Monday, January 13, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi hingga 1.15 petang.
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai.

KEHADIRAN

1. Albert Yeoh Seng Poh – JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Andrian Charles Dragon - JSM
4. Kim Eun Jung - JLN Negeri

ATLET
1. 4 lelaki & 10 wanita (Pelapis & Atlet Sukma)

LATIHAN
1. Warming Up
2. Simulation partnership training.

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
1. Talend ID/State Evalution telah selesai diadakan pada hari ini dengan jumlah penyertaan seramai 41 orang. Hanya 28 orang dipilih untuk pemilihan ke program 'National Evalution' pada hari 16 Januari 2014 (Khamis).

ULASAN RINGKAS
1. Takwim kejohanan 2014 bagi sukan Tenpin Boling telah diterima secara email dari pihak persatuan. Saya juga telah berbincang bersama jurulatih bagi memilih kejohanan untuk disertai supaya dimasukkan dalam pelan periodisasi jurulatih.
2. National Evolution bagi negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 16 Januari 2013 (Khamis) jam 6.00 petang di Mega Bowling Center, Perai.
3. Semasa pemantauan dibuat, atlet telah memberi komitmen bersungguh-sungguh dalam latihan.
4. Kehadiran atlet dalam latihan juga amat memuaskan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

SESI ANALISIS UJIAN "BODY COMPOSITION ASSESSMENT (BCA)" BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 10 Januari 2014 (Jumaat)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Bilik Relaksasi ISN, Batu Uban, Pulau Pinang
Kehadiran: Pn. Loo Lian Heong (Pegawai ISNPP), JSM Shamani A/P Ganesan dan 11 Orang atlet Pelapis Negeri

Pada bulan Disember 2013, pihak ISN telah menjalankan ujian Body Composition Assessment  (BCA) Test kepada atlet sukan memanah. Oleh itu, sesi penilaian dan analisis terhadap ujian ini telah diadakan pada petang ini. Penerangan serta keputusan ujian yang telah dijalankan telah disampaikan oleh Pn. Loo Lian Heong, Pegawai Nutrisi Institut Sukan Negara, Pulau Pinang. Penerangan tentang BCA test dan kaitan dengan pemakanan, latihan dan tubuh badan telah disampaikan kepada atlet-atlet. Di samping itu, Pn. Loo turut menyarankan beberapa teknik dan tips untuk diaplikasikan oleh atlet ketika latihan dan pengambilan diet yang sesuai kepada atlet-atlet. Turut hadir pada sesi ini adalah JSM G.Shamani. Diharap program-program seperti ini dapat dimanfaatkan oleh atlet-atlet dan jurulatih bagi meningkatkan prestasi semasa pertandingan. 

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Wednesday, January 8, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 7 Januari 2014 (Selasa)
Masa : 5.00 petang  hingga 6.00 petang.
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Shukor Bin Darus (Jurulatih Majlis Sukan Negeri)
2. Encik Munir Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang)
3. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin (PPN Sukan Berbasikal)
4. Pn Mariani Binti Sanawi (Pegawai ISN)
5. Atlet Pelapis 7 Lelaki & 2 Wanita

Latihan
1. Latihan Roller (45 minit)
2. MSN PP - Tesco - MSN PP (5 Lap)
3. Latihan bermula dengan latihan Roller dan diikuti latihan jalanraya secara bergilir-gilir.

Ujian
1.Tiada

Pertandingan
1.Tiada

Kecederaan
1.Tiada

Peralatan
1. Setiausaha Persatuan memaklumkan telah menerima 2 buah basikal Trek dari Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)

Program Binaan
1. Untuk makluman, Ujian kecergasan akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menilai tahap kecergasan pelumba untuk permulaan tahun 2014.

Ulasan Ringkas
1.Takwim acara 2014 diedarkan kepada jurulatih dan pihak ISN dan perjumpaan seterusnya akan menyusul bagi menyusun program periodisasi.
2.Latihan simulasi untuk acara trek akan bermula pada awal bulan Februari yang akan dijalankan di Stadium Batu Kawan.
3.Pihak Persatuan memaklumkan akan mengadakan Ujian masa individu bagi menilai prestasi terkini pelumba sebagai persediaan untuk menghadapin kejohanan yang akan datang dan seterusnya ke Sukma Perlis 2014.
4.Pelumba bersemangat menjalani latihan dan diharap pada tahun 2014 dapat meningkatkan pencapaian dari tahun lepas.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Monday, January 6, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 3 Januari 2014 (Jumaat)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

KEHADIRAN
1. JSM Shamani A/P Ganesan
2. Encik Cheah Boon Cheong - Pegawai ISNPP
3. 14 orang atlet Pelapis Negeri

LATIHAN
1. Warm up & Strething
2. Strength training
3. Upper & lower body exercises
4. Cooling down 

UJIAN
1. Ujian fizikal 1RM test telah diadakan pada 24 Disember 2013 (Selasa) di Gymnasium MSNPP, Batu Uban.

PERTANDINGAN
Pada bulan Disember 2013, telah menyertai Kejohanan Memanah Zon Utara 2/2013 pada 6 hingga 8 Disember 2013 di Politeknik Seberang Perai (PSP).

PERALATAN
1. Gymnasium MSNPP

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1.Sesi latihan ini dikendalikan oleh Pegawai ISNPP iaitu Encik Cheah Boon Cheong dan dipantau oleh JSM G. Shamani.
2.Jurulatih memaklumkan akan mengadakan perbincangan pelan periodisasi tahun 2014 bersama Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang dalam masa terdekat.
3.PPN telah memaklumkan mengenai takwim cadangan pertandingan bagi sukan memanah untuk tahun 2014.
4.Sesi pemilihan pertama untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 bagi sukan memanah negeri Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada 25 dan 26 Disember 2013 di PLN Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, January 2, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 31 Disember 2013 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.30 petang.
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai.

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh – JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Kim Eun Jung - JLN Negeri

ATLET
1. 7 lelaki & 7 wanita (Pelapis & Atlet Sukma)
2. 2 lelaki & 5 wanita (Pembangunan)

LATIHAN
1. Hanya latihan pemanas badan sebelum 'Mini competition' berlangsung.

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Semasa pemantauan satu 'Mini Competition' sedang berlangsung bagi menutup kalendar tahun 2013.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
1. Talend ID/State Evalution akan diadakan pada 12 Januari 2013 (Ahad) jam 10.00 pagi di Mega Bowling Center, Perai.
2. Program ini adalah medan pemilihan bakat-bakat baru untuk diketengah pada peringkat 'National Evalution' pada Januari 2014.

ULASAN RINGKAS
1. Hari ini adalah hari terakhir sesi latihan bagi tahun 2013 sebelum membuka kalendar tahun 2014.
2. Semasa pemantauan dibuat, saya dimaklumkan oleh jurulatih bahawa hari ini telah diadakan satu 'Mini Competition' bagi penutup kalendar 2013.
3. National Evolution bagi negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 16 Januari 2013 (Khamis) jam 6.00 petang di Mega Bowling Center,Perai.
4. Pihak Unit sekali lagi ingin mengucapkan 'Happy New Year' kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved