Wednesday, June 16, 2010

SUKMA 2010 - PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN, PETANQUE, BOLA TAMPAR PANTAI & SEPAKTAKRAW

Pengkalan Balak, Masjid Tanah
16 June 2010

‘Tour’ pemantauan venue-venue sukan hari ini bermula di sini dimana sukan pelayaran diadakan. Semasa lawatan, semua atlet telahpun turun ke laut. Semasa tinjauan ini juga dimaklumkan seorang atlet Pulau Pinang mengalami demam dan akan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan selanjutnya. Semasa perbincangan bersama Pengurus Pasukan & Jurulatih, dimaklumkan tiada masalah besar di venue pertandingan & penginapan bagi sukan pelayaran ini. Semuanya dapat diselesaikan sendiri dengan baik. Tentang pungutan pingat..masih dalam pencarian..







Venue ke-2 adalah sukan petanque, di Arena Petanque Hang Jebat. Semasa lawatan, pasukan Pulau Pinang baru sahaja masuk ke gelanggang menentang pasukan Negeri Sembilan dalam acara Triples Lelaki. Hadir sama di venue ini YAB Ketua Menteri Melaka yang turut meninjau venue pertandingan ini. Kepada pasukan Petanque Pulau Pinang tahniah dan terima kasih atas sumbangan Emas semalam (15.06) dan teruskan buruan pingat untuk Negeri Pulau Pinang ..








Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pantai Puteri, venue bagi sukan Bola Tampar Pantai. Perlawanan diantara Pulau Pinang dan Kedah sedang berlangsung dalam kategori Wanita. Keputusan, Pulau Pinang menang 2-1 mengatasi Kedah. Turut berada di venue ini YB Exco Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Pengarah MSNegeri serta AJK Pengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang..







Venue terakhir hari ini adalah di MITC bagi menyaksikan perlawanan Sepaktakraw Double diantara Pulau Pinang dan Kelantan.























Read more...

SUKMA 2010 - 6 'BOXER' PP KE SEPARUH AKHIR

Jasin, Melaka
15 June 2010

Sejak jam 3.00 petang, Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin tidak sunyi dengan sorakan penonton yang menyokong pasukan negeri masing-masing. Untuk pertandingan hari ini 3 atlet Pulau Pinang turun ke gelanggang untuk saingan suku akhir. 2 daripadangan akan mengiringi 4 atlet lain yang telak layak ke Separuh Akhir semalam (14.06). Berikut adalah jadual perlawanan peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok (16.06) dimana 6 atlet Pulau Pinang akan turun ke gelanggang.

Muhd Azrul Izman Mohd Ridzuan (PEN) vs Wan Mohd Ridzuan (KEL) - 51 KG

Rafa'el Mika'el Abd Rahman (PEN) vs Mohd Shazzuan (SWK) - 54 KG

Hamdan Abd Malik (PEN) vs Mohd Ai Nazirul (KED) - 60 KG

M.Eswaran (PEN) vs Khir Akyazlan (KEL) - 64 KG

B.Perabagaran (PEN) vs Fairus Azwan (PAH) - 75 KG


Doa dan harapan mengiringi perjuangan kalian .. Ayuh .. Selamat Berjuang !!










Read more...

Tuesday, June 15, 2010

SUKMA 2010 - GANGSA UNTUK LAWAN PEDANG

Kompleks Sukan Batu Berendam
14 June 2010

Untuk acara hari ini, harapan diletakkan di bahu Jeslyn Saw dalam acara Sabre Perseorangan – Wanita untuk mencipta sejarah atlet Lwan Pedang pertama memenangi pingat Emas di Sukan Malaysia. Setiap perlawanan diperingkat ‘pool’ hingga ke suku akhir berjaya ditempuhi dengan jayanya. Namun, beliau tewas di peringkat separuh akhir dengan kiraan mata 11-14 kepada peserta daripada Wilayah Persekutuan.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada Jeslyn kerana menymbangkan pingat Gangsa dari sukan Lawan Pedang untuk Pulau Pinang ..






Sementara itu, digelanggang bersebelahan berlangsung sengit perlawanan akhir Sukan Kabadi diantara Selangor dan Negeri Sembilan.









Read more...

SUKMA 2010 - BERBASIKAL (update)

Hari ke-3 sukan berbasikal pada 14 Jun 2010 bermula dengan acara 168 km lebuhraya lelaki individu & berpasukan. Pelumba dilepaska pada jam 8.30 pagi dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit melalui lebuhraya AMJ dan berakhir di venue pelepasan tadi.
Keputusan Individu ;
Emas - Terengganu
Perak - Terengganu
Gangsa - Pahang
Keputusan Berpasukan ;
Emas - Terengganu
Perak - Pahang
Gangsa - Brunie





Hari ke-2 (13 Jun) jam 9.00 pagi bermula acara 30km ujian masa indivudu wanita melibatkat 18 pelumba dan diikuti acara 40 km ujian masa individu lelaki yang melibatkan seramai 29 pelumba. Kejohanan berlangsung sekitar Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit. Keputusan :
30 km Ujian Masa Wanita
Emas - Kedah
Perak - Selangor
Gangsa - Kedah
40 km Ujian Masa Lelaki
Emas - Terengganu
Perak - Terengganu
Gangsa - Pahang
Laporan Oleh : Syamsul Afzan














Read more...

Sunday, June 13, 2010

SUKMA 2010 - PEMANTAUAN SUKAN KARATE, SEPAKTAKRAW & ANGKAT BERAT

13 Jun 2010

Sesi pemantauan sukan dimulakan dengan sukan Karate di IKBN Masjid Tanah, Alor Gajah. Dua (2) atlet Pulau Pinang layak ke peringkat akhir, namun hanya 1 Emas berjaya dimenangi. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan.

Emas
The Chin Keong – Kumite +84kg

Perak
Muhd Faezuddin - Kumite -84 kg

Gangsa
Lee Choon Hong – Kumite +68 kg





Destinasi seterusnya adalah di MITC dimana Pasukan Sepaktakraw Pulau Pinang menentang Wilayah Persekutuan. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini akan menentukan pasukan mana yang akan layak ke Peringkat Separuh Akhir. Turut turun ke gelanggang, pasukan Kedah menentang Kelantan.
Keputusan :
Pulau Pinang - 3
Wilayah Persekutuan - 0





Manakala di SMK Ayer Keroh, badang-badang muda Pulau Pinang turun ke gelanggang. Keputusan Pingat :
Perak
Azizah Fazil - 48kg (C&J)
Gangsa
Azizah Fazil - 48kg (snatch)
Mohd Zulhelmi - 56 kg (C&J)
E.Sasheladewi - 53kg (snatch dan C&J)






























































































































































































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved