Tarikh :
26hb September 2012 (Rabu)
Masa :
8.00 pagi hingga 2.15 petang
Tempat :
SMK Permatang Tok Labu, Penang,
Seberang Perai Utara.
Program : Ujian Kecergasan dan
TID Sukan Tinju
Kehadiran :
En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih
Sukan Tinju
En. Cheah Boon Chong - Ketua Pusat
ISN Pulau Pinang
Pn. Sharina Haryani Binti Yaali – ISN
Pulau Pinang
En. Sheikh Omar Bin Ibrahim – ISN Pulau
Pinang
Murid-murid - 133 orang
Cik Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan
Tinju
Aturcara Program :
9.30 pagi - 9.45
pagi : Sarapan Pagi
9.45 pagi - 10.00 pagi
: Pendaftaran
10.00 pagi - 10.15 pagi :
Taklimat AJK dan Ketua Pusat, Satelit ISN
10.15 pagi - 11.30 pagi :
Ujian Max Push-up
11.30 pagi - 1.45 tgh
: Ujian Yo-yo Endurance Level 1
1.45 tgh -
2.15 tgh : Jamuan tengahari dan bersurai
Ulasan :
1. Seawal 8.00 pagi telah
keluar untuk menunggu Pegawai-Pegawai ISN yang akan bersama ke SMK
Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara dan sampai pukul 9.25 pagi.
Kami semua di sajikan dengan sarapan pagi oleh pihak AJK Program sebelum
program dimulakan.
2. Program dimulakan dengan
taklimat dari wakil AJK Program (En. Mohd Yusri Bin Omar) dan Ketua Pusat,
Pusat Satelit ISN Pulau Pinang (En. Cheah Boon Chong)
3. Seramai 97 murid-murid yang
hadir semasa Sesi Taklimat Sukan Tinju yang berlangsung pada 19hb September
2012 dan terdapat penambahan murid-murid dari tingkatan empat yang ingin
bersama-sama menjalani Sesi Ujian Kecergasan dan Pencarian Bakat Baru (TID)
dijalankan. Jumlah keseluruhan murid-murid yang hadir pada hari tersebut
seramai 133 orang.
4. Laporan yang diperolehi
dari Pihak ISN menunjukkan hanya 128 murid sahaja yang menjalani Ujian Max. Push-up
dan 112 murid sahaja yang menjalani Ujian Yo-yo Endurance Level 1.
5. Hasil dari Ujian
Kecergasaan ini akan dibawa perbincangan bersama Jurulatih Sukan Tinju untuk
tindakan Jurulatih membuat pemilihan dari segi fizikal murid-murid tersebut
sebelum menjalani latihan yang akan dikendalikan oleh Jurulatih Zainuddin yang
bertempat di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara.
6. Sesi "Talent Scoting" keatas murid-murid
yang terpilih akan berjalan sepanjang Oktober hingga Disember 2012 sebelum
murid-murid tersebut di serapakan kedalam Program Pelapis Tahun 2013.
7. Program Sesi Taklimat dan TID bagi Sukan Angkat Berat
dan Tinju telah dilaksanakan pada 12hb September 2012, 19hb September 2012 dan
26hb September 2012.
8. Hari ini merupakan hari terakhir kepada Program yang
telah dirancang dan Pengerusi Jawatan Kuasa Program telah merasmikan Majlis
Penutupan Program Sesi Taklimat dan Pencarian Bakat Baru (TID) bagi Sukan
Angkat Berat dan Tinju.
9. Pihak AJK Program berbesar hati dengan perlaksanaan
program tersebut dan menyampaikan cenderahati kepada setiap Pegawai yang hadir
pada hari teesebut.
10. Bagi Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau
Pinang, Cawangan Pelapis Negeri, Majlis Sukan Negara ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pihak AJK Program SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU,
Murid-murid, Jurulatih-jurulatih dan Pegawai-pegawai Pusat SatIelit ISN, Pulau
Pinang yang telah memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program
yang dirancang.
11. Tugasan diteruskan ke SMK
Sri Muda Penaga untuk bertemu dengan Pengetua sekolah tersebut.
Sekian terima kasih
Fatimah Jamil
Read more...