Thursday, April 5, 2018

LAPORAN HARI KEEMPAT BENGKEL GIMRAMA SIRI 1/2018

Tarikh : 5 April 2018 (Khamis)
Masa : 12.00 pm hingga 3.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Jurulatih :  
(1) Tay Hui Shing 
(2) Lee Xin Ee (JSM)
- Puan Yeoh Beng Choo (Penolong Setiausaha MJAPP)
- Puan Nursyafiqah Binti Salamat (PPN)

Atlet : 23 orang

Hari keempat, jurulatih dengan bersemangat lagi meneruskan latihan kepada gimnas Pulau Pinang. Hari ini jurulatih menekankan cara gimnas melakukan setiap pergerakan dari segi "body difficulty, dance steps combination, dynamic elements with rotation, & appartus difficulty". Jurulatih memaklumkan bahawa sekiranya gimnas dapat menguasai keempat-empat faktor ini akan dapat mengurangkan markah ditolak dari sudut penalti dan menjadi gimnas yang lebih baik.

Hari ini gimnas Ong Wei Yee diberikan beberapa penekanan untuk apparatus gelung, dimana pergerakan gimnas mesti dilakukan dalam pelbagai paksi dengan sempurna. Gimnas kelihatan memberikan semangat serta komitmen yang tinggi dalam menjalani latihan bersama jurulatih disamping mendapat bantuan daripada jurulatih separuh masa MSNPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved