PROGRAM CARIAN BAKAT BARU DI SMK BUKIT JAMBUL & SMK BUKIT GAMBIR
Tarikh : 18 & 19 Oktober 2010
Tempat : SMK Bukit Gambir & SMK Bukit Jambul
Program pencarian bakat baru ini adalah kesinambungan program–program yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dan Institut Sukan Negara Pulau Pinang dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet-atlet Pulau Pinang.
Pencarian bakat baru untuk sukan Silat Olahraga dan Tinju telah diadakan di SMK Bukit Gambir bermula pada jam 8.30 pagi pada 18 Oktober 2010 dan di SMK Bukit Jambul pada jam 7.40 pagi 19 Oktober 2010. Objektif utama Program ini adalah untuk memberi maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada pihak sekolah dan para pelajar tentang sukan Silat Olahraga dan Tinju dalam usaha menarik minat pelajar-pelajar menyertai sukan-sukan tersebut.
Sambutan yang diterima daripada pelajar agak kurang memberangsangkan. Hanya 40 orang pelajar yang menyertai program ini di SMK Bukit Gambir dan 30 orang pelajar di SMK Bukit Jambul.
Program ini lebih kepada memberi taklimat ringkas tentang sukan-sukan tersebut, peluang dan kelebihan-kelebihan kepada pelajar yang menyertai sukan-sukan tersebut daripada sudut kerjaya dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah disebabkan masa terhad yang diberikan pihak sekolah agar tidak mengganggu pembelajaran para pelajar.
Oleh sebab itu, kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai sukan-sukan tersebut, mereka dialu-alukan untuk datang sendiri ke pusat latihan sukan berkenaan pada sesi latihan untuk menyertai latihan yang dikendalikan oleh jurulatih.
Program pencarian bakat baru akan diteruskan ke sekolah-sekolah lain dan perbincangan akan dilakukan dengan pihak sekolah agar sambutan pelajar untuk program ini lebih mendapat sambutan di masa-masa akan datang.

Sekian, laporan oleh Hamidi Lokman.
0 comments:
Post a Comment