Tuesday, November 30, 2010

SESI PSIKOLOGI ATLET MEMANAH

Aktiviti/Program : Sessi Psikologi Atlet Memanah Bersama ISN Pulau Pinang
Tarikh : 19hb November 2010 (Jumaat)
Tempat : Bilik Rileksasi ISN Pulau Pinang
Masa : 3.00 petang
Seramai 8 atlet dari sukan memanah telah menyertai Sesi Psikologi Sukan Bersama Unit Psikologi Sukan Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nur Diana Abu Hassan dan Jurulatih tidak dibenarkan terlibat didalam sesi ini.
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk menangani dan mengurangkan kerisauan, memberi motivasi dan galakkan kepada atlet-atlet yang baru khasnya.Beberapa teknik psikologi diberi penekanan seperti :-
- Penetapan Matlamat
- Imaginasi Mental
- Relaksasi
- 'Self Talk'
- Pengurusan Stress
- Pengurusan Emosi
Kesemua perkara-perkara ini dapat membantu meningkatkan tumpuan atlet, meningkatkan skill dan seterusnya meningkatkan prestasi masing-masing.Aktiviti ini tamat jam 5.30 petang.
Atlet yang terlibat adalah atlet baru dan kuantiti yang menyertai sesi ini adalah bilangan yang kecil bagi memudahkan tumpuan diberikan dan atlet-atlet ini adalah diantara yang mempunyai potensi yang baik cuma perlu diberi penekanan tambahan dari segi psikologi bagi memotivasikan diri sendiri dan lebih fokus.
Selepas sesi tamat, kesemua atlet yang terlibat pergi menjalani latihan di Padang Memanah seperti biasa.Sekian, terima kasih.
--
Shasha Tarmuzi











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved