LAPORAN LATIHAN BERSAMA ATLET PELAPIS DAN PELAJAR SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH SUKAN GIMNASTIK
Tarikh
: 17 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Gimnasium Gimnastik Artistik, MSNPP
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Gimnasium Gimnastik Artistik, MSNPP
KEHADIRAN
1. Puan Tan Ai Ling - JPM MSNPP
2. En Foong Kok Seng - JSM USPTNPP
3. Clk
Foo Lily - PTPS Gimnastik Artistik
3. Cik Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
4. 10 lelaki & 7 wanita (Pelapis Pulau Pinang)
5. 23 lelaki & 18 wanita (Pelajar SPTS- Gimnastik)
3. Cik Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
4. 10 lelaki & 7 wanita (Pelapis Pulau Pinang)
5. 23 lelaki & 18 wanita (Pelajar SPTS- Gimnastik)
Pada hari ini, Skuad Gimnastik Pelapis Pulau Pinang
dapat turun ke gimnasium bagi menjalani latihan bersama pelajar Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah bagi sukan Gimnastik. Objektif latihan ini adalah bertujuan
untuk membentuk semangat juang dan berkongsi kemahiran semasa
pertandingan. Latihan ini juga dapat meningkatkan prestasi atlet dalam bentuk
fizikal,mental dan emosi. Di samping itu juga, dapat mengeratkan hubungan
setiakawan antara atlet.
Latihan ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga
5.00 petang dan atlet berehat pada pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
dimana jurulatih banyak menekankan teknik-teknik dengan apparatus dan elemen
yang wajib dipersembahkan.
Latihan tamat pada jam 5.00 petang dengan sedikit
rumusan ringkas daripada (JPM- MSNPP) Puan Tan Ai Ling dan Encik Foong Kok Seng
(JSM-USPTNPP). Mereka juga banyak memberi motivasi pada semua atlet yang hadir.
Program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Pihak Unit
mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang kerana memberi peluang kepada pelajar SPTS dan atlet-atlet Pelapis
Negeri menjalani latihan bersama.
Sekian, Terima Kasih.
Laporan
disediakan oleh
Nursyafiqah
Binti Salamat
0 comments:
Post a Comment