Friday, September 30, 2011

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh : 28 September 2011 (Rabu)
Masa pemantauan : 4.50 petang hingga 7.15 malam
Tempat : Pusat Latihan Titi Mukim, Seberang Perai Utara
Kehadiran : Atlet 4 dari 11 orang dan JSM Zainuddin

Laporan ringkas :

Setiba di tempat latihan mendapati Jaga Dewan Badminton Titi Mukim (Pak Kassim) dan Jurulatih (JSM Zainuddin) sedang membersihkan tempat masing-masing. Sementara menunggu kehadiran atlet, bersama Pak Kassim telah meninjau Dewan Gelanggang Badminton sebagai tempat cadangan untuk mengadakan Program TID/Klinik Sukan Tinju dalam bulan November 2011. Perbincangan awal telah dibuat dengan Ketua Unit Negeri (En. Mohd Fadil) dan Pengurus Cawangan Pelapis Sukan Tinju (En. Adam) melalui telefon.

Perbincangan telah diadakan bersama pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Sesi Taklimat dan Program TID/Klinik Sukan Tinju pada hari dan waktu bersekolah. Tiada halangan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan surat rasmi akan dihantar ke Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Cadangan perjumpaan bersama pihak Persatuan Amator Tinju Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri untuk membincangkan Program Sesi Taklimat dan Program TID/Klinik Sukan Tinju pada 6 Oktober 2011. Surat jemputan untuk mengadakan Mesyuarat akan akan menyusul.

Kehadiran atlet amat berkurangan kerana Peperiksaan Percubaan PMR dan persediaan atlet untuk Peperiksaan SPM. Perbincangan PPN bersama JSM Zainuddin :

1. Akan mengadakan Sesi Taklimat di SMK Sri Muda Penaga, Seberang Perai Utara dan SMK Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Masih menunggu keputusan dari pihak sekolah bagi cadangan tarikh.
2. Cadangan untuk mengadakan Program TID/Klinik dalam Dewan Gelanggang Badminton, Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai Utara setelah selasai Program Sesi Taklimat Sukan Tinju. Cadangan tarikh untuk Program TID/Klinik Sukan Tinju 10 November 2011 dan sasaran umur 13 - 16 tahun pada tahun 2011.
3. Membincangkan aturcara Program TID/Klinik Sukan Tinju yang telah dibincangkan bersama JLN MSNPP (Pak Jhonny).


Diakhir pemantauan telah memeriksa jumlah dan keadaan peralatan tinju dan bertemu dengan atlet.
Jenis peralatan dan jumlah :

1. Gloves Latihan - 4 pasang Biru dan 4 pasang Merah (Hak milik Majlis Sukan Negeri)
2. Gloves Latihan - 2 pasang Biru dan 2 pasang Merah (Hak milik Majlis Sukan Negara diterima pada tahun 2009)
3. Head Guard - 1 Biru dan 1 Merah (Hak milik Majlis Sukan Negeri)
4. Padding - 1 pasang (Hak milik Majlis Sukan Negeri)
5. Tali Skipping - 7 (Hak milik Majlis Sukan Negara diterima tahun 2009)


Keadaan peralatan yang tersebut diatas agak sudah tidak berapa baik.
Maklumbalas dari JSM - Memohon dipertimbangkan permohonan penambahan/penggantian peralatan tinju seperti "Gloves Latihan", "Head Guard", "Gloves Sparring", "Padding" dan Tali Skipping memandangkan keadaan peralatan tersebut agak tidak elok.

PPN - Memaklumkan kepada JSM tindakan susulan akan diambil kepada permohonan belia bersama Persatuan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved