Monday, December 29, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER 2014 - GRAND FINAL

Tarikh : 27 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 6.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai

Bertempat di Mega Bowling Center, Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master 2014 – Grand Final dapat dijalankan sebelum menutup kalendar tahun 2014. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN). Pertandingan ini merupakan kejohanan peringkat remaja bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. 

Sesi pendaftaran dimulakan dengan pendaftran peserta-peserta yang telah disenarai pendek selepas mengharungi beberapa peringkat. Kejohanan ini memepertandingkan sebanyak 4 kategori iaitu U12, U16, Girls Open dan Boys Open yang melibatkan penyertaan seramai 60 orang.

Berikut disertakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan :-

BAWAH 12 TAHUN
1. Johan – Megat Zahrul Haiqal (PEN) – 1120 jatuhan pin/ave 186.7
2. Naib Johan – Muhammad Zharfan Shahidi (PER) – 1034 jatuhan pin/ave 172.3
3. Ketiga – Muhammad Hariz Adlan Azman (PEN) – 1029 jatuhan pin/ave 171.5
4. Keempat – Muhammad Aidl Putera (KED) – 1022 jatuhan pin/170.3
5. Kelima – Anis Hadirah Anuar (PEN) – 991 jatuhan pin/ave 165.2

BAWAH 16 TAHUN
1. Johan – Muhd Syazirol Shamsudin (KED) – 1632 jatuhan pin/ave 204.0
2. Naib Johan – Ahmad Aiman Ahmad Mazlan (KED) – 1524 jatuhan pin/ave 190.5
3. Ketiga – Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KED) – 1514 jatuhan pin/ave 189.3
4. Keempat – Muhd Syafiy Zaim (PER) – 1476 jatuhan pin/184.5
5. Kelima – Mohamad Al-Faiz (PEN) – 1444 jatuhan pin/ave 180.5

GILS OPEN
1. Johan – Anis Shazlin (PEN) – 1849 jatuhan pin/ave 231.1
2. Naib Johan – Nur Amirah Auni Binti Azman (PEN) – 1679 jatuhan pin/ave 209.9
3. Ketiga – Nur'ain Mustaffa (NS) – 1566 jatuhan pin/ave 195.8
4. Keempat – Puteri Arfah Atillia (KED) – 1503 jatuhan pin/187.9
5. Kelima – Nurul Nadia Mohamad Yaakob (PRK) – 1393 jatuhan pin/ave 174.1

BOYS OPEN
1. Johan – Mohd Amirul Bin Che Mat (KED) – 1667 jatuhan pin/ave 208.4
2. Naib Johan – Ahmad Zulkarnain (KED) – 1596 jatuhan pin/ave 199.5
3. Ketiga – Aidil Ajmal (PER) – 1575 jatuhan pin/ave 196.9
4. Keempat – Mohd Aiman Faris Bin Mahidi (PER) – 1514 jatuhan pin/189.3
5. Kelima – Amir Ashraf Bin Omar (KED) – 1502 jatuhan pin/ave 187.8

Pertandingan tamat jam 6.30 petang. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan tahniah kepada semua pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.

Sekian, Terima Kasih

Disediikan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA PULAU PINANG 2014

Tarikh : 27 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Dewan Angkat Berat MSNPP

Bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, sekali lagi satu kejohanan angkat berat dapat diadakan dengan anjuran MSNPP dengan kerjasama USPTN dan Majlis Sukan Daerah. Kejohanan ini merupakan kejohanan terakhir sebelum penutup kalendar 2014. Objektif kejohanan ini adalah bertujuan untuk menggilap bakat-bakat baru dan sedia ada di semua pusat latihan seluruh Pulau Pinang. Setiap atlet yang bertanding juga dapat menilai tahap angkatan peribadi.

Penglibatan badang-badang pada kali ini seramai 69 orang yang melibatkan kategori umur bawah 16 dan 12 tahun (lelaki & wanita). Kategori yang dipertandingkan ialah Lelaki Bawah 12 tahun (45kg & 50kg), Wanita Bawah 12 Tahun (40kg & 48kg), Lelaki Bawah 16 tahun (56kg, 62kg, 69kg & 77kg).

Berikut disertakan keputusan pada hari ini :-


Kategori 45kg (L) Bwh 12 tahun
Snatch

1. Emas - Mohd Faiz Che Pi - 25kg
2. Perak - Irfan Haikal - 22kg
3. Gangsa - Muhd Fazle - 20kg

Clean & Jerk
1. Emas - Mohd Faiz Che Pi - 35kg
2. Perak - Irfan Haikal - 30kg
3. Gangsa - Amier Zubairi - 30kg

Kategori 50kg (L) Bwh 12 tahun
Snatch

1. Emas - Khairul Iqmal Arshad - 45kg
2. Perak - Kiran Raj - 40kg
3. Gangsa - Muhammad Ilham Hayazi - 40kg

Clean & Jerk
1. Emas - Khairul Iqmal Arshad - 60kg
2. Perak - Kiran Raj - 50kg
3. Gangsa - Muhammad Ilham Hayazi - 45kg

Kategori 40kg (W) Bwh 12 tahun
Snatch

1. Emas - Siti Nur Rabiyatul - 16kg
2. Perak - Nazira - 16kg
3. Gangsa - Thurgashree - 12kg

Clean & Jerk
1. Emas - Nazira - 25kg
2. Perak - Thurgashree - 22kg
3. Gangsa - Siti Nur Rabiyatul - 12kg

Kategori 48kg (W) Bwh 12 tahun
Snatch

1. Emas - Logassree - 37kg
2. Perak - Nur Hidayah Abu Bakar - 27kg
3. Gangsa - Alya Asmadi - 22kg

Clean & Jerk
1. Emas - Logassree - 37kg
2. Perak - Nur Hidayah Abu Bakar - 35kg
3. Gangsa - Nageswary - 30kg

Kategori 56kg (L) Bwh 16 tahun
Snatch

1. Emas - Thirilohgan - 57kg
2. Perak - Muhammad Adib - 55kg
3. Gangsa - Firdaus - 50kg

Clean & Jerk
1. Emas - Muhammad Adib - 72kg
2. Perak - Thirilohgan - 70kg
3. Gangsa - Firdaus - 60kg

Akhir sekali, pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Diharap kejohanan ini mendapat sokongan dari semua pihak sekaligus menjadi penanda aras untuk melahirkan badang-badnag negara pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Dusediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 26 Disember 2014 (Jumaat)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : SMK (P) St George's

KEHADIRAN
1. JSM G.Shamani
2. 6 Orang atlet

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

ULASAN
1. USPTN Pulau Pinang telah mengambil bantuan peralatan memanah dari Cawangan Pelapis, MSN iaitu sebanyak 5 target butt dan 5 target stand. Oleh itu, Pihak USPTN dan jurulatih memanah mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas pemberian bantuan tersebut.
2. Penghantaran target butt dan target stand ke PLN dibuat pada tarikh 26 Disember 2014 (jumaat) pada jam 11.00 pagi di PLN SMK (P) St. George. 
3. Dua orang atlet dari Pulau Pinang iaitu Syarfa Zulaikha dan Kayalvhilly Partiben baru sahaja selesai menyertai Kem T20 Sukan Memanah di Stadium Larkin, Johor Bharu, Johor pada 21 hingga 25 Disember 2014.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, December 16, 2014

LAPORAN KESELURUHAN KEM BAKAT T20 SUKAN TAEKWONDO 2014

Tarikh : 7 hingga 12 Disember 2014
Tempat : Seremban, Negeri Sembilan

HARI PERTAMA
Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kem Bakat T20 Sukan Taekwondo yang berkampung selama 6 hari 5 malam di Spanish Villa, Seremban. Kem kali ini telah disertai seramai 34 orang atlet(16 lelaki & 18 wanita), 6 jurulatih(5 lelaki & 1 wanita) dan 4 PPN(2 lelaki & 2 wanita). Objektif kem ini dilaksanakan adalah bertujuan mencari, membentuk serta menilai tahap prestasi atlet untuk layak bertanding di Temasya YOG 2018.

Sesi pendaftaran bermula jam 12.00 tengahari dengan kehadiran atlet dan jurulatih dari setiap negeri yang terpilih seperti Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Perak, Johor, Negeri sembilan, Melaka dan Kedah. Penyertaan atlet melibatkan peringkat umur 11 hingga 14 tahun. Pada sebelah petang, atlet dan jurulatih dapat berkumpul dan diberi taklimat oleh Ketua Jurulatih T20 iaitu Encik Benjamin Raj berkenaan tentatif program dan peraturan perlu dipatuhi sepanjang kem ini berlangsung. Intipati taklimat juga menekankan objektif utama kem ini dilaksanakan selama 6 hari.

Aktiviti pada sebelah malamnya pula adalah 'Ice Breaking' yang dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) dan aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam.

HARI KEDUA
Untuk hari kedua, semua atlet dan jurulatih dapat berkumpul tepat jam 6.30 pagi untuk perhimpunan pagi. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 'Negaraku' dan bacaan doa oleh wakil atlet.

Pihak Urusetia Kem telah menjemput pihak Institut Sukan Negara Malaysia (ISNM) untuk menjalankan Ujian Kecergasan kepada semua atlet. Ujian ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap kecergasan atlet serta kepantasan mengikut ujian yang ditetapkan. Antara ujian yang dijalankan adalah:-

1. Antropometric - weight & height
2. Flexibility - Sit & Reach
3. Power - Standing Broad Jump & Vertical Jump
4. Speed - 20M Sprints
5. Endurance - Yoyo Test
6. Agility - Hexagon Agility Test
7. Strength - 1 minute push up & sit up

Pada sebelah petang, sesi latihan bersama Ketua Jurulatih En. Benjamin Raj diteruskan dengan dibantu oleh jurulatih-jurulatih negeri. Latihan lebih tertumpu kepada teknik tendangan, teknik bertahan dan kepantasan menyerang pihak lawan.

PPN telah mengisi slot pada sebelah malam dengan aktiviti 'Management Games' untuk para atlet. Aktiviti dijalankan selama 2 jam dan berakhir 10.30 malam.

HARI KETIGA
Seperti biasa, hari ketiga kem dimulakan dengan perhimpunan pagi dan bacaan doa pada jam 6.30 pagi. Selesai sarapan pagi, atlet bergerak ke SMK Seri Pagi untuk menjalani latihan. Latihan pagi ini tertumpu kepada teknik tumbukan dan tendangan yang mana untuk dipraktikkan semasa pertandingan. Latihan insentif juga ditekan oleh jurulatih agar dapat memberi saingan kepada atlet luar negara. Pemilihan struktur badan juga memainkan peranan penting dalam kem kali ini.

Sesi sebelah petang diteruskan lagi dimana latihan kali ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Pelapis kebangsaan Cik Elaine Teo. Beliau merupakan bekas atlet negara yang pernah mewakili Malaysia ke Temasya Olimpik. Dalam latihan ini, beliau banyak menekankan kepada teknik serangan serta bertahan semasa bertanding. Beliau juga memberi tips-tips untuk mendapatkan point tinggi semasa berlawan sama ada dalam negara atau luar negara. Sesi tamat pada jam 3.00 petang.

Atlet diminta berkumpul untuk sesi bersama Institut Sukan Negara (ISN) iaitu 'Psikologi dan Persediaan Mental'. Ceramah ini disampaikan oleh Master Shivalingam. Intipati ceramah merangkumi kepada bagaimana atlet perlu bersikap positif sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Kelemahan berfikir juga adalah punca kepada kegagalan atlet semasa bertanding. Sesi tamat jam 10.00 malam.

HARI KEEMPAT
hari keempat diteruskan dengan perhimpunan pagi pada jam 6.30 pagi. Seterusnya bacaan doa dan sedikit regangan badan.

Pada jam 8.30 pagi, atlet bergerak ke tempat latihan untuk meneruskan latihan seperti biasa. Latihan kali ini lebih menekankan teknik tendangan seperti chopping kick, double kicking. Jurulatih juga memberi perangsang serta kata-kata semangat supaya lebih berani semasa berada di dalam gelanggang. Kem ini juga telah dikunjungi oleh Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Pelapis Encik Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Pelapis kebangsaan Encik Azrul Hisham. Selesai sesi latihan, sedikit taklimat serta kata-kata pembakar semangat telah diberi oleh Encik jefri Ngadirin kepada semua atlet dan jurulatih. Beliau juga menekankan tentang pentingnya kem ini untuk pembangunan sukan negara pada masa hadapan serta persediaan awal ke Temasya YOG.

Pada sebelah malam, satu sesi ceramah dapat diadakan dengan tajuk 'Pemakanan Dalam Sukan'. Ceramah telah disampaikan oleh Cik Kamsina dan Cik Isabelle Van Huizen dari Unit Pemakanan Sukan ISNM. Dalam ceramah ini, beliau lebih menerangkan sistem piramid makanan dan pemakanan yang sesuai sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Pemakanan sukan adalah bidang untuk mengaplikasikan strategi pemakanan bagi menggalakkan kesihatan kepada latihan, pemulihan segera dan prestasi optimal semasa pertandingan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.30 malam dan akan bersambung esok hari.

HARI TERAKHIR
Hari ini merupakan hari terakhir Kem T20 Sukan Taekwondo dimana semua atlet telah berjaya menamatkan sesi latihan sepanjang kem ini berlangsung. Majlis penutup telah berlangsung pada jam 9.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Jurulatih Program T20 bagi sukan taekwondo iaitu En.Benjamin Raj. Sedikit rumusan dan kata-kata semangat telah diberikan oleh jurulatih kepada semua atlet yang terlibat. Sesi penyampaian hadiah juga telah dijalankan di mana terdapat beberapa atlet telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan kriteria seperti atlet paling berdisiplin dan atlet paling berpotensi. Majlis penutup telah tamat pada jam 11.00 pagi dan atlet telah bergerak pulang ke negeri masing-masing pada waktu tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Dari Seremban.

Read more...

Monday, December 8, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TINDIK BERSAMA USPTN PERLIS KALI KEDUA 2014

Tarikh : 6 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang - 7.00 petang
Tempat : Premium Lanes, Sunshine Square, Penang

Sekali lagi latihan bersama dapat diadakan untuk kali ke-2 dimana USPTN Perlis turun bertandang ke Pulau Pinang sebagai lokasi yang kedua. Ini merupakan rentetan sambungan dari latihan pertama yang telah diadakan di Perlis pada 25 Oktober 2014 yang lalu. Untuk kali ini, seramai 41 orang atlet termasuk jurulatih telah hadir pada sesi latihan. Selesai latihan, satu mini pertandingan telah dibuat dimana atlet dipecahkan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai seramai 3 orang dan setiap pemain perlu bermain 5 games seorang.

Berikut disertakan keputusan pemenang hari ini :-

Johan - kumpulan Penang 1 (2812 jatuhan pin)
Naib Johan - Kumpulan Perlis 2 (2695 jatuhan pin)
Ketiga - Kumpulan Penang 4 (2505 jatuhan pin)
Keempat - Kumpulan Penang 2 (2278 jatuhan pin)
Kelima - Kumpulan Penang 7 (2250 jatuhan pin)

Sesi latihan selesai dengan jayanya pada jam 7.00 petang. Tahniah kepada semua pemenang-pemenang untuk mini pertandingan. Semoga kita berjumpa pada tahun 2015. Pihak Unit mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USPTN Perlis.

Sekian, terima kasih

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved