Thursday, September 23, 2010

PEMANTAUAN PLN & MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN TINJU

Tarikh : 22 September 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Latihan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Aktiviti : Memantau Latihan Atlet Tinju
Masa : 6.10 petang hingga 6.45 petang
Atlet : 4 orang [hadir 3 orang]

Aktiviti : Mesyuarat Bersama Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang.
Masa : 6.45 petang hingga 7.45 malam
Peserta : 10 orang

Memantau Latihan Atlet Tinju : Bertemu dengan Atlet Cawangan Pelapis yang berlatih di Pusat Latihan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan memaklumkan tarikh pemilihan atlet untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2010 di Negeri Sembilan.

Menghadiri Mesyuarat Bersama Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang telah membentang perkara berikut :

1. PPN - Memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa bahawa ini adalah kali pertama di jemput untuk menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak persatuan. Diharap persatuan akan meneruskan untuk mengundang Unit Sukan Prestasi Tinggi menghadiri mesyuarat bersama pihak Persatuan.

Tindakan Setiausaha Persataun : Akan menjemput USPTNPP untuk menghadiri mesyurat yang dikelolakan oleh Persatuan dimasa akan datang.

2. PPN - Fungsi Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang.

3. PPN - Mengambil tugas penyelian Sukan Tinju dari 2009 dan Majlis Sukan Negara Malaysia memilih Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai, Butterworth, Pulau Pinang. Jurulatih yang dilantik adalah En. Zainuddin Bin Zakaria.

4. PPN - Jumlah Atlet seramai 19 orang terdiri daripada :
- PLN Titi Mukim - 14 orang
- PL MSNPP - 3
- Kelab India Star - 2.

5. PPN - Mesyuarat JKK dikelolakan oleh USPTNPP setiap tahun. Ahli JKK teridiri daripada Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Institut Satelit Negeri Pulau Pinang, Ketua Unit Sukan JPNPP dan Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang. Telah mengadakan Mesyuarat JKK sebanyak dua kali dalam tahun 2010.

6. PPN - Program Pemilihan Atlet akan diadakan pada 27 September 2010 di PL MSNPP, masa 5.00 petang hingga 7.00 malam untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2010 di Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 27 - 30 Oktober 2010.

Tindakan Setiusaha Persatuan : Memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa agar dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

7. PPN - Mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat bersama Persatuan dan Jurulatih dari PLN titi Mukim, PL MSNPP dan Kelab India Star selepas Program Pemilihan Atlet untuk membincangkan pemilihan atlet dan jurulatih untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis di Negeri Sembilan.

Tindakan dari Ahli Jawatankuasa : Suara ramai bersetuju dengan cadangan tersebut.

8. PPN - Permohonan Bantuan Peralatan Latihan seperti Gloves, Headguard, Padding dan Skipping Rope untuk Pusat Latihan Titi Mukim, SPU Butterworth, Pulau Pinang.

Tindakan Setiausaha : Memohon PPN USPTNPP memberikan inventori peralatan yang sediada di Pusat Latihan di Titi Mukim, SPU, Butterworth, Pulau Pinang. Akan membuat permohonan pembelian dan disasarkan penggunaan peralatan bagi tahun 2011 jika permohonan diluluskan.

9. PPN - Penamatan Kontrak Jurulatih Separuh Masa Zainuddin Bin Zakaria dari Cawangan Pelapis di Pusat Latihan Titi Mukim, Seberang Perai Utara, Butterworth, Pulau Pinang akan tamat pada 31 Disember 2010. Permohonan penyambungan akan di hantar ke Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2010. Memohon surat pengesahan dari pihak Persatuan untuk permohonan tersebut.

Tindakan Setiausaha : Memohon untuk mendapatkan lapuran bulanan JSM Zainuddin Bin Zakaria bagi tahun 2010 untuk di bentangkan dalam mesyuarat Ahli Jawatakuasa Persatuan sebelum keputusan diambil.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan oleh : Fatimah Jamil









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved