Sunday, July 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengah Hari.
Tempat : MSN Batu Uban, Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Encik Shukor - Jurulatih. 
2. Encik Munir – Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang.
3. Atlet – 7 orang.
4. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Berbasikal.

Latihan
1. Road Training (Round Island) - 76 KM.
2. Latihan Pendakian di Balik Pulau & Sekitar Batu Feringgi.
3. Cooling Down.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Tiada.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Kelengkapan latihan dalam keadaan baik.
2. Jurulatih memohon tambahan Roller untuk latihan.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1.Latihan dimulakan jam 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.
2.Kedatangan atlet sebelum menjelang bulan ramadhan memuaskan. Hanya pelumba lelaki sahaja yang hadir manakala pelumba wanita hadir sesi petang.
3.Latihan bagi pelumba wanita masih diadakan di sekitar Kompleks Batu Uban kerana masih dalam fasa permulaan.
4.Jurulatih juga memaklumkan latihan pada bulan puasa hanya akan tertumpu pada sesi gimnasium dan kayuhan atas Roller.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, July 4, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 3 Julai 2013 (Rabu)
Masa : 4.00 pm hingga 6.30 pm
Tempat : SMK (P) St. George, Georgetown, Penang

KEHADIRAN
2. Shamani A/P Ganesan (JSM)
2. Atlet  - 14 orang atlet Pelapis & Pembangunan (5 lelaki & 9 perempuan)

LATIHAN
1. Scoring 30 meter shooting.
2. Free shooting training.
3. Latihan kemahiran (skill training) - untuk atlet pembangunan/baru.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah kepunyaan atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan  berlangsung dari pukul 4.00 petang hingga 6.30 petang.

2. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet terdiri daripada program pelapis negeri dan pembangunan/baru. Atlet-atlet ini menjalani latihan bersama bagi memudahkan penyusunan latihan. 

3. Jadual waktu latihan pada bulan puasa akan disusun semula dan dijangka sesi latihan akan berakhir pada jam 5.00 petang.

4. Kehadiran atlet agak memuaskan. Walau bagaimanapun terdapat seorang atlet iaitu Darshini Ravichandran terpaksa berhenti dari program berikutan masalah kesihatan iaitu asma. 

5. Selain itu, Jurulatih juga memohon bantuan untuk membeli arrow yang telah rosak bagi kegunaan sesi latihan harian.


Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 3 Julai 2013 (Rabu)
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam.
Tempat : Dewan Mawar,Air Itam, Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Maniam a/l Krishnan - Jurulatih.
2. 8 orang atlet lelaki & 10 orang atlet wanita (Pelapis & Pembangunan).

Latihan
1. Stamina Training.
2. Speed Training.
3. Fokus Target Kick.
 
Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Atlet baru balik dari kejohanan Ipoh Mayor International Open Taekwondo Championship yang berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2013 di Agromall Mydin, RTC Gopeng, Perak. Skuad Pelapis & Pembangunan telah mengumpul pingat sebanyak 10 emas, 7 perak dan 5 gangsa.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Jurulatih ada memohon peralatan tambahan seperti Punching Bag.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Latihan hari ini dipecah kepada 2 kumpulan dimana skuad senior menjalani latihan di luar dewan dan skuad junior di dalam dewan.
2. Hasil pemantauan kehadrian atlet senior dan junior amat memberangsangkan dan sambutan daripada ibu bapa juga memberi impak positif walaupun ada beberapa kekangan dari segi masa atau sebaliknya.
3. Di akhir pemanatauan sesi beramah mesra dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya pulang membawa pingat pada kejohanan lepas.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, July 2, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 2 Julai 2013 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Megamall Pacific Perai.

Kehadiran
1. Yeoh Seng Poh (Albert) – Jurulatih.
2.  4 orang atlet lelaki & 3 orang atlet wanita (Skuad AA).

Latihan
1. Warm Up Streching.
2. 5 Steps Approach / Release.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Setengah atlet baru balik dari Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters – 3rd leg pada 29 Jun 2013 di Ampang Superbowl, Central Square, Sungai Petani.
2. Kejohanan SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC National Junior Circuit 2013 – Melaka Leg pada 4 hingga 7 Julai 2013 di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. hak milik atlet sendiri.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1. latihan mengikut jadual yang ditetapkan oleh jurulatih.
2. Semasa pemantauan kerja-kerja pertukaran lanes masih dalam proses pembaikan dimana hampir setengah lanes ditukar baru.
3. Satu sesi perbincangan antara jurulatih, atlet dan ibu bapa akan diadakan pada malam ini untuk membincangkan aturcara jadual latihan atlet sepanjang ramadhan dan beberapa permasalahan yang akan diusulkan oleh ibu bapa. Perbincangan akan diadakan di Pusat Latihan Penang Bowl pada jam 8.30 malam.
4. Di akhir pemantauan sesi beramah mesra dan taklimat berkenaan kejohanan yang akan disertai telah diberi oleh PPN.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PERLAWANAN LIGA FAM 2013 - PULAU PINANG VS HARIMAU MUDA C

Tarikh: 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa: 4.45 petang
Tempat: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Pada perlawanan kali ini menyaksikan pasukan tuan rumah Pulau Pinang melayan kunjungan Harimau Muda C di stadium Bandaraya. Pulau Pinang yang telah dinobatkan selaku Juara Liga FAM untuk musim ini walaupun liga masih berbaki dua perlawanan.Keputusan perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2. Pulau Pinang berjaya mendahului lawan menerusi 2-0 pada awal permainan. Namun, sebaik bermula babak kedua menyaksikan kebangkitan pasukan muda kebangsaan menjaringkan 2 gol dan mengikat keputusan seri.

Perlawanan ini bermula pada pukul 4.45 petang, sebaik wisel permulaan ditiup Pulau Pinang mendapat suntikan awal apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke sepuluh permainan oleh Norizam Salaman. Sebelum tamat separuh masa pertama, ketua pasukan Pulau Pinang Elias Sulaiman menambah satu lagi gol untuk melebarkan kedudukan kepada 2-0. Gol itu terhasil dari sepakan percuma cantik selepas pemain Pulau Pinang dikasari lawan.

Pada minit ke 48 pemain Harimau Muda C, Gusti Ishak merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol pertama pasukan. Pasukan Harimau Muda C terus mengasak bertali arus dan hasilnya pada minit 61 usaha mereka membuahkan hasil. Jaringan kedua pasukan Harimau Muda C dijaringkan oleh Amirul Hisham. Kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.

Perlawanan terakhir liga dijadualkan pada 5 Julai 2013, Pulau Pinang bakal bertandang ke Stadium Hang Tuah untuk menentang Melaka. Perlawanan terakhir ini hanya sebagai pelengkap jadual liga untuk pasukan Pulau Pinang yang telah pun dinobat selaku Juara liga FAM 2013. Sekali gus akan beraksi di Liga Perdana pada musim 2014.

Tahniah dan selamat maju jaya buat pasukan Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh,
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved