Tuesday, December 27, 2016

LAPORAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRI 3/2016

Tarikh : 12 – 16 Disember  2016
Tempat : Dewan Al Hana, Sik Kedah
Masa : 8.00 Pagi – 10.00 Malam

Pada 12 – 16 Disember 2016 telah diadakan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Siri 3/2016.Kejohanan anjuran Majlis Sukan Negeri Kedah dan kerjasama beberapa pihak lain ini telah disertai pasukan seluruh Malaysia.Pulau Pinang telah menghantar 21 petinju mewakili Pulau Pinang & Kelab Indian Star Pulau Pinang. Bermula dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi semua petinju seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 10.00 pagi pada hari pertama diikuti hari-hari berikutnya.Proses undian dijalankan pada hari pertama.Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Secara keseluruhan,pasukan Pulau Pinang memperoleh 3 Emas,2 Perak, 2 Gangsa bagi kategori umur 13-15 tahun manakala bagi kategori umur 16-17 tahun berjaya membawa pulang 1 emas ,1 perak,2 gangsa. Dengan pencapaian yang ditunjukkan bagi kategori 13-15 tahun Pulau Pinang dinobatkan Johan Keseluruhan untuk kali ketiga berturut-turut setelah meraih juara di Selangor dan Kelantan.Ini merupakan sejarah dan  pencapaian membanggakan pasukan Pulau Pinang.Terima kasih kepada barisan jurulatih yang sentiasa berusaha untuk terus mencipata kejayaan.Diharap dengan kemenangan ini,ia menjadi motivasi jurulatih & atlit untuk terus berjaya.

HARIA PENANG HARIA !!!

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohamad Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved