan. Program ini adalah satu kejohanan kecil pada setiap hujung minggu dimana melibatkan kategori Windsurfing,Optimist dan Laser. Program ini akan ditunda sekiranya atlit terlibat dengan mana-mana kejohanan luar.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER 2014 - 4RD LEG

Tarikh : 9 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 7.20 malam
Tempat : Premium Lanes, Bayan Baru

Bertarikh pada 9 Ogos 2014 di Pulau Pinang, sekali lagi Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master 2014 dapat dijalankan dengan pusingan keempat dapat dilangsungkan dalam suasana bulan Syawal. Pertandingan ini merupakan kejohanan peringkat remaja bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN). kehadiran atlet pada kejohanan kali ini kurang memuaskan berikutan kebanyakan atlet ada aktiviti persekolahan.

Sesi pendaftaran pemain bermula seawal jam 9.00 pagi bagi semua kategori yang dipertandingkan. Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Jumlah penyertaan untuk kesemua kategori adalah 59 orang.

1) Bawah U12 - 15 orang
2) Bawah U16 - 26 orang
3) Boys Open - 11 orang
4) Girls Open - 7 orang

JUMLAH - 59 orang


Berikut disertakan keputusan mengikut kategori yang dipertandingkan:-

BAWAH 12 TAHUN
1. Johan - Megat Zahrul Haiqal Bin Megat Zairudin (PEN) - 1046 jatuhan pin/ave 174.3
2. Naib Johan –  Aififuddin Luqman (PRK) - 1018 jatuhan pin/avg 169.7
3. Ketiga - Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1017 jatuhan pin/avg 169.5
4. Keempat - Anis Hadirah Binti Anuar (PEN) - 932 jatuhan pin/avg 155.3
5. Kelima - Muhammad Nazri Bin Shamsul Bahri (PEN) - 897 jatuhan pin/avg 146.5


BAWAH 16 TAHUN
1. Johan - Muhammad Akif Afif Azman (PEN) - 1533 jatuhan pin/avg 191.6
2. Naib Johan - Ong Siang Leing (PEN) - 1502 jatuhan pin/avg 187.8
3. Ketiga - Muhd Shafiy Zaim (PER) - 1480 jatuhan pin/avg 182.0
4. Keempat - Afiq Arsyuddin (PRK) - 1460 jatuhan pin/avg 182.5
5. Kelima - Gerald Fong Wen Jeu (PEN) - 1444 jatuhan pin/avg 180.5

GIRLS OPEN
1. Johan - Anis Shazlin (PEN) - 1731 jatuhan pin/avg 216.4
2. Naib Johan - Nur'ain Mustaffa (NS) - 1530 jatuhan pin/avg 191.3
3. Ketiga - Nur Amirah Auni Binti Azman (PEN) - 1499 jatuhan pin/avg 187.4
4. Keempat - Suraya Binti Shahidun (PER) - 1298 jatuhan pin/avg 162.3
5. Kelima - Puteri Syamimi Ezzaty (PEN) - 1268 jatuhan pin/avg 155.5

BOYS OPEN
1. Johan - Ahmad Zulkarnain Ahmad Mazlan (KED) - 1624 jatuhan pin/avg 201.3
2. Naib Johan - Mohd Amirul Che Mat (KED) - 193 jatuhan pin/avg 199.3
3. Ketiga - Mohd Aiman Faris Mahidi (PER) - 1550 jatuhan pin/avg 193.8
4. Keempat - Amir Ashraf Omar (KED) - 1519 jatuhan pin/avg 187.5
5. Johan - Yair Azraei Ferooz Feizal (PEN) - 1472 jatuhan pin/avg 181.0

Pertandingan tamat jam 7.20 malam. Pihak Unit mengucapkan ucapan tahniah kepada semua pemenang mengikut kategori. Tidak lupa juga, pihak Unit mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat.

Sekian Terima Kasih
Laporan dari Premium Lanes Bayan Baru

Read more...

Friday, August 8, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 7 Ogos 2014 (Khamis)
Masa : 4.30 petang hingga 7.30 petang
Tempat : Premium Lanes, Bayan Baru

KEHADIRAN
1. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. En. Cheik Teik Tatt - JSM
4. Atlet - 12 lelaki & 12 wanita

LATIHAN
1. Warming Up & Streching.
2. 1-3 Pocket.
3. Sparring.
4. Simulation Games.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai kejohanan Tenpin Boling Junior Circuit - Mtbc Leg pada 14 hingga 17 Ogos 2014 di Sunway Megalanes,Bandar Sunway, Selangor. Seramai 23 atlet akan terlibat pada kejohanan tersebut.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
1. PPN telah berbincang bersama jurulatih dimana kejohanan Dalaman Penang Closed Inter School Championship akan diadakan pada 23 & 24 Ogos 2014 di Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.

ULASAN
1. Kedatangan atlet memuaskan dan hanya beberapa atlet tidak hadir pada sesi latihan hari ini.
2. PPN dimaklumkan oleh jurulatih bahawa atlet Nur Azreen Syahira telah menarik diri daripada program atas sebab menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Kekosongan beliau diganti oleh Auni Mardhiah Binti Anuar.
3. Latihan hari ini dijalankan di Premium Lanes bagi menguji penyesuaian gelanggang untuk persiapan Piala Remaja Milo Ranking Master - 4rd Leg pada 9 Ogos 2014 (Sabtu)
4. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
5. Selesai sesi latihan sedikit jamuan makan dapat diadakan bagi menyambut suasana hari raya. Jamuan ini juga sedikit sebanyak dapat mengeratakan silahturahim antara atlet, jurulatih serta ibubapa.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, August 7, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN SKUASY

Tarikh : 6 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. 2 Jurulatih Squash Academy of Penang (SAP)
5. 16 orang atlet pelapis dan pembangunan

LATIHAN
1. Warm up and stretching
2. Endurance training
3. Court control training
4. Game play match

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Hong Kong Junior Open 2014 pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2014 di Hong Kong Squash Centre, Hong Kong.
2. Kejohanan Skuasy Grand Final Sirkit CIMB RS & RSNJC 2014 dari 7 hingga 10 Ogos 2014 bertempat di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ULASAN
1. Seramai 4 orang atlet pelapis negeri Pulau Pinang telah menyertai Kejohanan Skuasy Hong Kong Junior Open 2014 pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2014. Mereka adalah Ishant Shah (BU13 - tempat keempat), Sara Chew (GU17 - tempat keempat), Nur Aliah Izzati (GU15 - tempat ketiga) dan Lee Jia Wei (GU15 - 3rd round).
2. Pasukan skuasy remaja Pulau Pinang akan menyertai Kejohanan Grand Final Sirkit CIMB RS & RSNJC 2014 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pertandingan ini bakal melibatkan kategori BU9, BU11, BU13, BU15, BU17, BU 19 dan GU9, GU11, GU13, GU15, GU17, GU19. Para peserta yang menyertai kejohanan ini dipilih berdasarkan dua siri sirkit yang telah dijalankan sebelum ini. Pulau Pinang diwakili seramai 21 orang atlet.
3. Atlet-atlet memberi komitmen tinggi semasa latihan sebagai persiapan terakhir pertandingan Grand Final Sirkit CIMB 2014.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE GYMNASIUM BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 6 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gymnasium MSNPP

KEHADIRAN

1. Pn Mariani Bt Sanawi - Pegawai ISNPP
2. En. Maniam a/l Krishnan - JSM
3. G.Krishnavani  - JSM Negeri
4. En. Azizi Bin Shafie - Pembantu Belia & Sukan ISNPP
4. Atlet - 8 lelaki & 3 wanita

LATIHAN
1. Warming Up and Streching.
2. Bench Press - 4 x 12
3. Leg Press - 4 x 12
4. Back & Front Chin Up - 4 x 12

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai kejohanan Sportexcel Taekwondo National Junior Championships 2014 pada 22 hingga 24 Ogos 2014 di Stadium Cheras, Selangor.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
1. Jurulatih telah merancang untuk menganjurkan kejohanan dalaman pada September 2014.

ULASAN
1. Atlet menjalani latihan fizikal di Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
2. Sesi latihan telah dikendalikan oleh Pegawai ISNPP iaitu Puan Mariani Binti Sanawi dan Encik Azizi Shafie (Pembantu Belia & Sukan)
3. Kehadiran kurang memuaskan memandangkan setengah atlet ada aktiviti persekolahan.
4. Di akhir pemantauan, perbincangan bersama jurulatih telah dibuat dimana membincangkan mengenai program yang akan dilaksanakan pada bulan September & Oktober 2014.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved