Friday, September 30, 2011

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh : 28 September 2011 (Rabu)
Masa pemantauan : 4.50 petang hingga 7.15 malam
Tempat : Pusat Latihan Titi Mukim, Seberang Perai Utara
Kehadiran : Atlet 4 dari 11 orang dan JSM Zainuddin

Laporan ringkas :

Setiba di tempat latihan mendapati Jaga Dewan Badminton Titi Mukim (Pak Kassim) dan Jurulatih (JSM Zainuddin) sedang membersihkan tempat masing-masing. Sementara menunggu kehadiran atlet, bersama Pak Kassim telah meninjau Dewan Gelanggang Badminton sebagai tempat cadangan untuk mengadakan Program TID/Klinik Sukan Tinju dalam bulan November 2011. Perbincangan awal telah dibuat dengan Ketua Unit Negeri (En. Mohd Fadil) dan Pengurus Cawangan Pelapis Sukan Tinju (En. Adam) melalui telefon.

Perbincangan telah diadakan bersama pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Sesi Taklimat dan Program TID/Klinik Sukan Tinju pada hari dan waktu bersekolah. Tiada halangan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan surat rasmi akan dihantar ke Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Cadangan perjumpaan bersama pihak Persatuan Amator Tinju Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri untuk membincangkan Program Sesi Taklimat dan Program TID/Klinik Sukan Tinju pada 6 Oktober 2011. Surat jemputan untuk mengadakan Mesyuarat akan akan menyusul.

Kehadiran atlet amat berkurangan kerana Peperiksaan Percubaan PMR dan persediaan atlet untuk Peperiksaan SPM. Perbincangan PPN bersama JSM Zainuddin :

1. Akan mengadakan Sesi Taklimat di SMK Sri Muda Penaga, Seberang Perai Utara dan SMK Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Masih menunggu keputusan dari pihak sekolah bagi cadangan tarikh.
2. Cadangan untuk mengadakan Program TID/Klinik dalam Dewan Gelanggang Badminton, Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai Utara setelah selasai Program Sesi Taklimat Sukan Tinju. Cadangan tarikh untuk Program TID/Klinik Sukan Tinju 10 November 2011 dan sasaran umur 13 - 16 tahun pada tahun 2011.
3. Membincangkan aturcara Program TID/Klinik Sukan Tinju yang telah dibincangkan bersama JLN MSNPP (Pak Jhonny).


Diakhir pemantauan telah memeriksa jumlah dan keadaan peralatan tinju dan bertemu dengan atlet.
Jenis peralatan dan jumlah :

1. Gloves Latihan - 4 pasang Biru dan 4 pasang Merah (Hak milik Majlis Sukan Negeri)
2. Gloves Latihan - 2 pasang Biru dan 2 pasang Merah (Hak milik Majlis Sukan Negara diterima pada tahun 2009)
3. Head Guard - 1 Biru dan 1 Merah (Hak milik Majlis Sukan Negeri)
4. Padding - 1 pasang (Hak milik Majlis Sukan Negeri)
5. Tali Skipping - 7 (Hak milik Majlis Sukan Negara diterima tahun 2009)


Keadaan peralatan yang tersebut diatas agak sudah tidak berapa baik.
Maklumbalas dari JSM - Memohon dipertimbangkan permohonan penambahan/penggantian peralatan tinju seperti "Gloves Latihan", "Head Guard", "Gloves Sparring", "Padding" dan Tali Skipping memandangkan keadaan peralatan tersebut agak tidak elok.

PPN - Memaklumkan kepada JSM tindakan susulan akan diambil kepada permohonan belia bersama Persatuan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



























Read more...

PEMANTAUAN KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 15 TAHUN PERSATUAN BADMINTON NEGERI

Laporan ringkas :

Kejohanan Badminton Bawah 11, 13 dan 15 Tahun anjuran Persatuan Badminton Pulau Pinang telah bermula dari 24 September 2011 dan berakhir pada 30 September 2011. Acara yang dipertandingkan adalah acara perseorangan dan bergu untuk lelaki dan wanita. Hari ini merupakan hari ke empat, kejohanan bermula dari pukul 7.00 malam dan berakhir pada 10.15 malam.

Tujuan kejohanan ini di adakan untuk menilai prestasi atlet yang sediada dan juga sebagai Program Mengenalpasti (TID) untuk atlet-atlet yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri bagi tahun 2012.

Mendapati Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri hadir di tempat kejohanan dan bertemu dengan Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang.
Kelihatan Jurulatih Cawangan Pelapis JPM Razlan dan JSM Tony Tan Gim Hin, Choong Kah Tze, Loh Bok Seang dan Jurulatih MSNPP JLN Deng Lei berada ditempat kejohanan untuk memantau atlet-atlet di bawah selian mereka.

Perjumpaan bersama Setiausaha Persatuan Badminton untuk membincangkan :

1. Bajet Permohonan Bantuan Kewangan untuk Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang menjalani latihan dan menyertai perlawanan persahabatan di Negara Cina.
2. Jadual Latihan untuk Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 yang akan berkuatkuasa 1 Oktober 2011. Pembayaran elaun Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 telah di persetujui bersama bermula dari Oktober 2011.
3. Masa untuk mengadakan "Pre-Selection" Atlet Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.
Setiausaha - Memaklumkan bercadang untuk mengadakannya dalam bulan Disember 2011/Januari 2012.


Sepanjang pemantauan kesempatan waktu diambil untuk berjumpa dengan atlet-atlet dan keluarga yang berada di tempat kejohanan. Sebelum meninggalkan tempat kejohanan telah berjumpa dengan Setiausaha Jawatankuasa Persatuan Badminton Pulau Pinang (En. Lim Hwee Pheng) untuk mendapatkan keputusan dari hari pertama hingga hari keempat.

Sekian di laporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




















Read more...

Thursday, September 29, 2011

SESI LATIHAN BERSAMA ITE COLLEGE EAST - Day 2

Tarikh : 28 September 2011
Masa : 4.00 - 6.00 pm
Venue : SMK Mutiara Impian

Hari ke-2 sei lawatan ITE College East, Singapore diteruskan lagi dengan latihan bersama pasukan olahraga sekolah/atlet negeri. Dalam cuaca yang sangat baik, latihan dan sesi trial dapat dijalankan dengan baik serta lancar. Daripada sesi trial yang dilakukan ini beberapa orang atlet baru untuk skuad latihan SUKMA Negeri telah dikenalpasti.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan ITE College East kerana memilih Pulau Pinang sebagai salah sebuah negeriuntuk sesi lawatan & latihan bersama. Kepada pengurusan serta guru-guru SMKMI dan juga jurulatih Program Pelapis Serantau terima kasih diucapkan kerana banyak membantu. Di harap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.




























Read more...

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN LAWN BOWLS

Tarikh : 28 September 2011
Masa : 5.00 - 7.00 pm
Venue : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas

Sekitar jam 4.45 petang, saya telah tiba di PLN. Jam 5.00 petang seramai 9 atlet daripada 12 orang yang hadir sesi latihan ini. JSM Yusof Omar (Pelapis) juga berada di pusat latihan bersama-sama JSM Noraini (MSNegeri).Saya berada di PLN selama 2 jam sehinggalah tamat latihan. Sesi latihan petang ini adalah latihan balingan bowl dan bagaimana untuk draw.

Dimulakan dengan sesi warm-up dan seterusnya meneruskan latihan seperti biasa. Selain itu, jurulatih juga menerangkan beberapa kesilapan semasa kejohanan yang lalu dan memperbetulakan perkara tersebut. Dikesempatan berada di PLN, pihak saya mengambil peluang berbincang bersama jurulatih2 berkenaan program binaan dan program bersama isn yang seharusnya dilakukan dengan lebih aktif.Sesi pemantauan kali ini juga dihadiri Penyelaras di Majlis Sukan Daerah (MSD) Seberang Perai Utara (SPU) Cik Fitriyah.

Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi

























Read more...

PEMINDAHAN PLATFORM ANGKAT BERAT

Tarikh : 28 September 2011
Masa : 11.30 pagi
Tempat : SMK Seri Balik Pulau

Ulasan Ringkas

Pada 28 September 2011 jam 10.30 pagi En. Faizul dan bersama sukarelawan lain telah berkumpul di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk mengangkat platform di gymnasium MSNPP yang akan dipindahkan ke SMK Seri Balik Pulau.

Pada jam 1.30 tengahari tiba SMK Seri Balik Pulau untuk mengangkat getah padat platform untuk dimasukan ke ruang yang disediakan.

Untuk makluman ruang platform tersebut telah diubahsuai untuk memuatkan getah padat. Beberapa peralatan keperluan seperti jerking rack, jerk table dan 3 keping papan playwood telah dipindahkan ke gymnasium MSNPP.

Cadangan


3 Keping papan playwood akan sumbangkan kepada PLN Titi Mukim bagi atlet menjalani atlet degan sempurna.

Seorang jurulatih sambilan akan dicadangkan untuk mengaktifkan semula Pusat Latihan Balik Pulau.

1 set latihan angkat berat amat diperlukan untuk menyempurnakan latihan dalam usaha melahirkan atlet yang berpotensi.

Ucapan terima kasih kepada En Frederick Tan yang memberi sokongan dalam mengaktifkan Pusat Latihan Balik Pulau. Tidak lupa juga kepada semua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa serta memerah keringkat untuk gotong-royong hari ini.

Sekian, Terima Kasih.

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

Wednesday, September 28, 2011

PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 26 September 2011 (Isnin)
Masa Pemantauan : 5.50 petang hingga 9.10 malam
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Megamall Pinang

Kehadiran Atlet :

1. Pembangunan/Pelapis Negeri - 11 dari 17 orang.
2. Skuad Latihan Sukan M'sia XV 2012 - 4 dari 11 orang yang menjalani latihan di Pulau Pinang
Kehadiran Jurulatih :
1. Pembangunan/Pelapis Negeri - Pn. Nooriani/En. Mathihalagan/En. Albert Yeoh
2. Skuad Latihan Sukan M'sia XV 2012 - Cik Kim Eun Jung

Laporan ringkas :

Membuat pemantuan untuk tiga program yang berlatih di Pusat Mega Lanes pada hari yang sama dan masa yang berbeza seperti berikut :

1. Skuad Latihan Sukan M'sia XV 2012 - 3.30 petang hingga 7.30 malam
2. Pembangunan/Pelapis Negeri - 5.00 petang hingga 7.00 malam
3. Pelapis Negeri - 7.00 malam hingga 9.00 malam.


Mendapati kehadiran atlet amat berkurangan terutama dari Program Pelapis Negeri dan Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 kerana Peperiksaan Percubaan PMR sedang berlangsung dan persediaan atlet yang akan menduduki Peperiksaan SPM.
Seramai tiga Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 yang berjaya kePeringkat Akhir (GP Finals) di Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Tenpin Boling Junior Circuit 2011 yang akan berlangsung pada 15 - 16 Oktober 2011 di Pusat Boling Mega Lanes, Bandar Sunway Selangor.

Tahniah!!!!! diucapkan kepada Atlet Mohd Nazmi, Mohd Afiq Wafiy dan Nur Amirah Auni semuga berjaya di Peringkat Akhir nanti. Mohd Afiq Wafiy tidak hadir menjalani latihan kerana sedang menduduki Peperiksaan Percubaan PMR, semuga beliau berjaya didalam Percubaan Peperiksaan PMR.

Latihan berjalan dengan lancar dan telah mengadakan perjumpaan bersama Atlet Pembangunan, Pelapis Negeri dan Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 menasihatkan mereka supaya menjalankan latihan dengan bersungguh-sungguh.
Kesempatan waktu diambil untuk bertemu dengan keluarga atlet yang hadir.
Perjumpaan bersama Jurulatih :

- Membincangkan kehadiran atlet selepas Peperiksaan PMR dan SPM di pantau dengan sepenuhnya.
- Mengambil tidakan kepada atlet yang tidak menghadiri latihan tanpa memaklumkan kepada Jurulatih.
- Memaklumkan penyediaan laporan yang lebih spesifik dari segi latihan yang dijalankan mulai bulan Oktober 2011.
- Bertanya sebarang isu atau masalah yang dihadapai oleh Jurulatih - Tiada sebarang isu atau masalah yang dibangkitkan oleh Jurulatih.


Perbincangan berjalan dengan lancar dan diakhir pemantauan mendapati Jurulatih Albert Yeoh dan Atlet Ong Jian Wen mengambil bahagian dalam Kejohanan "Single Leauge" yang dianjurkan oleh Pihak Mega Lanes, Megamall Pinang. Mengucapkan kepada mereka berdua semuga berjaya.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



























Read more...

KUNJUNGAN PELAJAR / ATLET ITE COLLEGE EAST KE MSN PULAU PINANG

Tarikh : 28 September 2011
Masa : 9.00 am - 11.30 am
Venue : MSN Pulau Pinang

Untuk sesi hari ke-2 lawatan ITE College East pada hari ini, dimulakan dengan sesi taklimat tentang Program di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang disampaikan oleh En. Edwards. Selesai sesi taklimat & sesi soal jawab bersama pelajar/atlet berkenaan, mereka dibawa untuk melawat Pusat Latihan sekitar Majlis Sukan Negeri & juga Kompleks Belia & Sukan, Uban.

Program seterusnya akan disambung semula pada jam 4.00 pm dengan latihan bersama atlet olahraga di SMK Mutiara Impian untuk siri yang ke-2 dan terakhir.




































































Read more...

LATIHAN BERSAMA ITE COLLEGE EAST, SINGAPORE

Tarikh : 27 - 28 September 2011
Venue : SMK Mutiara Impian (Penang Sports School)

Seramai 21 orang pelajar/atlet olahraga daripada ITE College East, Singapura telah bertandang ke Pulau Pinang untuk sesi lawatan & latihan bersama atlet-atlet negeri. Di kesempatan ini MSNegeri dengan kerjasama SMK Mutiara Impian (Sekolah Sukan Negeri) telah mencapai persetujuan untuk mengadakan sesi latihan bersama kerana kemudahan yang serba lengkap di sana.

Latihan bersama bermula pada jam 4.30 pm dan berakhir kira-kira jam 6.00 petang. Antara jurulatih program yang dijemput hadir sama dalam sesi ini adalah T.Krishnan, Hazril Hassan, Lau Chin Meng, serta beberapa orang guru & jurulatih Sekolah Sukan Negeri.




















Read more...

Thursday, September 22, 2011

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2011

Hari terakhir menyaksikan pasukan wanita berentap untuk menentukan kedudukan keseluruhan bagi acara wanita. Selepas selesai kejohanan,acara akhir lelaki pula dijalankan. Pasukan wanita menduduki di tempat yang ke-5 selepas semua acara berakhir sebentar tadi.

Acara penyampaian hadiah dihadiri Ahli Parlimen, Pengarah JBS Perlis dan Pengarah MSN Perlis.Terima kasih dan tahniah kepada penganjur yang menjalankan kejohanan dengan baik. Bagi pasukan Pulau Pinang,beberapa perkara dan kelemahan yang harus diperbaiki dan semoga kejohanan ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada atlet2 yang bertanding.

Sekian,terima kasih dari saya di hari terakhir kejohanan di bandar Kangar,Perlis. Sehingga jumpa lagi di tahun hadapan. TQ

Shasha Tarmuzi































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved