Friday, March 15, 2013

PERBINCANGAN DI SMK TASEK - AFTER SCHOOL PROGRAM 2013

Tarikh : 14 Mac 2013
Masa : 10.00 am
Tempat : SMK Tasek, Seberang perai Selatan
Kehadiran : KU USPTN, PK Koko, Guru dan Pelajar (atlet)

Dimaklumkan satu perbincangan telah diadakan bersama pihak sekolah bagi memaklumkan tentang pelaksanaan Program After School 2013. Perjumpaan bersama Pn. Pengetua diadakan terlebih dahulu & sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah amat baik. Cadangan untuk melaksanakan Program / Klinik Pengenalan Sukan di sekolah ini juga diambil maklum. 

Selanjutnya, perbincangan ringkas bersama guru (jurulatih program) & beberapa pelajar (atlet olahraga) juga diadakan. Turut dimaklumkan bahawa atlet-atlet ini akan menyertai kejohanan MSSPP pada 18 - 22 Mac 2013. Pihak USPTN melalui PPN akan turun melakukan pemantauan pada kejohanan itu kelak bagi memantau prestasi atlet-atlet ini. 
Hasil perbincangan juga, pihak USPTN bersetuju untuk meneruskan program dan mengekalkan jurulatih yang sedia ada.

Sekian,

Akmal Hashim




0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved