Friday, June 4, 2010

TAKLIMAT PEMAKANAN - SUKAN MEMANAH

Program : Taklimat Pemakanan – Sukan Memanah
Pegawai Pemakanan : Cik Lim Shin Nee
Tempat : Bilik Relaksasi ISN
Tarikh : 03hb Jun 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pm hingga 9.30 pm

Taklimat dari pihak ISN adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang kepentingan air didalam badan terutamanya kepada atlet yang terdedah kepada cuaca panas dan pasti akan mengalami dehidrasi (kekurangan air didalam badan).

Tujuan diadakan taklimat ini adalah rentetan daripada pemerhatian jurulatih, atlet tidak mementingkan dan menitikberatkan kepentingan minum air ketika latihan. Ini boleh menyebabkan atlet mudah letih, cepat penat, boleh mengalami demam, batuk dan lain2. Disini ISN memainkan peranan nya bagi membantu atlet mengembalikan tenaga ketika bertanding di Melaka nanti. Pihak ISN juga ada membekalkan 'Sports Drink' kepada semua atlet dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MSN Pulau Pinang kerana bantuan tersebut.

Beberapa atlet dipilih secara rawak bagi menjalani ujian air kencing ketika di Sukan Malaysia Melaka nanti. Atlet telah diminta untuk memastikan diri masing2 minum air yang secukupnya dan ia akan diperhatikan oleh Jurulatih setiap hari. Kesimpulannya, dengan adanya taklimat ini diharap atlet2 tidak mudah letih ketika menghadapi kejohanan dan sentiasa disiplin diri untuk minum air dengan kerap.

Sekian, dari saya di Pusat Satelit ISN Pulau Pinang melaporkan serba ringkas taklimat yang berjalan hampir 1 jam. Terima kasih
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi








Read more...

LAPORAN HARIAN 34TH SEA AGE GROUP SWIMMING CHAMPIONSHIP – EDISI UTARA

03 June 2010 (Hari Pertama Kejohanan)
Trace Aquatics Complex, Los Banos, Laguna Philippine

Kolam di Aquatics Complex dibuka secara rasmi untuk pertandingan hari ini. Kontinjen Malaysia bertolak jam 7.00am dari Splash Hotel ke venue pertandingan dengan shuttle bus yang disediakan.

Tiba di akuatic complex, atlet terus melakukan warm up dengan pemantauan oleh jurulatih. Berbeza dengan hari sebelumnya, hari ini suasana kejohanan mula hidup. Pusat akuatic ini mula dipenuhi atlet-atlet yang mengambil bahagian. Sementara itu, penonton-penonton mula memenuhi ruang tempat duduk di grand stand utama untuk menyaksikan kejohanan ini.

Pertandingan dimulakan tepat jam 9.00am. Kontinjen Malaysia ceria dengan 1 Pingat Perak apabila Lim Kar Meng, Kevin berjaya menduduki tempat ke-2 dengan masa 4:05.12 pada acara pertama kejohanan. Atlet menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi. Pada pertandingan hari pertama ini, Kontinjen Malaysia telah memenangi 4 Emas, 3 Perak, 1 Gangsa. Lima (5) rekod kejohanan juga turut dipecahkan oleh atlet-atlet muda negara ini. Pecahan pingat seperti berikut;
Boys 15-17, 400M Free

1. Lacuna Jessei Khing - PHI - 4:04.13
2. Lim Kar Meng, Kevin - MAS - 4:05.12
3. Ardsalee Sathapad - THAI - 4:07.14

Girls 15-17, 400M Free

1. Alkhaldi Jasmine - PHI - 4:28.00
2. Kittiya Patarawadee - THAI - 4:28.12
3. Lai Wei Li - MAS - 4:29.62

Girls 13-14, 50M Breast

1. Kong Chia Chia Erika - MAS - 33.53*
2. Loh Yen Ling Christina - MAS - 33.77*
3. Pawapotako Phiangkl - THAI - 34.04*

Boys 11-12, 50M Breast

1. Tang Chong Heng - MAS - 31.01*
2. Chiew Sen Bryan - SIN - 33.25
3. Shangkawat Jiarapon - THAI - 33.38

Boys 13-14, 100M Back

1. Barr Ian James - MAS - 59.54*
2. Ching Joel - SIN - 1:02.02
3. Alkhaldi Fahad - PHI - 1:04.40

Boys 13-14, 100M IM

1. Barr Ian James - MAS - 2:10.81*
2. Sricharoeboon Kitta - THAI - 2:11.72
3. Khoo Chien Yin Lion - SIN - 2:12.67

Girls 15-17, 50 LC Meter Freestyle

1. Alkhaldi Jasmine - PHI - 26.90*
2. Low Xue Ting - MAS - 27.593.
Srirasa Arisa - THAI - 27.63
* Rekod Baru Kejohanan
Kejohanan hari pertama ini tamat kira-kira jam 1.30 pm. Atlet dan Pegawai bertolak balik ke Hotel Penginapan untuk makan tengahari dan berehat. Dengan 4 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa pada hari ini, ada ’kuakkan emas’ pada hari ke-2 kejohanan esok..

Sekian, laporan secara langsung dari Los Banos, Laguna Philippines

















Read more...

Wednesday, June 2, 2010

LAPORAN 34th AGE GROUP SWIMMING CHAMPIONSHIP - EDISI UTARA (2nd Day)

34th Sea Age Group Swimming Championship
03 – 05 June 2010
Trace Aquatics Complex, Los Banos, Laguna Philippine

Hari ke-2 (02 June) diteruskan dengan pergerakkan ke Trace Aquatics Complex pada jam 7.00 am. Latihan rasmi untuk sesi pagi ini dilakukan hingga jam 9.00 am dan untuk sesi petang pada jam 3.30 hingga jam 5.00 petang. Mesyuarat Pengurus2 pasukan pula telah berlangsung pada jam 2.00 petang.

Maklumat Penyertaan Atlet- Atlet adalah seperti berikut;

Malaysia – 19 orang
Brunei – 13 orang
Indonesia – 16 orang
Myanmar – 13 orang
Vietnam – 12 orang
Singapore – 65 orang
Thailand – 65 orang
Philippine – 58 orang

Jumlah keseluruhan atlet : 261 orang

Cuaca : Hujan di sebelah petang dengan suhu 28*c

Perjuangan atlet akan bermula esok. Pergerakkan ke venue pertandingan adalah pada jam 7.00 am. Harap2 ada kilauan emas esok .. Nantikan laporan selanjutnya ..















Read more...

LAPORAN 34th AGE GROUP SWIMMING CHAMPIONSHIP - EDISI UTARA

Pertama, TQVM kepada MSN atas penyenaraian nama KU USPTN Pulau Pinang sebangai ‘Team Leader’ pada 34th Sea Age Group Swimming Championship yang berlangsung pada 03 – 05 June 2010 di Los Banos, Laguna Philippines pada kali ini.

Pergerakkan pasukan yang dianggotai seramai 5 pegawai dan 19 atlet ini bermula pada jam 10.30 am dari MSN ke KLIA. Seterusnya penerbangan ke Manila pada jam 1.40 pm dan sampai di Ninoy Aquino International Airport, Manila pada jam 5.30 pm. Perjalanan ke hotel penginapan di Los Banos, Laguna mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki bus yang telah disediakan penganjur.

Sampai di hotel kira-kira pada jam 9.30 pm. Selepas makan malam semua atlet diminta untuk terus berehat. Program seterusnya esok adalah latihan di venue pertandingan dan mesyuarat pengurus pasukan.

Salam Mabuhay dari Los Banos, Laguna ..









Read more...

KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC MALAYSIAN TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT - PAHANG LEG

Laporan ringkas untuk kejohanan tersebut diatas,

Berangkat dari Pulau Pinang : 27 Mei 2010
Berangkat pulang ke Pulau Pinang : 30 Mei 2010.
Peserta : 8 atlet, 1 JSM dan PPN selaku Pegawai Pengiring.

Keputusan Kejohanan :-

27 Mei 2010 - Sampai di Pahang 3.00 petang dan menjalani latihan penyesuaian lorong dari 8.00 malam hingga 9.00 malam

28 Mei 2010 - Pertandingan Girls Graded seramai 49 peserta.
Syazwani : Tempat ke 30 [S1 - Avg : 152.25]
Aimi Fatin : Tempat ke 39 [S1 - Avg : 144.38]
Nurul Amelia Hani : Tempat ke 42 [S1 - Avg : 140.25]

28 Mei 2010 - Pertandingan Boys Graded seramai 117 peserta.
Aiman Faiz : Tempat ke 31 [S1 - Avg : 172.63]
Aidil Ajmal : Tempat ke 72 [S1 - Avg : 158.75]
Yair - Azraei : Tempat ke 90 [S1 - Avg : 149.38]
Wan Zuhairi Izlan : Tempat ke 95 [S1 - Avg : 147.38]
Muhd Aidiel Albakri : Tempat ke 104 [S1 - Avg : 136.75]

29 Mei 2010 - Pertandingan Girls Under 12 seramai 26 peserta.
Anis Syzliana : Tempat ke 13 [S1 - Avg : 134.83]

29 Mei 2010 - Pertandingan Boys Graded Top 48
Aiman Faiz : Tempat ke 26 [S2 - Avg : 171.36]

Pada 29 Mei 2010 malam berlaku gangguan letrik dari 8.40 malah hingga 9.45 malam. Pertandingan Boys Graded tamat pukul 12.00 tengah malam. Dua kategori pertandingan Boys and Girls Open terpaksa ditunda kepada 30 Mei 2010.

Sekain dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil












Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved