Thursday, February 24, 2011

SESI SPARRING - PLN TITI MUKIM vs PLN BATU UBAN SIRI 2/2011

Tarikh : 23hb Februari 2011 [Rabu]
Masa : 5.45 petang hingga 7.15 malam
Tempat : Pusat Tinju Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Atlet : 5 PLN Titi Mukim, 8 PL MSNPP dan 5 Kelab India Star

Hasil dari perjumpaan PPN Bersama JSM, JLN dan JL Persatuan :

1. JSM En. Zainuddin [PLN Titi Mukim] - Memohon penambahan peralatan untuk PLN Titi Mukim seperti berikut :

1.1. Gloves Sparring 16oz - 4 pasang
1.2. Head Guard Sparring - 4 pasang
1.3. Padding - 1
1.4. Pengangkutan untuk membawa atlet dari PLN Titi Mukim ke PL MSNPP.
1.5. Kerosakan/kehilangan Penyokong Lantai Gelanggan Tinju masih belum dibaiki.


PPN - Memaklumkan kepada JSM Zainuddin semua perkara diatas telah dimaklumkan kepada pihak Persatuan dan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP. Perkara ini dalam perbincangan pihak dan tindakan selanjutnya dari pihak MSNPP.

2. JLN Pak Jhonny [PL MSNPP] - Memaklumkan seorang peninju dalam Program Pelapis Negeri tidak menghadiri latihan hampir sebulan tanpa sebarang sebab yang diberikan.

PPN - Memaklumkan kepada Pak Jhonny akan menghubungi keluarga atlet tersebut dan akan memaklumkan keputusan dari tindakan yang diambil.

3. JL Persatuan En. Arumugam [Kelab India Star] - Memohon bantuan peralatan seperti berikut :

3.1. Gloves Latihan - 3 pasang
3.2. Tali Skipping - 4 utas
3.3. Mitt - 2 pasang


PPN - Memaklumkan kepada En. Arumugam perkara ini telah dibentangkan didalam Mesyuarat JKK Sukan Tinju pada 18 Februari 2011 yang lalu. Akan membuat susulan dengan pihak MSNPP dan Persatuan.

Program Latihan Sparring Atlet Pelapis Negeri :

Latihan kali ini di hadiri oleh atlet dari PLN Titi Mukim, PL MSNPP dan Kelab India Star dan sebanyak 7 pasang peninju berjaya dijalankan.

Kehadiran atlet dari PL MSNPP dan Kelab India amat memuaskan dan kekurangan kehadiran atlet dari PLN Titi Mukim disebabkan masalah pengangkutan.

Perkara ini telah dibentangkan didalam Mesyuarat JKK Sukan Tinju yang lalu dan keputusan telah diambil untuk mengunakan pengangkutan dari MSNPP.

Memaklumkan kepada JSM En. Zainuddin, pihak PPN akan memberikan tarikh-tarikh yang boleh mendapatkan pengangkutan dari MSNPP setelah berbincang dengan pihak MSNPP.

Berita kurang baik berlaku kepada JSM En. Zainuddin, beliau bersama anaknya yang juga atlet dari Pelapis Negeri telah mengalami kemalangan motosikal di atas jambatan dan mendapati kedua-duanya mengalami luka di lutut.

Diakhir program PPN telah menjemput Wakil AJK Persatuan Tinju [En. Arumugam] yang hadir semasa sesi Sparring untuk memberikan kata-kata semangat.

PPN berjumpa dengan semua atlet yang hadir dan mengucapkan terima kasih atas komitment yang diberikan dan disiplin yang ditunjukan bagi melancarkan program yang telah dirancang oleh Jurulatih.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Latihan pada kali ini sempat dijalankan untuk 7 pasang peninju yang dibantu oleh JL dari ATM

--
FATIMAH BINTI JAMIL
















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved