Wednesday, July 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 11 Julai 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Liu Shu Nan - JLN USPTNPP
2. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Create interest
2. Flexibility

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN

1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bumbung - Gimnasium yang mempunyai ruang udara yang terbuka dan beberapa kebocoran membuatkan air hujan mudah memasuki ke  dalam dewan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS

1. Pada hari ini merupakan hari pertama untuk pelajar TID 3/2016 yang telah dijalankan pada 27 Jun 2016 hadir ke gimnasium dan kehadiran amat memuaskan dimana kesemua pelajar WAG yang terpilih hadir.
2. PPN dan jurulatih membentangkan pengenalan sukan gimnastik artistik kepada ibu bapa dan pelajar dan jadual latihan pada sebelah pagi, namun selepas pembentangan terdapat beberapa orang ibu bapa yang tidak dapat memberi kerjasama untuk menghantar anak ke tempat latihan dan sebagainya. PPN memohon ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak-anak.
3. Jurulatih juga memberikan latihan basic yang dapat menarik perhatian pelajar untuk terus menjalani latihan.
4. Selepas menjalani latihan beberapa orang pelajar menangis tidak berminat untuk datang lagi kerana latihan flexibility yang sangat basic menyebabkan mereka sakit. Oleh itu, PPN dan jurulatih sekali lagi menekankan tentang "muscle pain" bagi pelajar yang baru untuk menjalani latihan.
5. Jurulatih WAG memaklumkan mereka ingin menjalani latihan pada sebelah pagi namun pelbagai kekangan daripada jurulatih dan pelajar sendiri. Mereka tidak berputus asa dan akan berusaha menarik minat pelajar-pelajar tersebut.
6. Jurulatih memaklumkan buat masa sekarang pelajar baru ini akan menjalani latihan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat (9 hingga 11 pagi).

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved