Friday, July 22, 2011

PEMANTAUAN PPN - PLN SKUASY

Tarikh : 21 Julai 2011 [Khamis]
Masa Latihan : 6.00 petang hingga 8.00 malam
Masa Pemantauan : 6.50 petang hingga 8.00 malam
Tempat Latihan : Pusat Latihan Skuasy Tin Club, Butterworth.
Kehadiran : 4 atlet dan JSM Mohd Jalil

Laporan ringkas :

Sesampai di tempat latihan mendapati hanya 4 orang dari 16 orang yang hadir menjalani latihan. Dua orang atlet menjalani latihan sparring bersama dengan Ahli Tin Club.

PPN - Mendapatkan maklumanbalas dari JSM Mohd Jalil atas kekurangan kehadiran atlet.
JSM - Memaklumkan kebanyakan atlet menyertai Kejohanan SAP 3 yang sedang berlangsung dari 19 - 22 Julai 2011 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang, anjuran Persatuan Negeri.

Perkara yang dibincangkan :

JSM - Bertanyakan status permohonan bantuan bola skuasy untuk menjalani latihan. Bantuan yang diberikan oleh Pihak Persatuan Negeri tidak mencukupi.

PPN - Memaklumkan kepada JSM Mohd Jalil, setelah perbincangan bersama Pihak Persatuan Negeri [En. Khoo Teng Hin] untuk membenarkan JSM Mohd Jalil untuk mengutip wang dari keluarga atlet yang berlatih di Tin Club Butterworth dan jawapan dari Pihak Persatuan Negeri adalah tiada halangan.

JSM - Memohon jasa baik dan bantuan dari Pihak USPTN untuk menghantar surat Permohonan Pengunaan Pusat Latihan Skuasy di Kolej Matrikulasi, Kepala Batas, Seberang Perai Utara setiap hari Sabtu dan Ahad memandangkan kehadiran atlet amat menggalakkan pada hari tersebut dan pada hari yang sama Gelanggan Skuasy Tin Club digunakan oleh ahli-ahli Tin Club.

PPN - Perkara ini akan di bawa berbincag dengan pihak KUN untuk tindakan selanjutnya.
Diakhir pemantauan kesempatan waktu diambil untuk beramah mesra dengan atlet dan keluarga atlet yang hadir. Sebelum meninggalkan Pusat Latihan Skuasy, telah menyerahkan cek pembayaran elaun JSM Mohd Jalil bagi bulan Mei dan Jun 2011.

Sekian dilaporkan, terima kasih

Fatimah Jamil















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved