LAPORAN PENUH KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI PULAU PINANG 2015
Tarikh : 7
hingga 10 Disember 2015
Tempat :
Seri Ternas Lake Resort, Tasik Beris, Sik, Kedah
Darul Aman
Peserta : 90
orang atlet, 5 Jurulatih dan 5 orang Pegawai
Pada 7 hingga 10 Disember 2015 yang lalu pihak Unit Sukan Prestasi
Tinggi (USPTN) Pulau Pinang telah menganjurkan kem tahunan bagi atlet-atlet di
bawah program USPTN. Seramai 90 orang atlet,5 jurulatih dan 5 orang
pegawai dari Pulau Pinang menyertai kem tersebut.
Hari pertama program bermula pada 7 Disember 2015, dimana pergerakan
atlet dari negeri Pulau Pinang bergerak ke Kem Seri Ternas Lake Resort dengan
melibatkan pengangkutan sebanyak 3 buah bas. Pendaftaran bermula pada jam 11.00
pagi dengan pembahagian bilik mengikut sukan, disusuli dengan makan tengah hari
sehingga jam 2.00 petang. Aktiviti pertama bermula pada jam 2.30 petang dimana
aktiviti Ice breaking dan pembahagian kumpulan diadakan. Pembahagian kumpulan
dipecahkan kepada 8 kumpulan. Aktiviti malam bermula pada jam 9.00 malam
dimana aktiviti diteruskan dengan penciptaan logo dan sorakan kumpulan sehingga
jam 11.00 malam.
Hari kedua kem bermula jam 6.30 pagi selepas selesai solat subuh
berjemaah. Atlet memulakan aktiviti Senamrobik sebelum sarapan pagi. Aktiviti
senamrobik dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik. Pada hari berkenaan slot
aktiviti outdoor mengisi waktu pagi hingga petang. Atlet dipecahkan kepada
beberapa kumpulan dan perlu ke setiap check point yang telah ditetapkan
mengikut arahan yang telah diberi. Antara aktiviti yang disertai adalah
berkayak, river crossing, abseiling, dan rempuh halangan. Pada sesi
sebelah malam taklimat dari kem komandan kepada atlet berkenaan aktiviti night
jungle trekking. Aktiviti tamat pada jam 2.30
pagi.
Hari ketiga, aktiviti diteruskan lagi dengan senamrobik seperti biasa
dikendalikan oleh jurulatih. Selepas aktiviti senamrobik atlet berkumpul untuk
sarapan pagi dan taklimat daripada kem komandan bagi meneruskan acara
explorace. Acara ini mengambil masa selama 4 jam untuk setiap kumpulan
menghabiskan tugas-tugas yang diberi. Aktiviti tamat pada jam 1.00 petang
sebelum peserta dibenarkan berehat dan makan tengahari. Pada sebelah petang
pula, aktiviti management games diadakan dan sebanyak 5 acara diberi iaitu
pembentukan puzzle, pembentukan piramid, love knot, teka siapa saya dan kasih
sayang sejati. Slot pada malam hari ketiga dimana peserta akan mempersembahkan
persembahan mengikut tugasan yang diberi. Antaranya Dikir Barat, Sketsa, Boria,
Bollywood, Lakonan, Tarian 60 an, Perkahwinan dan Tarian Dangdut. Program tamat
pada jam 12.30 pagi dengan minum malam sebelum atlet dilepaskan untuk berehat.
Hari terakhir program diteruskan dengan sesi terakhir dimana slot
rumusan kem dilakukan oleh setiap kumpulan dengan menceritakan nilai-nilai dan
pengalaman yang dapat dipelajari. Acara tamat pada jam 10.00 pagi. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dimulakan
pada jam 11.00 pagi sebelum semua atlet berkemas
untuk balik ke Pulau Pinang.
Semoga kem sebegini dapat diadakan lagi untuk memupuk erti setiakawan,
Ia juga dapat merapatkan hubungan silahturahim antara atlet-atlet bersama
jurulatih. Disamping itu juga, atlet dapat menanam semangat kerjasama mengikut
aktiviti yang dirancangkan.
Sekian, Terima Kasih
Laporan dari Tasik Beris, Sik, Kedah
0 comments:
Post a Comment