Sunday, August 18, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 18 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tempat :  Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (Round Island).

Kehadiran
1. Zahari Bin Tahir – JSM
2. Shukor Bin Darus – JLN (MSNPP)
3. Pelapis (4 Orang lelaki)

Latihan
1. Latihan mendaki sekitar Batu Feringghi.
2. Latihan pecut sekitar Balik Pulau.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang memberitahu pihak Persatuan akan mengadakan ujian masa di Pulau Pinang. Maklumat pertandingan belum diputuskan.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Sebanyak 5 set roller baru diterima.
2. Permohonan basikal untuk kegunaan acara Trek telah dibuat & masih menunggu kelulusan.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet kuarang memuaskan berikutan ada sebahagian mereka hadir ke kelas tambahan & membuat persediaan untuk percubaan SPM.
2. Buat masa ini, atlet wanita tidak menyertai atlet lelaki bagi latihan Round Island pada Sabtu dan Ahad.
3. Perbincangan telah dibuat bersama jurulatih mengenai keadaan fizikal atlet yang agak merosot.Tindakan susulan akan dibuat bersama pihak ISN melalui program pemakanan dan suaian fizikal.
3. Latihan diteruskan seperti biasa dan proses penilaian atlet untuk mewakili negeri ke Sukma Perlis dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK.

Tarikh : 16 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM.

Atlet
1. Seorang atlet Sukma.
2. 5 orang atlet Pelapis.

Latihan
1. Muscle Activation Stretching.
2. Air Pistol Men.
3. Air Pistol Woman.
4. Air Rifle Woman.

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Akan menyertai Kejohanan Chia Woh Trophy 2013 pada 4 hingga 8 September 2013 bertempat di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Peralatan latihan masih tidak mencukupi bagi atlet pelapis.

Program Binaan
1. Talent ID akan dijalankan pada minggu terakhir bulan Ogos.

Ulasan Ringkas

1. Latihan amat memuaskan dan prestasi atlet pelapis iaitu Lynn Karjadi Fong telah meningkat.
2. Seorang atlet baru yang berumur 13 tahun berbakat dalam acara Air Pistol Men telah dikenalpasti.
3. Cheryll Anne Augustine atlet Air Pistol Woman telah terpilih ke Temasya Sukan Remaja Asia/Asian Youth Games (AYG) Nanjing, China pada 16 hingga 24 Ogos 2013.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Friday, August 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 15 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran

1. Foong Kok Seng – JSM
2. Zhang Jin Quan – JLN (Majlis Sukan Negeri)

Atlet
1. Foong Kok Seng – JSM
2. Zhang Jin Quan – JLN MSNPP
3. Atlet
- Pelapis (4 Orang lelaki & 7 orang wanita)

Latihan
1. Latihan Fizikal
2. Acara Bar
3. Senam Lantai

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1. Tiada tetapi ada beberapa orang atlet mengalami kesakitan otot.

Peralatan
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :-
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak.
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah.
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi.
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang.

Program Binaan
1. Talent ID akan dijalankan selepas jurulatih Liu Shunan pulang dari China.

Ulasan Ringkas

1. Kebanyakan atlet berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.
2. Kesemua atlet jurulatih Liu Shunan juga dapat menyesuaikan diri dan selesa dilatih dan dijaga sementara oleh jurulatih Foong Kok Seng dan jurulatih Zhang Jin Quan.
3. Jurulatih menumpu perhatian dan seringkali melatih atlet membuat latihan bebanan dan latihan fizikal.
4. Jurulatih Foong Kok Seng juga memberitahu bumbung tempat latihan bocor dan apabila hujan, tempat latihan akan dimasuki air dan mattress akan basah.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI HARI AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN


Salam "Hari Raya Aidilfitri" dari kami seluruh warga USPTN Pulau Pinang kepada para atlet, jurulatih serta penggiat-penggiat sukan di seluruh negara. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.. 

Read more...

Monday, August 5, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 4.45 pm hingga 6.30 pm.
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Atlet  - 18 orang.

LATIHAN
1. Skills training
2. Forehand and backhand drills
3. Full Court Training

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Pada bulan Ogos, atlet akan menyertai dua Kejohanan seperti berikut:
 1.Hong Kong Junior Open 2013 pada 7 hingga 11 Ogos 2013 di Cornwall St. Park Squash, Hong Kong.
 2.Kejohanan TC Skuasy Kebangsaan 2013 pada 28 Ogos hingga 1 September 2013 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik persendirian atlet.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1.  Atlet-atlet menunjukkan komitmen serta semangat yang tinggi semasa latihan. Sesi latihan bermula dari pukul 3.30 petang sehingga 7.00 petang. Atlet yang beragama islam dan berpuasa dibenarkan menghabiskan latihan lebih awal.

2.  Latihan khusus diberikan kepada 5 orang atlet yang akan menyertai Kejohanan Hong Kong Junior Open 2013. 5 pemain tersebut adalah seperti berikut :
a) Ryan Pasqual (Pelapis)
b) Amitaesh Thevanathan (Pelapis)
c) Ong Sze Kuan (Pelapis)
d) Ishant Shah (Pelapis)
e) Isheta Shah (Pembangunan)

3. En. Khoo Teng Hin (JPM) akan menemani atlet-atlet ini ke kejohanan tersebut.

4. Sementara itu, atlet-atlet lain lebih menfokuskan kepada Kejohanan TC Skuasy Kebangsaan 2013 yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh 
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved