Monday, April 5, 2010

UJIAN KECERGASAN ATLET SUKAN LAWAN PEDANG

Tarikh : 03 April 2010
Masa : 8.00 am – 10.30 am
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Atlet : 7 Lelaki & 9 Wanita

Satu siri Ujian Kecergasan untuk atlet Lawan Pedang telah dirancang dan diadakan. Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai ISN Satelit Pulau Pinang. Ujian berkala ini dilakukan bagi menilai tahap kecergasan atlet-atlet Program Pelapis Negeri. Beberapa jenis ujian telah dijalankan antaranya;

1. Antropometry (Flexibility)
2. Grip
3. 10m Stand Spirnt
4. Broad Jump
5. Yo-yo Endurance

Sesi ujian selesai sepenuhnya kira-kira jam 10.30 pagi. Keputusan penuh ujian akan dilekuarkan oleh ISN Satelit Pulau Pinang dalam masa terdekat.













Read more...

ROADSHOW PROMOSI SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA DI PULAU PINANG

Tarikh : 2 April 2010
Masa : 3.00 - 4.30 p.m
Tempat : Queensbay Mall, Aras 1.

Program ini adalah anjuran Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka & Sekretariat Sukan Malaysia XIII 2010 Melaka.

Program telah bermula jam 2.30 petang yang mana wakil Y.A.B. Ketua Menteri Melaka memberi ucapan dan mempromosikan Melaka sempena Sukan Malaysia XIII. Turut hadir bersama menjayakan program tersebut adalah Tuan Haji Mohamed Akbar Mustapha, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama semua Pegawai dan Penyelaras Sukan bagi membantu dan memeriahkan lagi program yang telah diatur pada hari berkenaan.

Majlis Perasmian Program disempurnakan oleh wakil Y.A.B Ketua Menteri Melaka pada jam 3.30 petang di susuli dengan persembahan pasukan Silat Negeri Melaka dan pasukan Karate, Wushu dari Pulau Pinang.

Beberapa 'booth' telah dibuka di ruang legar Queensbay ini seperti Sekreteriat Sukan Malaysia di Melaka, Zoo Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Melaka serta beberapa agensi-agensi lain. Dengan adanya agensi-agensi tersebut, ia dapat membantu di dalam memperkenalkan Melaka dengan lebih meluas.










Read more...

Friday, April 2, 2010

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - Last Day

Hari ini 31hb Mac 2010 (Rabu) merupakan hari akhir kem terjun siri 01/2010. Semua atlet telah bersedia untuk pulang ke negeri masing-masing. Pasukan Pulau Pinang telah menaiki bas jam 9.00 pagi dari Spanish Villa Apartment. Sebelum pulang, atlet bergambar kenangan bersama-sama pasukan lain.

Perjalanan ke Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami telah berehat di R&R Tapah dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Tiba di MSNegeri jam 5.00 petang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Cawangan Pelapis MSNegara kerana menyediakan dan memberi peluang kepada penerjun menyertai kem seumpama ini, kepada USPTN N.Sembilan & persatuan negeri yang telah menganjur kem dengan menyediakan jadual yang bermanfaat kepada semua atlet dan memberi layanan yang baik sepanjang kem berjalan, kepada pihak MSNegeri Pulau Pinang yang telah memberi bantuan pengangkutan pergi dan balik untuk membawa atlet ke kem tersebut. Ucapan terima kasih kepada semua kerana bersama-sama menjayakan kem ini menjadi begitu manis untuk dikenang dan memberi ruang kepada penerjun berlatih di Pusat Latihan bersama-sama Jurulatih yang berpengalaman.

Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang dan jutaan terima kasih diucapakan.













Read more...

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET KARATE ELIT & PELAPIS KEBANGSAAN DI GYM

Tarikh : 2 April 2010
Masa : 8.30 -10.30
Tempat : Gimnasium MSN Pulau Pinang

Seramai 10 atlet Karate hadir untuk sesi latihan bebanan. 3 atlet merupakan dari Program Elit manakala 7 atlet yang lain merupakan Pelapis Kebangsaan. 2 atlet tidak dapat hadir kerana menjalani sesi persekolahan dan akan menyertai latihan pada sesi petang.

Sesi Latihan.

Sesi latihan dimulakan dengan warm up selama 10-15 minit. Kemudian setiap atlet memulakan sesi latihan bebanan. Aspek yang diberi tumpuan pada sesi latihan hari ini adalah bahagian lengan dan dada. Otot yang terlibat seperti Biceps, Triceps, Deltoid dan Pectarolis Major. Latihan dilakukan sebanyak 5 set dan 8 kali ulangan. Latihan dibantu oleh Peg. ISNPP En. Cheah Boon Cheong.

Senarai nama Atlit Karate:

Atlet Program Elit

1. Lim Lee Lee
2. Ku Jin Kuat
3. Tan Chee Seng

Atlet Pelapis Kebangsaan

1. Chun Juin Wei
2. Quah Beng Huai
3. Chong Chew Teng
4. Lim Chee Wei
5. Khor Kah Thong
6. Ricky Leong Tze Wai
7. Kam Kah Sam
8. Emmanual Leong
9. Mohd Azuhasya














Read more...

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - 5th Day

Laporan hari ke-lima kem sukan terjun seperti berikut :

30hb Mac 2010 (Selasa)

Pagi ini akan diadakan 'mini competition' kepada semua atlet yang terlibat didalam kem kali ini. Kejohanan ini dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kump A & Kump B. SDO dan Jurulatih bersama-sama menjayakan 'mini competition' ini. SDO diberi pendedahan untuk menjadi teknikal seperti 'announcer', kiraan markah, menjaga atlet mengikut kumpulan dan nama dan lain-lain. Dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Tujuan diadakan 'mini competition' ini adalah untuk memastikan atlet memahami dan mengaplikasikan teknik yang diajar sepanjang kem diadakan. Ia juga memberi pendedahan kepada atlet baru terutama kumpulan B merasai keadaan ketika kejohanan diadakan kelak. Pihak penganjur akan memilih 10 penerjun yang terbaik bagi setiap kumpulan (lelaki & wanita - campur dalam saatu kumpulan) dan hadiah berupa hamper dan barangan milo akan diberikan kepada pemenang pada jamuan makan malam nanti.

Petang pula, SDO dan Jurulatih telah menghadiri sessi taklimat pemakanan dan psikologi dari ISN bukit Jalil. Tujuan nya adalah untuk berkongsi pengetahuan dan sedikit panduan kepada SDO & jurulatih supaya dapat membantu mereka (atlet & ibubapa) berada didalam keadaan yang sihat dan memakan makanan yang seimbang mengikut keperluan sukan yang diceburi iaitu sukan terjun.

Malam telah diadakan jamuan makan malam bersama atlet dan dihadiri oleh Unit Sukan JPN, Majlis Sukan Negeri Sembilan dan kakitangan USPTN N.Sembilan bagi meraikan atlet terjun yang berjaya semasa 'mini competition' pagi tadi. Tahniah kepada penerjun Pulau Pinang yang berjaya menempatkan diri di 10 yang tebaik.

Kumpulan A
Liew Zhen Wen - Rank 9

Kumpulan B
Ching Choon Yang - Rank 2
Cheng Xin Ying - Rank 3
Teoh Wan Shin - Rank 10

Jamuan makan malam dan bbq tamat jam 10.30 malam dan atlet pulang ke tempat penginapan masing-masing. Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved