Wednesday, October 3, 2012

BAKAT BARU SUKAN TINJU TERUS DI CARI..

Tarikh       :   26hb September 2012 (Rabu)
Masa        :   8.00 pagi hingga 2.15 petang 
Tempat     :   SMK Permatang Tok Labu, Penang, Seberang Perai Utara.
Program   :    Ujian Kecergasan dan TID Sukan Tinju

Kehadiran :

En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih Sukan Tinju
En. Cheah Boon Chong - Ketua Pusat ISN Pulau Pinang
Pn. Sharina Haryani Binti Yaali – ISN Pulau Pinang
En. Sheikh Omar Bin Ibrahim – ISN Pulau Pinang

Murid-murid - 133 orang
Cik Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju


Aturcara Program :

  9.30 pagi  -   9.45 pagi  :   Sarapan Pagi
  9.45 pagi  - 10.00 pagi  :   Pendaftaran
10.00 pagi  - 10.15 pagi  :   Taklimat AJK dan Ketua Pusat, Satelit ISN
10.15 pagi  - 11.30 pagi  :   Ujian Max Push-up
11.30 pagi  -   1.45 tgh   :   Ujian Yo-yo Endurance Level 1
  1.45 tgh    -  2.15 tgh   :   Jamuan tengahari dan bersurai  


Ulasan :

1.  Seawal 8.00 pagi telah keluar untuk menunggu Pegawai-Pegawai ISN yang akan  bersama ke SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara dan sampai pukul 9.25 pagi.  Kami semua di sajikan dengan sarapan pagi oleh pihak AJK Program sebelum program dimulakan.

2.  Program dimulakan dengan taklimat dari wakil AJK Program (En. Mohd Yusri Bin Omar) dan Ketua Pusat, Pusat Satelit ISN Pulau Pinang (En. Cheah Boon Chong)

3.  Seramai 97 murid-murid yang hadir semasa Sesi Taklimat Sukan Tinju yang berlangsung pada 19hb September 2012 dan terdapat penambahan murid-murid dari tingkatan empat yang ingin bersama-sama menjalani Sesi Ujian Kecergasan dan Pencarian Bakat Baru (TID) dijalankan.  Jumlah keseluruhan murid-murid yang hadir pada hari tersebut seramai 133 orang.

4.   Laporan yang diperolehi dari Pihak ISN menunjukkan hanya 128 murid sahaja yang menjalani Ujian Max. Push-up dan 112 murid sahaja yang menjalani Ujian Yo-yo Endurance Level 1.  

5.   Hasil dari Ujian Kecergasaan ini akan dibawa perbincangan bersama Jurulatih Sukan Tinju untuk tindakan Jurulatih membuat pemilihan dari segi fizikal murid-murid tersebut sebelum menjalani latihan yang akan dikendalikan oleh Jurulatih Zainuddin yang bertempat di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara.  

6.   Sesi "Talent Scoting" keatas murid-murid yang terpilih akan berjalan sepanjang Oktober hingga Disember 2012 sebelum murid-murid tersebut di serapakan kedalam Program Pelapis Tahun 2013.

7.  Program Sesi Taklimat dan TID bagi Sukan Angkat Berat dan Tinju telah dilaksanakan pada 12hb September 2012, 19hb September 2012 dan 26hb September 2012.   

8.   Hari ini merupakan hari terakhir kepada Program yang telah dirancang dan Pengerusi Jawatan Kuasa Program telah merasmikan Majlis Penutupan Program Sesi Taklimat dan Pencarian Bakat Baru (TID) bagi Sukan Angkat Berat dan Tinju.  

9.   Pihak AJK Program berbesar hati dengan perlaksanaan program tersebut dan menyampaikan cenderahati kepada setiap Pegawai yang hadir pada hari teesebut.

10.   Bagi Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang, Cawangan Pelapis Negeri, Majlis Sukan Negara ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak AJK Program SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU, Murid-murid, Jurulatih-jurulatih dan Pegawai-pegawai Pusat SatIelit ISN, Pulau Pinang yang telah memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program yang dirancang.
  
11.   Tugasan diteruskan ke SMK Sri Muda Penaga untuk bertemu dengan Pengetua sekolah tersebut.

Sekian terima kasih

Fatimah Jamil








Read more...

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA PULAU PINANG 2012

Tarikh    : 30 September 2012
Tempat  : Stadium USM, Pulau Pinang

Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang ke-81 Tahun 2012, telah dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama USM, MSNPP, MSSPP dan MILO ini telah berlangsung pada 30 September 2012 bertempat di Stadium USM, Pulau Pinang.
Kejohanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Kejohanan ini telah menarik lebih kurang 150 orang atlet dari seluruh Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Serantau Zon Utara serta Kelab-Kelab Luar. Sebanyak 33 acara telah dipertandingkan.

Hamidi Lokman









Read more...

Tuesday, October 2, 2012

PENGENALAN SUKAN & TID SUKAN TINJU, ANGKAT BERAT DI SMK TOK LABU

Tarikh      :   19hb September 2012 (Rabu)
Masa       :   8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    :   SMK Permatang Tok Labu, Penaga SPU
Program   :   Sesi Taklimat Sukan Tinju dan TID Sukan Angkat Berat

Kehadiran  :

En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih Sukan Tinju
En. Mohd Faizulzalham Bin Mohd Sazaly - Jurulatih Sukan Angkat Berat
En. Jamil Bin Hashim - Jurulatih Sukan Angkat Berat

Murid-murid lelaki (Sesi Taklimat Sukan Tinju) - 97 orang  
Murid-murid perempuan (Program TID Sukan Angkat Berat) - 104 orang dan dikenalpasti - 32 orang

Sdr. Mohamed Ariffin Bin Mohamed Jainudeen - Atlet Pelapis Sukan Tinju
Cik Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju dan Angkat Berat


Aturcara Program Sesi Taklimat Sukan Tinju :

  8.45 pagi   -   9.00 pagi   :  Sarapan pagi
  9.00 pagi   -   9.20 pagi   :  Pendaftaran Murid-murid
  9.20 pagi   -   9.30 pagi   :  Ucapan aluan Pen. Kanan Kokurikulum.
  9.30 pagi   -  10.00 pagi  :  Pembentangan SDO
10.00 pagi   -  10.40 pagi  :  Taklimat Jurulatih 
10.40 pagi   -  11.00 pagi  :  Waktu Rehat Murud-Murid
11.00 pagi   -  12.30 tgh    :  Sambungan Taklimat Jurulatih dan Sesi Demo
12.30 tgh     -    1.00 tgh    :   Makan Tengahari dan bersurai


Aturcara Program TID Sukan Angkat Berat  :
 
10.30 pagi - 12.30 tgh  :  Sesi TID 
12.30 tgh   -  1.00 tgh   :  Makan Tengahari dan bersurai


Ulasan :

1.  Berangkat dari Seberang Jaya bersama Jurulatih Sukan Tinju menuju ke SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara dan sesampai di sekolah tersebut telah berbincang bersama dengan AJK Program bagi program yang akan dijalankan pada hari tersebut sebelum memulakan sarapan pagi yang disediakan oleh Pihak AJK Program.

2.  Pada hari tersebut telah melaksanakan  dua program dengan serentak iaitu Sesi Taklimat Sukan Tinju dan Program TID Angkat Berat.  Sesi Taklimat bagi Sukan Agkat Berat telah dilaksanakan pada 12hb September 2012.  Program TID Sukan Angkat Berat dikendalikan oleh kedua-dua jurulatih dengan bantuan AJK Program.

3.  Kehadiran dan sokongan  murid-murid pada hari tersebut untuk kedua-dua sukan amat memuaskan.  Ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Pihak AJK Program memudahkan perjalanan program yang dirancang.

4.  Program seterusnya bagi Sukan Tinju adalah Sesi Ujian Kecergasaan bersama Pihak ISN atas permintaan jurulatih bertujuan untuk membuat pemilihan atlet (TID) bagi Sukan Tinju yang akan berlangsung pada 26hb September 2012. 

5.  Diakhir program, kesemua yang hadir telah disajikan dengan makan tengahari oleh Pihak AJK Program.

6.  Meninggalkan kawasan sekolah pada 1.15 tengahari dan kembali ke Seberang Jaya untuk menghantar Jurulatih Sukan Tinju.

7.  Tugasan diteruskan dengan lawatan ke SMK Tasek, Simpang Empat, Seberang Perai Tengah dimana Program Pengenalan Sukan (Olahraga, Angkat Berat, Tinju dan Berbasikal) akan diadakan pada 22 September 2012 bersama-sama Ketua Unit, SDO dan Jurulatih Olahraga.

Fatimah Jamil













Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh     :  18hb September 2012 (Selasa)
Masa      :  5.15 - 6.45 petang
Tempat   :  PLN Tinju, Batu Uban

Kehadiran :

1.   Pakianathan A/L Sabastin - Jurulatih 
2.   Atlet - 10 orang (Pembangunan dan Pelapis Negeri)
3.   Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju


LATIHAN

1.   Kecergasan
2.   Tumbukan (Padding & Punching Bag)
3.   Shadow Boxing
4.   Sparring (Pelapis Negeri dengan ATM)

UJIAN
Tiada


PERTANDINGAN
Tiada


PERALATAN
Tiada


PROGRAM BINAAN

1.   Sesi Taklimat Sukan Tinju di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada 19 Sep. 2012
2.   Sesi Ujian Kecergasan dan Mengenalpasti Bakat Baru (TID) Sukan Tinju di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada
      26hb Sep. 2012.


ULASAN

1.   Mendapati Jurulatih Pakianathan sedang melatih atlet Pembangunan dan Pelapis Negeri.  Jurulatih Pakianathan memaklumkan bahawa Jurulatih Jhonny Kasiran berada di Indonesia atas urusan rasmi.

2.   Kehadiran Atlet Pelapis seramai 8 orang dari 12 orang yang berlatih di Pusat Latihan Tinju MSN Batu Uban, Pulau Pinang.

3.   Mendapati atlet-atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan memberikan sepenuh tumpuan kepada Jurulatih.

4.   PPN - Memaklumakan kepada Jurulatih akan mengadakan Program Sesi Taklimat dan TID di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada 19hb Sep dan 26hb Sep 2012.  Memohon untuk meminjam peralatan tinju seperti "Gloves dan Head Guards".

5.   Diakhir pemantauan berjumpa dengan Atlet Pelapis Negeri dan memaklumakan Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 02/2012 akan di adakan di Selangor pada 14 - 19  Disember 2012 dan memberikan kata-kata nasihat untuk berlatih bersungguh-sungguh.

Fatimah Jamil








Read more...

Monday, October 1, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN LAWN BOWLS

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa Latihan : 5.00 pm - 7.00 pm
Tempat : PLN Kompleks Sukan MPSP Bertam

Kehadiran :
1. Jurulatih - JSM Yusof Omar
2. Atlet - 8 atlet pelapis

Latihan
1. Free distance with 3 bowls jack snake

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Seramai 4 atlet pelapis & 1 JSM telah menyertai Kejohanan Lawn Bowls Pairs 2012 di K.Kinabalu,Sabah pada 19-22 September 2012.
2. Akan menyertai Kejohanan Lawn Bowl Fours 2012 di Perlis pada bulan Oktober.

Kecederaan

1. Tiada

Peralatan
1. Menggunakan mat,bowl n jack milik MSNegeri yang disimpan didalam stor MPSP dan dijaga oleh Persatuan.
2. Kemudahan padang,masih boleh digunakan setakat ini walaupun green semakin nipis/haus.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan
1. Latihan berjalan seperti biasa dibawah latihan JSM Pelapis.
2. Kehadiran atlet - 8/12 hadir pada hari ini.
3. Cuaca semasa pemantauan, renyai dan selepas itu ok dan padang basah.

4. Semasa perjumpaan & perbincangan bersama atlet, seorang atlet mohon untuk diberi surat pelepasan menyertai latihan kerana pihak pengurusan politeknik telah tetapkan selepas jam 7pm pintu utama asrama akan ditutup - saya ambil maklum dan akan sediakan surat pelepasan kepada pihak politeknik.
5. Atlet bertanyakan tentang sijl penyertaan menyertai kejohanan kebangsaan yang disertai,kerana tidak pernah dapat,mohon pertimbangan untuk diberi sijil menyertai kejohanan untuk rekod disekolah - pihak saya akan panjangkan di peringkat Persatuan semasa Mesyuarat JKK Bil.2 kelak.








Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved