Monday, January 11, 2010

Sesi Pemilihan Atlet Memanah SUKMA & Pelapis - 1st Day

Tarikh : 9 - 10 Januari 2009
Tempat : PLN Memanah, KBS Batu Uban
Salam,
Untuk makluman seramai 22 atlet menyertai sesi pemilihan kali ini. Pemilihan ini akan diadakan selama 2 hari. Pada hari ini (9/1/2010-Sabtu) hanya jarak 90m Recurve & Compound (Lelaki) dan 70m Recurve & Compound (Wanita) sahaja. Keputusan penuh untuk 2 jarak adalah seperti diberikut;
Recurve (Wanita) Kat 1
Nama 70M 60M
1. Salina Putriana 255 286
2. Siti Fatimah 279 273
3. Beh May Ting 164 201


Recurve (Lelaki) Kat 1

Nama 90M 70M

1. Fareez 265 320
2. Aidi Amar 206 265
3. Ho Zhao Yong 225 273
4. Chan Min Shao 187 231
5. Chan Min Xhao 180 213
6. Asraff 162 239
7. Cheah Sin Beng 136 225


Compound (Wanita)

Nama 70M 60M

1. Nur Hamizah 278 310
2. Nur Ayuni 281 286
3. Mawaddah 206 300
4. Fatin Sherina 281 288


Compound (Lelaki)

Nama 90M 70M

1. Mohd Faisal 300 326
2. Mohd Amin 295 326
3. Amir 262 270
4. Lee Cheng Sen 239 273
5. Silihin Majed 242 305
6. Aaron 264 290
7. Zulfadhli 291 285
8. Sim Yuet Yu 277 297

Pada hari esok (10/1/2010-Ahad) akan diadakan 2 jarak lagi. Pemilihan akan diadakan sebanyak 3 kali dan menggunakan sistem mata (point) dan hanya atlet yang berjaya akan diserapkan ke Program Sukma & Pelapis Pulau Pinang bagi tahun 2010.
Untuk makluman, pihak saya ada menjemput atlet dibawah Program SPTS Pulau Pinang untuk bersama-sama menyertai sesi pemilihan tetapi pihak mereka tidak dapat memenuhi jemputan kerana pelajar tersebut terlibat dibawah Program SPTS KPM, peralatan yang dibekalkan adalah untuk program spts sahaja, guru dan pegawai yang terlibat tidak disediakan peruntukkan tuntutan perjalanan untuk menghantar dan membawa pelajar yang terlibat dan jurulatih yang dilantik bukan daripada kalangan guru bagi Program Pelapis dan Sukma 2010.

Sekian sahaja untuk hari ini.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN

Taklimat oleh JPM, Mr. Jaffery Low ..

Sesi Pemilihan ..


String putus..Kena repair capat nih coach ..


Cheif Judge, Mr. Ramli..Terima Kasih atas sokongan..




Read more...

Friday, January 8, 2010

Lawatan KUN ke ASZU - Olahraga

Tarikh : 07 Januari 2009
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, B.Mertajam


Saya juga turut meninjau seketika di Stadium Kompleks Sukan MPSP dimana atlet-atlet Olahraga menjalani latihan. Kehadiran saya disambut dengan senyuman oleh coach Thambu & coach Saravanan & atlet-atlet yang menjalani latihan. Manakala coach Juraimi pula ke Gym A.Berat untuk latihan bebanan bersama atletnya. Latihan berjalan baik & lancar.

Saya dimaklumkan oleh coach Thambu bahawa atlet-atlet ini akan dibawa ke venue latihan yang lain pada hujung minggu. Ini bagi memastikan atlet tidak bosan dengan suasana latihan yang hanya tertumpu di trek ini sahaja. Antara venue yang dipilih adalah Stadium Negeri Batu Kawan & Taman Botani di sebelah Pulau.

Terima kasih kepada coach-coach yang begitu proaktif mempelbagaikan corak latihan untuk kecemerlangan atlet-atlet di ASZU. Kepada semua atlet, teruskan usaha.

warm up session..

berbincang sesuatu sebelum melulakan latihan..


gigih menjalani latihan ..our future champions from ASZU..


kongsi pendapat bersama jurulatih..


good..komitmen yang tinggi dari coach & atlet..





Read more...

Lawatan KUN ke ASZU - Berbasikal

Tarikh : 07 Januari 2009
Masa : 4.00 Petang
Tempat : ASZU, Bukit Mertajam

Saya melapangkan masa untuk melawat & memantau latihan skuad berbasikal ASZU petang semalam. Latihan bermula jam 4.00 petang dibawah seliaan coach Razak Khamis & Eddie. Tujuh (7) atlet yang terdiri daripada tiga (3) atlet wanita & empat (4) atlet lelaki bersedia untuk menjalani latihan.

Saya dimaklumkan latihan pada sesi pagi atlet-atlet ini telah berkayuh sejauh 110 KM dari B.Mertajam ke Sedim, Kedah manakala untuk sesi petang ini atlet-atlet akan berkayuh ke Kulim, Kedah yang jaraknya lebih kurang 70 KM dari Akademi.

Saya dimaklumkan jurulatih bahawa tiub tayar telah kehabisan & mohon untuk pembekalan segera alat ganti berkenaan kerana bimbang program latihan terjejas. Tiub yang ditampal @ ditampung tidak mampu bertahan lama kerana jarak kayuhan latihan agak jauh.

Kepada semua atlet berbasikal ASZU, teruskan usaha untuk mecapai kecemerlangan.
















Read more...

Pemantauan PLN - Memanah

Pihak saya telah membuat satu pemantauan di PLN memanah dan laporan ringkas tentang pemantauan tersebut adalah seperti dibawah.

Sukan : Memanah (Recurve & Compound)
PLN : Batu Uban, Pulau Pinang
Tarikh : 07hb Januari 2010 (Khamis)
Masa Pemantauan : 4.50 pm - 6.30 pm
Jurulatih : Jaffery Low (Pelapis) & Shamani (Sukma)

Hasil pemerhatian didapati :-


1. 'Sweat Test'
Pegawai Pemakanan ISN P.Pinang ada menjalani 'sweat test' dan result penuh akan dimaklumkan pada petang ini. Tujuan ujian ini dibuat adalah untuk mengukur kandungan air didalam badan atlet memanah iaitu sebelum dan selepas latihan. Ini kerana, atlet memanah terdedah kepada risiko kekurangan air didalam badan (dehydration). Selepas kiraan dibuat, pihak ISN akan menasihati atlet untuk minum dengan secukupnya bagi menggantikan kembali air didalam badan selepas peluh dikeluarkan ketika latihan.

2. Latihan
Didapati, JPM Jaffery menjalani latihan 'free shoot' untuk 4 jarak dan JPM Shamani menjalani scoring untuk jarak 30m. Atlet sedang menjalani latihan bagi persediaan ke pemilihan bagi ke skuad sukma dan pelapis.

3. Peralatan
Mohon bantuan daripada MSNegara & MSNegeri. Target butt & Arrow (Crack). Ada sebahagian atlet yang mampu membeli arrow sendiri dan ada yang tidak mampu.

4. Kehadiran (07/01/2010)
Atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kelas tambahan.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN



Ibubapa juga diberi penerangan oleh Cik Shin Yee, Peg. Pemakanan ISN Satelit PP

Misi cari arrow yang miss ..


Coach pun turut membantu ..


Cik Shin Yee menerangkan sesuatu kepada atlet & coach ..

Sesi latihan atlet ..

Read more...

Monday, January 4, 2010

Kejohanan Pencak Silat Remaja Malaysia 2009

Dilampirkan laporan bagi Kejohanan Silat Olahraga :

Kejohanan Pencak Silat Remaja Malaysia 2009

Tarikh : 24-28 Disember 2009
Tempat : Sek. Men. Agama Kedah
Jumlah Peserta : 1 Pengurus, 2 Jurulatih, 9 Atlet
Pencapaian : 2 Emas 4 Perak 2 Gangsa

Laporan Ringkas :

Kejohanan ini telah disertai oleh tujuh pasukan dari enam buah negeri dan dirasmikan oleh Pengerusi PESAKA Kedah pada hari pertama kejohanan. Sebagai makluman, seorang atlet Penang mengalami kecederaan sewaktu latihan dan telah menarik diri daripada bertanding. Kejohanan berlangsung dengan lancar tetapi wujud ketidakselesaan di tempat asrama penginapan. Atlet Penang tewas dalam empat perlawanan akhir dengan keputusan yang tipis iaitu hanya dibezakan dengan satu mata sahaja. Atlet Penang sememangnya berpotensi untuk terus maju pada masa hadapan. Terima Kasih..
Laporan Oleh : En. Jannatul Firdaus Idris, PPN USPTN









Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved