Tuesday, October 2, 2012

PENGENALAN SUKAN & TID SUKAN TINJU, ANGKAT BERAT DI SMK TOK LABU

Tarikh      :   19hb September 2012 (Rabu)
Masa       :   8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    :   SMK Permatang Tok Labu, Penaga SPU
Program   :   Sesi Taklimat Sukan Tinju dan TID Sukan Angkat Berat

Kehadiran  :

En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih Sukan Tinju
En. Mohd Faizulzalham Bin Mohd Sazaly - Jurulatih Sukan Angkat Berat
En. Jamil Bin Hashim - Jurulatih Sukan Angkat Berat

Murid-murid lelaki (Sesi Taklimat Sukan Tinju) - 97 orang  
Murid-murid perempuan (Program TID Sukan Angkat Berat) - 104 orang dan dikenalpasti - 32 orang

Sdr. Mohamed Ariffin Bin Mohamed Jainudeen - Atlet Pelapis Sukan Tinju
Cik Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju dan Angkat Berat


Aturcara Program Sesi Taklimat Sukan Tinju :

  8.45 pagi   -   9.00 pagi   :  Sarapan pagi
  9.00 pagi   -   9.20 pagi   :  Pendaftaran Murid-murid
  9.20 pagi   -   9.30 pagi   :  Ucapan aluan Pen. Kanan Kokurikulum.
  9.30 pagi   -  10.00 pagi  :  Pembentangan SDO
10.00 pagi   -  10.40 pagi  :  Taklimat Jurulatih 
10.40 pagi   -  11.00 pagi  :  Waktu Rehat Murud-Murid
11.00 pagi   -  12.30 tgh    :  Sambungan Taklimat Jurulatih dan Sesi Demo
12.30 tgh     -    1.00 tgh    :   Makan Tengahari dan bersurai


Aturcara Program TID Sukan Angkat Berat  :
 
10.30 pagi - 12.30 tgh  :  Sesi TID 
12.30 tgh   -  1.00 tgh   :  Makan Tengahari dan bersurai


Ulasan :

1.  Berangkat dari Seberang Jaya bersama Jurulatih Sukan Tinju menuju ke SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara dan sesampai di sekolah tersebut telah berbincang bersama dengan AJK Program bagi program yang akan dijalankan pada hari tersebut sebelum memulakan sarapan pagi yang disediakan oleh Pihak AJK Program.

2.  Pada hari tersebut telah melaksanakan  dua program dengan serentak iaitu Sesi Taklimat Sukan Tinju dan Program TID Angkat Berat.  Sesi Taklimat bagi Sukan Agkat Berat telah dilaksanakan pada 12hb September 2012.  Program TID Sukan Angkat Berat dikendalikan oleh kedua-dua jurulatih dengan bantuan AJK Program.

3.  Kehadiran dan sokongan  murid-murid pada hari tersebut untuk kedua-dua sukan amat memuaskan.  Ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Pihak AJK Program memudahkan perjalanan program yang dirancang.

4.  Program seterusnya bagi Sukan Tinju adalah Sesi Ujian Kecergasaan bersama Pihak ISN atas permintaan jurulatih bertujuan untuk membuat pemilihan atlet (TID) bagi Sukan Tinju yang akan berlangsung pada 26hb September 2012. 

5.  Diakhir program, kesemua yang hadir telah disajikan dengan makan tengahari oleh Pihak AJK Program.

6.  Meninggalkan kawasan sekolah pada 1.15 tengahari dan kembali ke Seberang Jaya untuk menghantar Jurulatih Sukan Tinju.

7.  Tugasan diteruskan dengan lawatan ke SMK Tasek, Simpang Empat, Seberang Perai Tengah dimana Program Pengenalan Sukan (Olahraga, Angkat Berat, Tinju dan Berbasikal) akan diadakan pada 22 September 2012 bersama-sama Ketua Unit, SDO dan Jurulatih Olahraga.

Fatimah Jamil













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved