LAPORAN KESELURUHAN KEM BAKAT T20 SUKAN TAEKWONDO 2014
Tarikh : 7 hingga 12
Disember 2014
Tempat : Seremban, Negeri Sembilan
HARI PERTAMA
HARI PERTAMA
Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kem Bakat T20 Sukan Taekwondo
yang berkampung selama 6 hari 5 malam di Spanish Villa, Seremban. Kem kali ini
telah disertai seramai 34 orang atlet(16 lelaki & 18 wanita), 6 jurulatih(5
lelaki & 1 wanita) dan 4 PPN(2 lelaki & 2 wanita). Objektif kem ini
dilaksanakan adalah bertujuan mencari, membentuk serta menilai tahap prestasi
atlet untuk layak bertanding di Temasya YOG 2018.
Aktiviti pada sebelah malamnya pula adalah 'Ice Breaking' yang dikendalikan
oleh Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) dan aktiviti berakhir pada jam 10.00
malam.
HARI KEDUA
Untuk hari kedua, semua atlet dan jurulatih dapat berkumpul tepat jam 6.30 pagi
untuk perhimpunan pagi. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 'Negaraku' dan
bacaan doa oleh wakil atlet.
1. Antropometric - weight & height
2. Flexibility - Sit & Reach
3. Power - Standing Broad Jump & Vertical Jump
4. Speed - 20M Sprints
5. Endurance - Yoyo Test
6. Agility - Hexagon Agility Test
7. Strength - 1 minute push up & sit up
3. Power - Standing Broad Jump & Vertical Jump
4. Speed - 20M Sprints
5. Endurance - Yoyo Test
6. Agility - Hexagon Agility Test
7. Strength - 1 minute push up & sit up
Pada sebelah petang, sesi latihan bersama Ketua Jurulatih En. Benjamin Raj
diteruskan dengan dibantu oleh jurulatih-jurulatih negeri. Latihan lebih
tertumpu kepada teknik tendangan, teknik bertahan dan kepantasan menyerang
pihak lawan.
PPN telah mengisi slot pada sebelah malam dengan aktiviti 'Management Games'
untuk para atlet. Aktiviti dijalankan selama 2 jam dan berakhir 10.30 malam.
HARI KETIGA
Seperti biasa, hari ketiga kem dimulakan dengan perhimpunan pagi dan bacaan doa
pada jam 6.30 pagi. Selesai sarapan pagi, atlet bergerak ke SMK Seri Pagi untuk
menjalani latihan. Latihan pagi ini tertumpu kepada teknik tumbukan dan
tendangan yang mana untuk dipraktikkan semasa pertandingan. Latihan insentif
juga ditekan oleh jurulatih agar dapat memberi saingan kepada atlet luar
negara. Pemilihan struktur badan juga memainkan peranan penting dalam kem kali
ini.
Sesi sebelah petang diteruskan lagi dimana latihan kali ini telah dikendalikan
oleh Jurulatih Pelapis kebangsaan Cik Elaine Teo. Beliau merupakan bekas atlet
negara yang pernah mewakili Malaysia ke Temasya Olimpik. Dalam latihan ini,
beliau banyak menekankan kepada teknik serangan serta bertahan semasa
bertanding. Beliau juga memberi tips-tips untuk mendapatkan point tinggi semasa
berlawan sama ada dalam negara atau luar negara. Sesi tamat pada jam 3.00
petang.
Atlet diminta berkumpul untuk sesi bersama Institut Sukan Negara (ISN) iaitu
'Psikologi dan Persediaan Mental'. Ceramah ini disampaikan oleh Master
Shivalingam. Intipati ceramah merangkumi kepada bagaimana atlet perlu bersikap
positif sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Kelemahan berfikir juga
adalah punca kepada kegagalan atlet semasa bertanding. Sesi tamat jam 10.00
malam.
HARI KEEMPAT
hari keempat diteruskan dengan perhimpunan pagi pada jam 6.30 pagi. Seterusnya
bacaan doa dan sedikit regangan badan.
Pada jam 8.30 pagi, atlet bergerak ke tempat latihan untuk meneruskan latihan
seperti biasa. Latihan kali ini lebih menekankan teknik tendangan seperti
chopping kick, double kicking. Jurulatih juga memberi perangsang serta
kata-kata semangat supaya lebih berani semasa berada di dalam gelanggang. Kem
ini juga telah dikunjungi oleh Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara
Pelapis Encik Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Pelapis kebangsaan Encik Azrul
Hisham. Selesai sesi latihan, sedikit taklimat serta kata-kata pembakar semangat
telah diberi oleh Encik jefri Ngadirin kepada semua atlet dan jurulatih. Beliau
juga menekankan tentang pentingnya kem ini untuk pembangunan sukan negara pada
masa hadapan serta persediaan awal ke Temasya YOG.
Pada sebelah malam, satu sesi ceramah dapat diadakan dengan tajuk 'Pemakanan
Dalam Sukan'. Ceramah telah disampaikan oleh Cik Kamsina dan Cik Isabelle Van
Huizen dari Unit Pemakanan Sukan ISNM. Dalam ceramah ini, beliau lebih
menerangkan sistem piramid makanan dan pemakanan yang sesuai sebelum, semasa
dan selepas pertandingan. Pemakanan sukan adalah bidang untuk mengaplikasikan
strategi pemakanan bagi menggalakkan kesihatan kepada latihan, pemulihan segera
dan prestasi optimal semasa pertandingan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.30
malam dan akan bersambung esok hari.
HARI TERAKHIR
Hari ini merupakan hari
terakhir Kem T20 Sukan Taekwondo dimana semua atlet telah berjaya menamatkan
sesi latihan sepanjang kem ini berlangsung. Majlis penutup telah berlangsung
pada jam 9.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Jurulatih Program T20 bagi
sukan taekwondo iaitu En.Benjamin Raj. Sedikit rumusan dan kata-kata semangat
telah diberikan oleh jurulatih kepada semua atlet yang terlibat. Sesi
penyampaian hadiah juga telah dijalankan di mana terdapat beberapa atlet telah
dipilih sebagai pemenang berdasarkan kriteria seperti atlet paling berdisiplin
dan atlet paling berpotensi. Majlis penutup telah tamat pada jam 11.00 pagi dan
atlet telah bergerak pulang ke negeri masing-masing pada waktu tengahari.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Dari Seremban.
0 comments:
Post a Comment