Friday, September 9, 2016

LAPORAN PERJUMPAAN JURULATIH PLD BADMINTON

Tarikh : 7 September 2016 (Khamis)
Masa : 3.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Dewan Badminton Berapit dan Dewan Badminton New Town Sungai Bakap

KEHADIRAN
1. En. Kuak Chin Heng - JSM PLD (SPT)
2. En. Tan Hun Boon - JSM PLD (SPS)
3. Pn. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

PERKARA YANG DIBINCANGKAN
1) PPN memaklumkan beberapa perkara yang perlu dilengkapkan seperti yang telah dipersetujui sebelum menandatangani surat lantikan kerana masih ada borang yang tidak lengkap:
- Biodata Jurulatih
- Biodata Atlet
- Jadual Latihan
- Maklumat Pusat Latihan
- Laporan Bulanan (April - Disember 2016)
- Salinan Akaun Cimb Atau Maybank
- Salinan No Kad Pengenalan
- Sijil Sains Sukan Dan Spesifik

2) Kadar Sewaan Pusat Latihan setiap daerah
(Seberang Perai Utara)
- Penang Indian Badminton Association RM400/bulan

(Seberang Perai Tengah)
- Dewan Badminton Berapit (Chin Heng Sports Centre) RM400/bulan

(Seberang Perai Selatan)
- Dewan JKK Simpang Ampat RM150/bulan
- Dewan Badminton New Town RM900/bulan

- PPN memaklumkan kepada semua jurulatih bahawa pihak Majlis Sukan Negara hanya memberikan subsidi ataupun token kepada jurulatih untuk membantu dari segi kos yang ditanggung serba sedikit.
- Namun bayaran elaun tersebut hanya akan diberikan setelah setiap jurulatih melengkapkan laporan bulanan.

3) Pemilihan Atlet
- Jurulatih memaklumkan mempunyai ramai atlet yang berminat untuk menjalani latihan yang disediakan namun dari segi peralatan dan shuttle cock perlu disediakan daripada pihak atlet sendiri kerana kekangan kos yang tidak dapat dielakkan.
- PPN memaklumkan pemilihan atlet harus dibawah umur 15 tahun seperti yang sedia maklum semasa menandatangi surat tawaran manakala dari segi pemilihan atlet terpulang kepada jurulatih cuma jangan hingga tidak dapat mengajar setiap atlet yang dipilih kerana terlalu ramai.
- Jurulatih juga memaklumkan kebarangkalian atlet untuk keluar masuk program daerah sangat tinggi disebabkan komitmen yang perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam seminggu.
- Jurulatih memberi maklumbalas selama 5 bulan menjalani latihan bersama atlet, terdapat beberapa orang yang berbakat namun perlu digilap teknik- teknik asas dengan lebih baik.
- Jurulatih juga turut mendedahkan atlet kepada kejohanan-kejohanan yang dibawah umur 15 tahun.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved