Saturday, June 14, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY PBA PENANG (MALAYSIAN) JUNIOR OPEN 2014

Tarikh : 11 Jun 2014 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi - 8.00 Malam
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

Kejohanan Skuasy PBA 12th Penang (Malaysian) Junior Open 2014 berlangsung dari 7 hingga 12 Jun 2014 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Pulau Pinang. Hari ini telah memasuki peringkat separuh akhir. Kategori yang dipertandingkan adalah  U11, U13, U15, U17 dan U19 bagi lelaki dan wanita. Bilangan penyertaan seramai 483 atlet terdiri dari peserta dalam dan luar negara. Antara negara yang menghantar penyertaan ialah Iran, Hong Kong, Jepun, Singapura, Macau, Korea Selatan Australia, Pakistan, India, Papua New Guinea dan Indonesia. 

Hari ini memasuki peringkat pusingan separuh akhir bagi semua kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah keputusan peringkat separuh akhir bagi setiap kategori:

BU11
Celeb Lau (MAS) vs  Muhd Shauqi Halim (MAS)  (11-7,8-11,11-8,11-6)
Au Lap Man (HK) vs Andrik Lim Kai Shan (MAS) (11-5,11-9,11-4)

BU13
 Tai Yuen Shawn (MAS) vs Nathan Kueh Tze Bing (MAS) (11-6,11-5,11-6)
Wong Man Pok (HK) vs  Kiven Shanmugam (MAS) (11-7,11-9,11-13,13-11)

BU15
Jesse Foo Kok Sheng (MAS) vs  Darren Rahul Pragasam (MAS) (11-7,11-7,9-11,11-7)
Mivesh Kumar (MAS) vs Eugene Heng (MAS) ( 9-11,2-11,11-5,11-8,11-6)

BU17
Mohd Farez Izwan (MAS) vs    Ong Sai Hung (MAS) (12-10,11-4,12-14,9-11,11-2)
Ling To Yu (HK) vs Harley Lam Yat Ting (HK) (11-911-411-3)

BU19
Mohd Syafiq Kamal (MAS) vs  Lau Tsz Kwan (MAS) (12-10,9-11,12-10,7-11,11-8)
Ng Eain Yow (MAS) vs Darren Chan (MAS) (9-11,11-8,11-7,11-5)

GU 11
Aira Azman (MAS) vs Renee Wu Wing (HK) (11-3,9-11,11-3,11-5)
Wong Heng Wai (MAS) vs Sehveetrraa Kumar (MAS) (11-3,5-11,11-7,11-1)

GU13
Aifa Azman (MAS) vs Lau Tin Yan (HK) (11-8,11-3,11-5)
Amirah Rusydina Rosli (MAS) vs Jessica Kheng (MAS) ( 11-5,7-11,11-6,11-5)

GU15
Nur Aliah Izzati (MAS) vs Chan Yiwen (MAS) (11-6,11-8,12-10)
Ma Si Yi (MAS) vs Tang Yan Yi (HK) (11-4,8-11,11-6,8-11,11-7)

GU17
Sivasangari Subramaniam (MAS) vs Nurina Bt Mohd Najib (MAS) (11-1,11-6,7-11,11-6)
Andrea Lee Jia Qi (MAS) vs Zoe Foo Yuk (MAS) (11-4,11-8,9-11,6-11,11-7)

GU19
Ho Tze Lok (HK) vs Teh Min Jie (MAS) (11-6,11-6,6-11,12-10)
Rachel Arnold (MAS) vs Nazihah Hanis (MAS) (11-4,11-6,11-5)

Perlawanan akhir bagi setiap kategori  akan berlangsung esok bermula pada jam 8.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Wednesday, June 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh :10 Jun 2014 (Selasa)
Masa : 5.00 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian

KEHADIRAN
1. Jurulatih
    i. Ahmad Rahimi Bin Azizan (JSM)
    ii. Baharuddin Bin A. Rahim (JSM)
2. Atlet 20 orang

LATIHAN
1. Aerobic
2. Kawalan Asas (Timbang Bola)
3. Kawalan Bola 1 kepada 2 (rotation)

UJIAN
- Tiada –

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 pada 20 - 22 Jun 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.

KECEDERAAN
- Tiada –

PERALATAN
1. Pemberat kaki, Bola Takraw, Mini Hurdle, Kicker Pads.

PROGRAM BINAAN
- Tiada –

ULASAN
1.Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2.Atlit-atlit yang mewakili SUKMA juga telah memulakan latihan seperti biasa.
3.Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlit yang telah melebihi umur dan pihak USPTN memaklumkan perlu dikeluarkan dari program.
4.Berkaitan Kejohanan Zon Utara pihak USPTN memaklumkan kepada Jurulatih bahawa Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah yang mempunyai pasukan Sepak Takraw dan berkaitan perbelanjaan ditanggung oleh pasukan itu sendiri.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA PEMANTAUAN KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2014

Tarikh : 8 Jun 2014 (Ahad)
Tempat: Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur

KEHADIRAN
1.En. Giam Fook Pang - Pengurus Sukan PN
2. En. Mohd Nor Izuwan  - Pengurus Sukan PK
3. En. Muhammad Nizam Bin Alang Karim - PPN Perlis
4. En. Mohd Suhairi Bin Othman - PPN P.Pinang
5. En. Wan Kalmizan - JSM Pelapis Kebangsaan
6. En. Wasyim Damanhuri - JLN Kelantan
7. En. Jaffery Low Wei Loon - Jurulatih Pelapis Serantau
8. En. Zainuddin Talib - JPM Melaka
9. En. Jefri Ngaiman - JSM Negeri Sembilan
10. En. Norisman Abd Manap - MSN Pelapis
11. Cik Liyana - Praktikal MSN
12. Team ISN

KECEDERAAN
Seorang atlet mengalami hidung berdarah disebabkan oleh cuaca yang panas dan seorang mengalami gastrik. Rawatan telah diberikan dan tiada kecederaan serious dilaporkan.

Pada hari kedua kem bakat sukan memanah siri 1/2014 bermula pada jam 8.00 pagi dengan perbarisan, doa dan nyanyian lagu negaraku. Bagi aktiviti pertama hari ini atlet-atlet telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan di selia oleh seorang jurulatih. Para peserta melakukan latihan basic free shooting mengikut teknik masing-masing sambil semua jurulatih mambantu membetulkan kesilapan asas teknik panahan peserta. Pada sesi ini atlet-atlet digalakkan berkomunikasi dan bertanya jurulatih berhubung teknik panahan masing-masing.

Pada sebelah petang atlet-atlet meneruskan latihan shooting jarak dekat dan sederhana bagi membetulkan teknik panahan yang telah di tunjur ajar oleh jurulatih. Pada sesi ini juga jurulatih telah membetulkan beberapa setting equipment atlet yang tidak sesuai dan perlu di ubah. Atlet-atlet telah memberi komitmen yang baik sepanjang sesi latihan di jalankan.

Akhir sekali pada sebelah malam telah dijalankan aktiviti ice breaking yang dijalankan oleh Team ISN. Aktiviti yang berorientasikan kerja berpasukan telah diterapkan. Turut sama dimasukkan elemen kerjasama, disiplin, kreatif dan daya menyelesaikan masalah. Pada sesi ini juga dapat mengeratkan lagi hubu gan di antara atlet. Aktiviti berakhir pada jam 9.30 malam.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Monday, June 9, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2014

Tarikh : 7 Jun 2014 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat

KEHADIRAN
1. En. Giam Fook Pang - Pengurus Sukan PN
2. En. Muhammad Nizam Bin Alang Karim - PPN Perlis
3. En. Mohd Suhairi Bin Othman - PPN P.Pinang
4. En. Wan Kalmizan - JSM Pelapis Kebangsaan
5. En. Wasyim Damanhuri - JLN Kelantan
6. En. Jaffery Low Wei Loon - Jurulatih Pelapis Serantau
7. En. Zainuddin Talib - JPM Melaka
8. En. Norisman Abd Manap - MSN Pelapis
9. Cik Liyana - Praktikal MSN

Hari ini bermula kem bakat sukan memanah siri 1/2014 yang akan berlangsung dari 7 hingga 12 Jun 2014 di Lapang Sasar Memanah Kompleks MSN Keramat. Kem pada kali ini mengumpulkan atlet-atlet pelapis negeri seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Atlet-atlet yang dipilih berumur 15 tahun ke bawah sebagai pengenalan dan pendedahan awal berlatih di bawah bimbingan jurulatih pelapis kebangsaan dan lain- lain jurulatih yang berpengalaman.

Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar seramai 3 orang pemanah terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita iaitu Quak Ti g Sheng, Ahmad Abdillah serta Audrey Wong Li Ying. Selain itu, turut sama adalah 3 orang atlet serantau yang turut menjalani latihan bersama di Kem Bakat ini. Secara keseluruhan jumlah peserta kem ini seramai 40 orang atlet melibatkan 22 lelaki dan 18 wanita.

Pada hari pertama hari ini bermula dengan sesi pendaftaran. Pada jam 2.00 petang para peserta diberi taklimat kem oleh En. Giam Fook Pang dan En. Wan Kalmizan selaku Ketua Jurulatih kem ini. Kemudian diikuti sesi suai kenal antara atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat. Pada jam 3.00 hingga 6.00 petang bermula klinik pengenalan sukan memanah yang dikelolakan oleh En. Wan Kalmizan, En. Zainuddin, En. Wasyim dan En. Jaffery Low.

Seterusnya, pada hari kedua esok sesi klinik sukan memanah akan diteruskan dengan sesi praktikal dan amali. Diharap para atlet-atlet dapat menggunakan peluang ini mempelajari dan memperbaiki teknik- teknik memanah dari jurulatih yang membimbing mereka pada kem ini.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Monday, June 2, 2014

LAPORAN RINGKAS PENYERTAAN ATLET PN KE SUKAN MALAYSIA XVII PERLIS 2014

Tarikh : 30 Mei 2014 (Jumaat)
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh
Sukan : Memanah

Skuad Memanah Pulau Pinang telah membutirkan sebanyak 1 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa dimana penyumbang pingat adalah atlet dibawah program Pelapis Kebangsaan iaitu Nur Naseha & Loke Shin Hui. Atlet yang menyumbang pingat adalah :-
1. Nur Naseha - emas 30 meter & gangsa 60 meter.
2. Loke Shun Hui - Perak 70 & 60 meter dan gangsa 50 meter.

Tempat : Kompleks Skuasy, Kangar
Sukan : Skuasy


Sebutir pingat gangsa telah disumbangkan oleh skuad wanita berpasukan melalui gandingan Vanessa Raj, Celina Yeap dan Lim Jee Nee menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1.

Tempat : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Sukan : Olahraga


Seorang atlet Pelapis Negeri iaitu Calvin Boon telah menyumbangkan 1 pingat emas buat kontinjen Pulau Pinang bagi acara 10000 Meter (Akhir) dengan catatan masa 00:34:38.70 saat selepas menewaskan atlet dari atlet Johor (perak) dan Negeri Sembilan (gangsa)

Tempat : Dewan Wawasan 2020
Sukan : Sepak Takraw


Skuad sepak takraw melalui acara regu double lelaki hanya mampu memungut pingat perak selepas ditewaskan oleh skuad dari negeri Wilayah Persekutuan dengan mata 2-0.

Tarikh : 31 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Sukan : Olahraga


Sekali lagi atlet Pelapis Negeri iaitu S.Christopher telah menyumbangkan 1 pingat perak buat kontinjen Pulau Pinang bagi acara 5000 Meter (Akhir) dengan catatan masa 00:16:25.48 saat selepas tewas pada atlet pahang.

Tempat : Lapang Sasar Menembak, Sungai Batu Pahat
Sukan : Menembak


Emas yang dinanti-nanti bagi sukan Menembak telah menjelma pada hari ini dengan skuad yang terdiri daripada Mohamad Ammar, Mohamad Ashraf dan Eric Ong dengan pungutan mata sebanyak 1800 bagi acara 10 meter Air Rifle Berpasukan mengalahkan negeri Terengganu (perak) dan Perak (gangsa).

Bagi acara 10 meter Air Rifle Individu, Mohamad Ammar dan Mohamad Ashraf berkedudukan ditempat keempat dan kelima dengan pungutan mata 603 & 602. Manakala Eric Ong di kedudukan ke-12 dengan pungutan mata 595.

Tempat : Kompleks Renang, Kompleks Sukan Negeri
Sukan : Akuatik Renang


Skuad Akuatik Renang tidak menghampakan hari ini dengan kilauan pingat perak bagi acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita iaitu Ruth Chuah Ai Choo manakala pingat gangsa disumbangkan oleh kuartet 4x100 meter gaya bebas.

Setakat 31 Mei 2014, atlet dibawah program Pelapis Negeri telah menyumbangkan sebanyak 2 emas, 4 perak dan 2 gangsa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis Indera Kayangan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved