Wednesday, September 29, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE) ZON UTARA, SIRI II/2010

Tarikh : 28 – 30 September 2010
Tempat : Dewan Persidangan, USM

Siri Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE) Zon Utara di teruskan lagi tahun ini. Venue pada kali ini adalah di Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang pada 28 – 30 September 2010.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk melahirkan barisan jurulatih tempatan negara yang mempunyai daya saing yang tinggi & profesional. Selain itu dapat menyebarkan maklumat terkini yang berkaitan Sains Kejurulatihan & Sains Sukan.

Disamping itu juga dapat menjalinkan hubungan korporat diantara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan IPTA / IPTS, Persatuan-Persatuan Sukan, Majlis Sukan Negeri serta beberapa pihak-pihak lain. Jurulatih-jurulatih dari Program Pelapis (Perak, P.Pinang, Kedah & Perlis) juga terlibat di dalam program yang dianjurkan ini.
Topik untuk program hari ini (29.09.2010) adalah seperti berikut;

8.30 – 10.00 am Workshop on Conditioning for Endurance Sports (ISN)
10.00 – 11.30 am Workshop on Conditioning for Intermittent Sports (ISN)
11.30 – 1.00 pm Workshop on Conditioning for Strength & Power Sports

2.00 – 3.00 pm Mental Toughness for Elite Athlete (Dr. Balbir Singh)
3.00 – 4.00 pm Workshop on Mental Toughness (Dr. Balbir Singh)












Read more...

SESI SPARRING & PEMILIHAN ATLET KE KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS

Tarikh : 27 September 2010 [Isnin]
Masa : 5.00 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Hadir : 14 Atlet

Hadir sama :
Timbalan Presiden : En. Domanic
Setiausaha : En. Arujunan A/L Kandasamy

Bendahari : En. G.S. Elango
JSM Pelapis : En. Zainuddin Bin Zakaria
JSM MSNegeri : En. Pakianathan A/L Sabastin d
JLN MSNegeri : Pak Jhonny Kasiran
Jurulatih Kelab : En. Arumugam A/L Thannimalai
Penyelaras Sukan MSNegeri : En. Hj. Ahmad Khosaini
PPN USPTN : Cik Fatimah Binti Jamil

PENINJU KATEGORI 14 - 16 TAHUN

1. Muhammad Noor Hisham Bin Noor
2. Mohamad Harizwan Bin Zainuddin
3. Mohammad Shahirul Hadi Bin Khalid
4. Mohamad Badrul Bin Abdul Rasat - Peninju Baru
5. Muhamad Tamizi Bin Hamzah - Peninju Baru
6. Muhamad Akram Bin Sobri - Peninju Baru
7. Mohd Syafiq Bin Mohd Yusup
8. Mohd Shahrul Nizam Bin Azrudin
9. Thiruselvam A/L Letchumanan - Peninju Baru
10. Gunendren A/L Selvaras - Peninju Baru
11. Vuthayababu A/L Baskaran

Peninju dari no 1 hingga 6 dari PLN Titi Mukim, SPU Butterworth, Pulau Pinang.
Peninju dari no 7 hingga 8 dari PL MSNPP.
Peninju dari no 9 hingga 11 dari Kelab India Star.

PENINJU KATEGORI 17 - 20 TAHUN

1. Muhammad Azerbaijan - PLN Titi Mukim [menarik diri kerana tidak sehat]
2. Mohamed Ariffin - PLN Titi Mukim
3. Rafa'el Mika'el - PL MSNPP

Perbincangan bersama Persatuan dan Jurulatih yang di kelolakan oleh PPN :

Tarikh : 27 September 2010 [Isnin]
Masa : 6.45 petang hingga 7.15 malam
Tempat : Pusat Latihan Tinju, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Perkara yang dibincangkan :

Setiausaha En. Arujunan tidak dapat menghadirkan diri semasa perbincangan dengan bersebab. Beliau bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh para hadirin semasa didalam perbincangan.

1. Pemilihan Atlet dan Jurulatih ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 02/2010 di Negeri Sembilan telah diputuskan dan dipersetujui oleh suara ramai yang hadir dalam perbincangan pada hari tersebut. Senarai nama seperti dilampiran.

2. Memaklum tarikh berangakat ke Negeri Sembilan pada 26 Oktober 2010 dan berangkat balik ke Pulau Pinang pada 31 Oktober 2010. Akan memaklumkan kepada Jurulatih-jurulatih masa dan tempat perhimpunan bila telah ditetapkan nanti.

3. Surat pelepasan atlet-atlet akan diuruskan oleh pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dan satu salinan akan diserahkan kepada Jurulatih.

4. Pakaian untuk pasukan - Meminta Jurulatih Kelab India Star untuk membantu mendapatkannya.

Bersama-sama ini dilampirkan keputusan pemilihan dan gambar-gambar yang sempat diambil.
Sekian dimaklumkan, terima kasih

Laporan Oleh : Fatimah Jamil














Read more...

Thursday, September 23, 2010

'JENGUK SINGGAH' KE PLN BADMINTON

Tarikh : 22 September 2010
Masa : 5.30 – 6.30 petang
Venue : PBA Hall, Bukit Dumbar

Tinjauan sempat dilakukan seketika di PBA Hall, Bukit Dumbar untuk melihat sesi latihan atlet-atlet sukan badminton Pelapis Negeri. Pada masa berkenaan (5.00 - 7.00) sesi latihan bagi atlet 16 – 18 tahun sedang dijalankan dan dipantau JPM En. Razlan & JSM En. Tony Tan. Dimaklumkan juga pada jam sebelumnya 3.00 – 5.00 sesi untuk atlet 12 – 14 tahun telah dijalankan dan dipantau oleh JSM En. Loh Bok Sheang.

Latihan berjalan baik & lancar. Kelihatan juga ibubapa yang hadir menyaksikan sesi latihan yang dijalankan. Terima kasih atas sokongan.












































Read more...

PEMANTAUAN PLN & MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN TINJU

Tarikh : 22 September 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Latihan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Aktiviti : Memantau Latihan Atlet Tinju
Masa : 6.10 petang hingga 6.45 petang
Atlet : 4 orang [hadir 3 orang]

Aktiviti : Mesyuarat Bersama Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang.
Masa : 6.45 petang hingga 7.45 malam
Peserta : 10 orang

Memantau Latihan Atlet Tinju : Bertemu dengan Atlet Cawangan Pelapis yang berlatih di Pusat Latihan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan memaklumkan tarikh pemilihan atlet untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2010 di Negeri Sembilan.

Menghadiri Mesyuarat Bersama Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang telah membentang perkara berikut :

1. PPN - Memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa bahawa ini adalah kali pertama di jemput untuk menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak persatuan. Diharap persatuan akan meneruskan untuk mengundang Unit Sukan Prestasi Tinggi menghadiri mesyuarat bersama pihak Persatuan.

Tindakan Setiausaha Persataun : Akan menjemput USPTNPP untuk menghadiri mesyurat yang dikelolakan oleh Persatuan dimasa akan datang.

2. PPN - Fungsi Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang.

3. PPN - Mengambil tugas penyelian Sukan Tinju dari 2009 dan Majlis Sukan Negara Malaysia memilih Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai, Butterworth, Pulau Pinang. Jurulatih yang dilantik adalah En. Zainuddin Bin Zakaria.

4. PPN - Jumlah Atlet seramai 19 orang terdiri daripada :
- PLN Titi Mukim - 14 orang
- PL MSNPP - 3
- Kelab India Star - 2.

5. PPN - Mesyuarat JKK dikelolakan oleh USPTNPP setiap tahun. Ahli JKK teridiri daripada Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Institut Satelit Negeri Pulau Pinang, Ketua Unit Sukan JPNPP dan Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang. Telah mengadakan Mesyuarat JKK sebanyak dua kali dalam tahun 2010.

6. PPN - Program Pemilihan Atlet akan diadakan pada 27 September 2010 di PL MSNPP, masa 5.00 petang hingga 7.00 malam untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2010 di Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 27 - 30 Oktober 2010.

Tindakan Setiusaha Persatuan : Memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa agar dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

7. PPN - Mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat bersama Persatuan dan Jurulatih dari PLN titi Mukim, PL MSNPP dan Kelab India Star selepas Program Pemilihan Atlet untuk membincangkan pemilihan atlet dan jurulatih untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis di Negeri Sembilan.

Tindakan dari Ahli Jawatankuasa : Suara ramai bersetuju dengan cadangan tersebut.

8. PPN - Permohonan Bantuan Peralatan Latihan seperti Gloves, Headguard, Padding dan Skipping Rope untuk Pusat Latihan Titi Mukim, SPU Butterworth, Pulau Pinang.

Tindakan Setiausaha : Memohon PPN USPTNPP memberikan inventori peralatan yang sediada di Pusat Latihan di Titi Mukim, SPU, Butterworth, Pulau Pinang. Akan membuat permohonan pembelian dan disasarkan penggunaan peralatan bagi tahun 2011 jika permohonan diluluskan.

9. PPN - Penamatan Kontrak Jurulatih Separuh Masa Zainuddin Bin Zakaria dari Cawangan Pelapis di Pusat Latihan Titi Mukim, Seberang Perai Utara, Butterworth, Pulau Pinang akan tamat pada 31 Disember 2010. Permohonan penyambungan akan di hantar ke Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2010. Memohon surat pengesahan dari pihak Persatuan untuk permohonan tersebut.

Tindakan Setiausaha : Memohon untuk mendapatkan lapuran bulanan JSM Zainuddin Bin Zakaria bagi tahun 2010 untuk di bentangkan dalam mesyuarat Ahli Jawatakuasa Persatuan sebelum keputusan diambil.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan oleh : Fatimah Jamil









Read more...

Monday, September 20, 2010

MESYUARAT JURULATIH

Tarikh : 20 September 2010
Masa : 10.00 – 12.00 T/Hari
Tempat : Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang

Sebagai persiapan menghadapi kejohanan – kejohanan jemputan dan persediaan awal SUKMA 2012, jurulatih-jurulatih sepenuhmasa masa MSNegeri bersama pegawai-pegawai MSNegeri, ISN & USPTN telah dipanggil untuk bermesyuarat bagi mengenalpasti masalah, kelemahan dan mengemukakan cadangan bagi mengembalikan kecemerlangan & kegemilangan untuk Negeri Pulau Pinang.

Diharap mesyuarat secara berkala ini akan dapat diteruskan bagi memastikan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik & USPTN sentiasa akan memberi kerjasama dalam usaha membantu MSNegeri melahirkan atlet-atlet pelapis.






Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved