Monday, January 13, 2014

SESI ANALISIS UJIAN "BODY COMPOSITION ASSESSMENT (BCA)" BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 10 Januari 2014 (Jumaat)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Bilik Relaksasi ISN, Batu Uban, Pulau Pinang
Kehadiran: Pn. Loo Lian Heong (Pegawai ISNPP), JSM Shamani A/P Ganesan dan 11 Orang atlet Pelapis Negeri

Pada bulan Disember 2013, pihak ISN telah menjalankan ujian Body Composition Assessment  (BCA) Test kepada atlet sukan memanah. Oleh itu, sesi penilaian dan analisis terhadap ujian ini telah diadakan pada petang ini. Penerangan serta keputusan ujian yang telah dijalankan telah disampaikan oleh Pn. Loo Lian Heong, Pegawai Nutrisi Institut Sukan Negara, Pulau Pinang. Penerangan tentang BCA test dan kaitan dengan pemakanan, latihan dan tubuh badan telah disampaikan kepada atlet-atlet. Di samping itu, Pn. Loo turut menyarankan beberapa teknik dan tips untuk diaplikasikan oleh atlet ketika latihan dan pengambilan diet yang sesuai kepada atlet-atlet. Turut hadir pada sesi ini adalah JSM G.Shamani. Diharap program-program seperti ini dapat dimanfaatkan oleh atlet-atlet dan jurulatih bagi meningkatkan prestasi semasa pertandingan. 

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved